WHEN YOU NEED ME AND YOU DON'T WANT ME, I WILL STAY BUT WHEN YOU DON'T NEED ME AND YOU WANT ME, THEN I WILL GO

Tuesday, September 27, 2011

♥ surat untuk abang.. :')

assalamualaikum! ^^ x jwb dose.. jwb sayang.. aww! hahaha..

heyy kawan kawann! eva just na kongsi satu cteww neh.. :)
law rajen , bce.. law mlas, abaikan.. huhu..

SURAT UNTUK ABANG :')


Sebuah cerita yang menceritakan kisah seorang adik yang selalu tulis surat kat abang dia. Dan dia xtaw pon yang abang dia balas surat tu.



Cerita bermula..



Aku ada abang. Da lama berpisah. Tapi aju selalu utus surat kat dia kat kampong. Satu pon x dibalas.



2 tahun lepas. Aku menikah tanpa izin abang. Sebab puas aku cari abang tapi x jumpa dia. Sepanjang perkahwinan aku, aku x tenang.



Cuti sekolah yang lepas, aku ajak suami aku balek kampung. Aku nak bersihkan rumah pusaka mak dan ayah. Semasa membersihkan rumah using itu, aku tersapu surat yang aku kirimkan kepada abangku 2 tahun lalu. Sebelum aku menikah.

Surat nye cmni..

_________________________________________________

Khas buat abangku,



Abang , ko ingat lagi tak..



Mak ngan ayah meninggal mase aku darjah 5 san ko plak tingkatan 5. Masa tu diorang eksiden sebab nak beli kek bufday aku sebab aku baling semua perhiasan kat rumah kite. Sampai mak terpkasa pergi beli ngah ayah. Tapi aku hairan masa tu, ada satu bekas kaca yang aku pecahkan. Tbe2 banyak air keluar. Ko cepat2 lap lantai rumah kite. Tapi, aku x amek kesah pon pasal halt u.



Sebelum pergi, diorang cium kite berdue. Diorang ckp..



“ Abang, ko jaga adik. Jangan bagi nangis. Kalo mak dah xde, ko jangan tinggalkan die. Ingat sket mak ngan ayah ko ni. Jangan sesekali biar die sorang-sorang”



Ko ingat x..



Sebelum diorang pergi beli kek, ko balik dari sekolah. Ko belikan aku pengikat rambut warna biru kn? Tapi, aku campak kat longkang belakang rumah kite. Sebab aku suka warna pink. Lepas kejadian tu, ko x pernah ucap bufday kat akulagi. Sampai sekarang.



Abang, ko ingat tak..



Kita hidup2 orang je lepas tu. Ko tak sekolah lagi. Ko pergi mana pon aku xtaw. Tapi bila malam baru ko balik dan xpernah cakap ngan aku. Ingat tak, aku masak tuk ko. Tapi ko xmakan pon. Last2 pagi esok aku nampak ayam2 yang makan. Ko tak pernah ucap trime kaseh kat aku.



Abang..



Pernah sekali aku minta duit nak pergi sekolah. Time tu kau tnga tido. Aku amik dua ringgit dari dalam poket jeans ko. Masa balik sekolah, ko lempang aku sampai mulut aku berdarah. Tapi, ko tak pjuk ak balek pon. Esoknya, nseb la luka tu dah elok.



Abang , ko ingat tak..



Semasa umur aku 18 tahun. Ko hantar aku kat kuala lumpur, rumah Pak Long. Ko cakap ko ada hal. Tapi samapai sekarang ko tak datang amek aku. Berpuluh surat aku titipkan bersama airmata aku pada kau. Kenapa tiada sebarang balasan? Kenapa abang?



Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahu, dan umur kau dah pon 32 tahun. Aku sudah pon disunting orang. Ketika hajat untuk aku menikah aku sampaikan  surat lagi pada kau. Kenapa kau diam? Kenapa kau x balas ape2? Aku perlu izinmu sebagai wali aku.



Abang..



Jika kau dapat surat ni. Katakanlah pada aku. Apa sebenarnya yang sedang berlaku sehingga begitu lama kau menyepikan diri.

  

Salam sayang,

Adik.
__________________________________________

Aku mula terasa teringin nak selongkar rumah pusaka ni. Yelah. Nak balik, jarang sangat dah.



Masa tu aku buka balik almari aku yang buruk dan dah kene makan dek anai2. Tbe2 ade satu kotak besar jatuh. Dalam kotak tu ade banyak kotak2 kecik serta sampul surat.



Dan tbe2 aku terpandang satu surat yang cantik sangat. Lalu, aku buka.

____________________________________________


Assalamualaikum,



Kehadapan  addikku  yang jauh di mata.



Maafkan abang kerana tidak membalas satu pon surat yang engkau kirimkan. Kerana aku tidak berdaya sayang.



Aku masih ingat detik kemalangn mak dan ayah kite. Iye. Kau pecahkan perhiasan rumah. Tahukah kau salah satu perhiasan si situ adalah hadiah untukmu? Mesti kau tidak perasan. Yang pecah itu adalah sebuah balang ikan emas yang telah aku, ayah dan mak belikan untuk kau. Tahukah kau ayah masih berhutang dengan apek yang jual ikan tu di pekan?



Adikku sayang..



Aku tau kau tak suka warna biru. Tapi aku beli pengikat rambut itu untuk kau supaya kau akan sentiasa ingat  aku bila kau pkai pengikat rambut itu. Walaupon kau dah campakkan pengikat rambut tu, aku dah ambil balik. Aku dah basuh. Dan telah aku letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita. Nanti kau ambil ya?



Adikku sayang..



Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi tanggal hari jadimu. Kau pon sudah lupa ya? Pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal. Aku tak sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya. Aku harap kau mengerti.



Adikku sayang..



Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam saja? Kerana aku bekerja di pekan. Mengangkat guni2 untuk diletakkan di dalam lori. Untuk menyara engkau, untuk membeli buku sekolah engkau, makan engkau, baju2 engkau dan semua persiapan kau. Kerana masa itu, kau sangat terkenal dengan kecantikan kau. Ramai yang memuji. Aku harus sediakan perhiasan untuk kau. Supaya kau tidak rasa malu. Aku tidak pulang siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yang kelihatan seperti pengemis ini.



Adikku sayang..



Siapa cakap yang aku tidak menjamah masakan kau? Aku akan makan masakan itu sebelum subuh. Sebab aku perlukan tenaga untuk siang hari, dan aku makan semasa engkau tidur. Supaya jari-jemarimu tidak cedera dan kasar semasa membasuh pinggan dan matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan.



Adikku sayang..



Aku malu untuk ucapkan trima kasih. Kerana engkau banyak berkorban untukku. Kau menyediakan makanku dan segalanya. Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya? Jika aku ucapkan trima kasih. Biarlah aku ucapkan di akhir hayatku. Kerana trima kasihku untukmu adalah untuk semua yang kau lakukan semasa hidupku.



Adikku sayang..



Maafkan aku kerana memukulmu. Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi pengajaran yang akan kau ingat sampai bila-bila. Betulkan? Selepas kejadian itu, kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hatikan? Itu tandanya perbuatanku tidak sia-sia kerana aku dapat mendidikmu. Dan tahukah kau, aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur? Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan aku. Sakit yang amat sangat. Tapi aku teruskan dan Alhamdulillah. Aku Berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun. Aku tidak mahu bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu.



Adikku sayang..



Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku. Sebenarnya, aku menghantar kau kerana aku jatuh sakit ketika itu. Mungkin kerana ketika itu aku bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah kepada debu dan simen. Aku terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital. Doctor mengesahkan aku menghidapi barah paru-paru dimana badan aku tidak berupaya untuk memikul barang yang berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu. Patut lah aku selalu batuk, sesak nafas dan pandanganku makin kabur. Aku terpaksa dirawat di hospital walaupun doktor menjangkakan aku xkn bertahan lama.



Sayangku..



Aku titipkan surat ini di rumah pusaka. Ketika ini aku di hospital. Jika suatu hari nanti engkau pulang ke rumah kita. Bacalah semua surat2 dan bukalah semua hadiah yang aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu. Dan maafkanlah aku jika tidak dapat sediakn hadiah untukmu pada tahun ini.



Adikku sayang..



Mungkin tika kau membaca surat ini. Aku sudah pon tiada. Jangan kau bersedih. Di sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan.



Untuk menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian yang penuh dengan kotoran dan debu, TERIMA KASIH.



Untuk membasuh pakaianku yang busuk dan penuh dengan peluhku, TERIMA KASIH.



Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dari kerja, TERIMA KASIH.



Untuk memasak lauk kegemaranku yang kau sangka aku tidak suka, TERIMA KASIH.



Unutk mengingatiku dan menulis surat yang tidak bias ku balas , TERIMA KASIH.



Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA KASIH.



Untuk segalanya yang kita tempuhi suka mahupun duka, TERIMA KASIH.



Adikku sayang..



Sekiranya engkau disunting seseorang, biarkan pakcik kita yang menjadi walimu. Kerana aku mungkin sudah tiada di ala mini.



Bahagiakanlah dirimu. Kerana itulah yang aku mahukan. Jagalah suamimu dan jangan engaku ingkarinya.



Salam sayang sedalam-dalamnya,

Abang.

____________________________________________


Di rumah pusaka itu, aku termenung bersama jernihan airmata yang mengalir deras. Lantas, aku buka satu persatu hadiah yang dikatakan.



Semuanya berwarna pink. Dan semuanya di tulis nama aku dengan tulisan yang sangat indah.

YA ALLAH.. aku meraung sambil menatap hadiah2 itu.



YA ALLAH.. di mana dapat kucari insan semulia abangku .


hargailah orang yang sentiasa ada di sisi kita :')

No comments:

Post a Comment

leave your comments