WHEN YOU NEED ME AND YOU DON'T WANT ME, I WILL STAY BUT WHEN YOU DON'T NEED ME AND YOU WANT ME, THEN I WILL GO

Saturday, May 26, 2012

BIRTHDAY GIRL :D


ASSALAMUALAIKUM :DD
hello readers! 

On 26/5/1995 a cute girl was born. okay. semua baby yang baru lahir sememangnya comel. i admit that. aku pun comel time baru lahir. *readers muntah* omaigod! siapa yang nak bersihkan muntah ni? :O *tutup hidung* *ambil kain buruk* *lap muntah* akhirnya! dah bersih! pengotor la korang ni. --' 

balik kepada cerita asal. korang mesti nak tahu siapa birthday girl yang bertuah sangat sampai dapat tersenarai dalam entri blog aku yg awesome ni kan? sila tahan muntah korang tu. haha. insan bertuah tu aku kenal sejak azali lagi. okay. tipu :P haha. aku kenal birthday girl ni tahun ni. how come aku boleh kenal dia? masa tu aku tengah gali tanah. aku nak buat bilik bawah tanah. tiba2 aku jumpa birthday girl ni dalam dalam tanah tu. baju dia semua putih. dari kepala sampai kaki. so, aku berkenalan dengan dia. *1000000 readers campak batu besar dekat kepala* --' err, macam banyak sangat je yang nak baca entri bodoh kau ni kan eva? *talking to myself* haha. 

sebenarnya aku kenal birthday girl ni masa dia mula-mula masuk sekolah kesayangan aku tu. :D dia mula2 masuk kelas sebelah (5BG) aku terfikir 'kenapa dia tak masuk kelas aku? aku nak kawan baru!' al-maklum la aku ni suka buat kawan baru. haha. serious! tak percaya, cuba korang tanya kawan2 aku. kebanyakannya aku yang tegur dulu taw. *hidung kembang* haha. but then, tiba2 lepas cikgu tengok balik result dia, dia layak masuk kelas aku yg superb tu. haha. (gaya macam kelas aku tu power sangat je. sedangkan bukannya ada perbezaan sangat dengan kelas sebelah --') 

dengan itu, aku pun mulakan lah ayat biasa aku, 'hye! nama kita eva!' hehe. yang birthday girl yang masih malu malu meow meow ni pulak boleh buat muka mintak penampar. nasib masih baru. dimaafkan. haha. then, dia kenalkan diri dia and her name was 'AMALINA BINTI HARITH FADZILAH' #Eh. betulke aku eja ni? o.O' err. takpela.. semua orang buat silap. lol

si comel ama :D 


ama seorang yang friendly, gempaks, comel, cantek, hot, baik, cuns, pandai and.. and.. arghh! macam2 lah. yang penting dia superb! hehe. malangnya bila hubungan persahabtan dah mula menjadi rapat ama terpaksa berpindah sekali lagi. sedih tahap gyla vavy la org kata kan. sebab aku, auni, wani , pkah and ama dah kamcing bagai dah. tiba2 dia kena pindah pulak dah. aiseyman. --' seriously, aku rasa macam tak berapa nak gempak sangat dah bila dia takde. huk2.

tapi macam mana pun, aku just hope supaya hubungan persahabtan kteorg akan kekal sampai bila-bila walaupun kteorg berjauhan. amin :) memandangkan, ama dah curi hati aku ni bawak sekali masa dia pindah *kol polis* *suruh polis tangkap ama* (boleh lepak2 dengan ama balik :P hehe) jadi terdetik kat hati aku ni nak buat entri pasal birthday girl ni. sebabnya aku betul2 takde duit nak belikan hadiah. huk2. i'm sorry ama. 

conclusion untuk entri panjang gila ni , aku cuma nak wish HAPPY BIRTHDAY dekat ama yang tercinta aww! haha. *kepala berdarah kena hentak dengan readers sebab entri panjang nak mati tapi reason pendek* siapa suruh korang baca sampai habis. aku tak suruh pun. lol

to my dearest ama, ehem2!

HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
HAPPY BIRTHDAY TO AMA,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU..!

(okay. suara aku memang sedap. terima kasih :P lol)










selamat berbahagia menjangkau umur yang semakin tua  haha. hope kau tak lupakan aku, wani, auni, pkah, cylah and geng2 5BE lagi2 'minah sengal' tu. haha. keep in touch okay. i love ya! 



sincerely, AWESOME me :DD


Saturday, May 19, 2012

BELOVED BESTFRIEND IN MY LIFE :)




ASSALAMUALAIKUM WARRAHMATULLAH HIWABAROKATUH 

entri kali ni khas buat seseorang yang sangat dirindui. 

dulu aku ada seorang sahabat sejati, seorang pendengar setia, seorang penasihat tegar yang merupakan pemaisuri kedua yang bertakhta di hati aku selepas pemaisuri pertama (emak) . she's my late moyang :')

dear @moyangNGAHJAMALIAHBINTIKULOBAYOB ♥ 

moyang, dah hampir masuk 6 tahun setengah moyang pergi kan? sesungguhnya dalam masa 6 tahun setengah ni kakcik tak pernah rindukan moyang. *kena kejar dengan moyang* *terjaga dari mimpi* fuuhhh.. mimpi rupanya *lap peluh* alaa moyang. kakcik TERsilap type laa. keyboard ni ha --' saja buat pasal dengan kakcik. sebenarnya, kakcik rindukan moyang sangat2! bila kakcik tersepit dalam masalah kakcik selalu teringat dekat moyang. bila ada masalah jela ingatnya,bila happy tak ingat dah. okay *kena baling dengan bola bowling* bukkkkk! *kepala berdarah* --' adoyyy. main2 jelaaa. haishh. jangan la serious sangat. nanti kalau serious , menangis susah nak berhenti ye dak? hurrmm. 

moyang, dulu moyang selalu jadi tempat mengadu domba emak dengan kakcik kan? kesian moyang. penat nak dengar *cari telinga lain tuk moyang* dulu kakcik dengan umair selalu manja2 dengan moyang. mesti moyang fikir "dah besar panjang pun nak manja2 lagi *muka happy dalam hati tension*" alahaai moyang,sekarang ni mesti moyang rindu nak manja2 dengan kakcik pulak kan? haha. kakcik paham, kakcik paham :)

moyang... dulu moyang selalu datang tidur dekat rumah emak kan? selalu sangat. bila moyang rasa macam dah agak lama moyang tak jumpa kiteorg *muka orang busy mengalahkan PM* .moyang mesti suruh opah chu dengan tok chu bawak moyang datang sini kan? lagi2 masa bulan puasa. moyang tak pernah terlepas nak tidur dekat sini. moyang tak macam opah *jeling opah* tak pernah nak tidur dekat rumah emak. alahaaiii. nak datang pun susah, nak tidur? err. entahlaaa. sedangkan rumah opah lagi dekat dengan rumah mak dari rumah moyang dengan rumah mak. memanglah sepatutnya emak datang jenguk opah. tapi apa salahnya kalau opah datang rumah emak sekali-sekala *muncung bibir* 

okay. back to my beloved moyang. moyang nak tahu tak yang kakcik masih ingat lagi meja roda bergerak moyang dulu tu walaupun benda tu entah lesap mana dah sekarang. dulu time puasa bila moyang tak larat nak duduk atas, makan dekat meja. meja bergerak mesti jalankan tugas dia. bawak makanan bergerak khas tuk moyang. tapi bila sampai kat moyang tba2 makanan atas tu jadi kakcik dengan umair. *zoooom sana! zoommmm sini* haha. suka betul duduk atas tuh. dah macam skateboard. 

tapi moyang tetap nak cuba jugak duduk atas meja. kata moyang "makan ramai2 sekali baru best. moh kita pergi depan moh!" alahaaiii. rindu ayat moyang yang satu tu T.T *menangis tanpa air mata* tapi emak risaukan moyang. last2, *bentang tikar* teman moyang makan kat bawah. tapi kakcik dengan umair lagi sweet kan? ^^ tikar besar dah ada still nak makan sama-sama dengan moyang atas meja bergerak tu. haha. mesti moyang tension time tu. alahaaiii. kami masih kecil dan comel. *muka mintak penyepak* 

moyang, semenjak moyang dah takde.. mak dah takde tempat nak mengadu. bila mak sedih emak selalu mention nama moyang. kata mak, mak rindu moyang. lagi pun moyang tak pernah lekang dengan macam2 nasihat kan? *tutup telinga taknak dengar* okay2. kakcik main2 je. hehe. 

moyang, kakcik nak ucapkan terima kasih dekat moyang sebab moyang dah jaga emak sebaik yang mungkin. sebabkan moyang jaga mak la, kakcik hidup sekarang ni. kalau tak, entah anak siapa lah kakcik ni --'  insyaallah sekarang kakcik pulak yang akan jaga emak. *lap air mata* moyang, kakcik harap moyang aman sejahtera dekat sana. i will never forget you for the rest of my life *pasang lagu maher zain, for the rest of my life* :')

i love you moyang :*

sincerely, awesome me :)

a day called friday :D



sila abaikan muka aku yang cun ni. saja menggedik nak interfremm xP (xde kaitan dgn entri)




ASSALAMUALAIKUM :DD

hello peeps! ohyeahh! eva dah tukar skin blog SEKALI LAGI. hoho. jangan nak buat muka pelik sangat la kan? ingat eva tak nampak ke? o.O eva ada empat mata tawu? haha. well, sebenarnya eva dah bosan guna blogskin --' tak tawu la kenapa. rasa macam bosan sebab bukan eva yang edit sendiri :P tehee. gedik kan3? *kepala berdarah kena baling dgn kelapa* omaigodd! lagi pun, eva suka blog yang simple :) kadang2 blogskin nampak agak crowded oohh! pening kepala eva. huk2.

semalam kan eva balik kampung *nyanyi lagu raya : balik kampung* best woaahh! eh! cop2! eva tak PONTENG SEKOLAH oke? ahaha. ambboii. dah nak mula gosip ckp eva ponteng sekolah letuww :P eva nampak okay? empat mata , empat mata! haha. eva balik kampung sebab mak ada hal dekat kampung. alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. eh! asam takde kaitan oke? haha. alang2 dah sampai kampung, singgah terus lah rumah arwah moyang. *cium2 rumah moyang* rindunyaaa. T.T

sampai2 rumah moyang eva tengok opah chu dengan tok chu eva yang baru pindah situ sibuk2 kemas rumah. eva cakap dekat tok chu eva "mmg nasib tok chu kami sampai tepat pada masa tok chu perlukan bantuan" then, tok chu cakap "alhamdulillah. korang serah tengkuk tepat pada masanya. tu pergi angkat almari besar2 tu dengan mak kamu. tok chu nak rehat. penat" errr. tok chu hampeh derrr --' tak sempat nak rehat lagi dah suruh angkat almari besar woohhh! ini ke cara layan tetamu? *campak kelapa dekat tok chu balik*. memang kami serah tengkuk leee. haha. takpe2 ^^ demi atok sedara yang tercinta! weewitt! haha

lepas tu, kami balik dekat pukul 6 setengah. malam tu patutnya eva ada tucen fizik dengan cikgu julie <3 hoho. tapi nampak gaya macam tak sempat sampai ipoh sebelum pukul 8. *alasan nak ponteng. brrbb* jadi, mesej dihantar kepada teacher julie mengatakan bahawasanya eva tak dapat pergi tucen. *tetttt* dengan itu, mak kata "jom singgah hari-hari sekejap" omaiggoddd! bukan sekejap singgahnya. kata nak balik ipoh pukul 6 tadi terus jadi pukul 7 suku. haha. al-maklum la , perempuan. hoho

dah sakan beli macam2. (gaya macam banyak je barang yang dibeli. padahal ciput je) balik . dalam kereta ape lagi . T I D U R ! ! haha. sampai dekat rumah tiba2 mak teringat yang hari jumaat ada pasar malam *streeeeetttttt!!* *mak drive nak parking* feww~ nak terkeluar jantung aku --' haha. okay. tak2. mak aku pemandu yang cermat okay? then, pergi la jalan2 cari makan *brrrbbb* haha. tiba2 masa tengah khusyuk jalan tu, eva ternampak seorang manusia yang striking dia tu lain daripada yang lain even kulit dia sedikit gelap . lol. then, eva usha je dia sampai dia selisih dengan eva (budak rabun tak pakai spek mata mmg macam ni) tup2! "eh2! syammir!" terus secara spontannya eva hayunkan tangan kanan yang masa tu tengah pegang plastik buah mempelam sampai kena kaki dia . because of that hari ni mak makan mempelam lembik. mak membebel "semalam beli elok je, hari ni dah lembik da?" err --' sorry mak. so,sambung balik kisah dekat pasar malam. lepas je ketuk kaki dia dengan pelam tu, dia yang tengah khusyuk text 'ehem' dia tu toleh belakang,depan then tak sampai 1 saat toleh belakang balik dengan muka terkejut --' err. kaw dah kenapa? rabun jugak eh syammir? *gelak jahat* 

lepas tu, entah kenapa banyak kali pulak selisih nya. dia dengan membe dia tak habis2 dok ulang alik sambil senyum kambing . err *lar jauh2.* busuk wooo bau kambing! haha. then, ada sekali tu dia dekat belakang eva tapi eva tak perasan sebab eva fokus dekat mak eva yang laju je jalan ke depan. tiba2 dia cakap "makcik,anak makcik ni scandal saya" whatt theeeee? *campak ikan keli dekat muka kaw* banyak kali kowd dia cakap macam tu. nasib mak eva tak dengar. kalau tak rasannya, *mak campak gerai burger dekat syammir and aku* omagodddd! kuat kan mak aku? haha. sampai satu saat tu aku dah cuak takut mak aku dengar, aku tunjuk penumbuk dekat dia. falmost dah nak terkeluar middle finger. *tahan middle finger dari keluar* berjaya! fuhhh *lap peluh* haha. 

kalau lah teacher julie tawu aku lepak pasar malam semalam naye aku --' yela. tak pergi kelas dia tapi pergi pasar malam boleh. huk2. sorry cee. semalam saya dah lalu depan rumah teacher dah. lepastu mak saya siap tanya lagi nak pergi tucen ta? tapi saya fikir dah la dah lambat , buku pun tak bawak, badan berpeluh *tutp hidung* terus saya tak jadi nak pergi kelas. maaf ye cikgu tercinta? *flying kiss* haha. kbaaaii :O

Saturday, May 12, 2012

ROYAL BELUM RAINFOREST :D





Tumblr_lxs40itbgk1qjwa9yo1_500_large

ASSALAMUALAIKUM :DD


Hello blogger and blogwalker! semalam 12/5/2012 (sabtu) pengetua ada buad satu aktiviti for the chosen students untuk pergi lawatan ke HUTAN BELUM,PERAK :D and i am one of them . but then, kami pergi sana bukan untuk suka-suka.  we need to do an experiment using microscale as we get there. lagi pun, bukan senang nak tengok pengetua pergi trip sama-sama ni :D maybe cik nani pergi sama sebab trip ni dia yang punya idea and dia yg bayar. kami hanya pergi and ENJOY! haha. 

masa mula mula kami smpai dekat pulau banding tu kami diberi information sikit sebanyak. biasa la tu kan? then, waktu nak mula naik bot tu, rasa mcm sedih pulak. terpaksa berpisah dengan membe2 aku T.T huk2 . then, first destination kami , kami kena hiking --' oh yeahh! tak stretching dulu terus hiking. best la kan! huk2. kami hiking sebab nak tengok bunga RAFFLESIA :D tapi bila smpai atas, tengok2 bunga tak kembang lagi . damn! geram gila! penat2 jer manjat serupa org pnjt gunung everest. huk2.

lepastu, kami naik bot untuk bertolak ke destinasi lain pulak. :) kami pergi satu tempat ni. kay dah lupa nama tempat. huk2. kat tempat ni ada air terjun, cantik sangat sangat sangat lah sangat! naik tergamam dibuatnya! :O huk2. then, bila kami bergerak ke dalam lagi. dekat dlm sungai tu ada banyak ikan! ikan tu pulak suka ikut ke mana je kami pergi. tpi bila nak cuba sentuh, susah! haha. bila smpai kat sana, seriously, rasa macam semua tension hilang :) tapi mcm mana enjoy pun experiment need to be done! so, ade jugak la yg kena amek sample air, sample tanah segala bagai. all those stuff is for our beloved HM. :D

lepas enjoy , mestilah rasa lapar ye dak? haha. so, kami gi satu tempat ni untuk makan :D yeahh! MAKAN! lapar gila masa tu! >< huhu. lepas dah makan kami kena naik titi gantung nak pergi seberang. masa naik tu ada lah insan insan asing yg sibuk nak usha. --' kami buat persembahan ke pun? tak paham betul. huk2 then, kami teruskan perjalanan tuk pergi tgk tempat binatang kebiasaanya singgah tuk amik mineral. dekat tempat tu laaa kami boleh nmpk tapak kaki binatang yg singgah tu. awesome babe! then , jalan sikit lagi abang yusri (fasi) tunjuk pokok . err. alamak! lupa derr nama pkok tu. --' huk2. tapi dengar2 dia kata pokok tu tak banyak kat situ. plus pkok2 balak kat hutan tu dah usia ratus2 tahun :O woahooo!

then, sepatutnya kami pergi KAMPUNG ORANG ASLI. tapi mmndgkan masa tak mengizinkan. abg yus gantikan dengan tempat yg lain. whereas bunga RAFFLESIA berkembang. sbb mula2 tadi kami tak dpt tgk bunga yg tengah kembang. tapi masa tengah2 tasik tuh pulak la hujan nak turun. sejuk babe! >< naik menggigil aku! haha. bumbung bot yang nani , yanie naik smpai terbang doe! angin kuat sangat. haha. nasib2. lepastu, dah smpai tuh kami mula la nak kena hiking balik. tapi hiking kali ni mencabar gila2. sebab tanah licin baru lepas hujan. ramai gila naik jatuh2 dibuatnyee ish3. aku dengan adlin naik last sbb bagi org lain turun dulu and antara yg last turun. haha. kami nak jugak naik atas tu semata-mata nak tengok bunga rafflesia secara live and bergambar sekali. haha. akhirnya, tersmpai jugak hasrat. :D hoho

then, balik tu semua dah penat tahap tataw nak ckp mcm mana dah. haha. lepas ada yg tukaq baju , mandi segala bagai. semua duk cepat2 naik bas. dalam otak just 'nak balik! nak balik!' haha. but then, masa atas bas tu lepas sorang2 rasa sakit dekat atas lutut. peritt woaaa! tapi yang peliknya aku punya paling teruk --' sampai susah gila nak jalan! rasa mcm dah nak patah kaki aku . adoyyyy. sedih kowd! tapi alhamdulillah bangun pagi ni dah elok dah :D fuhhh! jenuh aku na tidur mlm tadi. gara2 tak stretching dulu sebelum mula hiking. huk2. padan muka kaw eva! haha. mcam mana pun, even harini bdn rasa lesu dan penat semacam, i'm still having a lot of fun at ROYAL BELUM <3 

one thing to said : THANK YOU CIK NANI, THANK YOU TEACHERS, THANK YOU FRIENDS, THANK YOU FASI and THANK YOU RPS xD

sincerely, me with love 

Monday, May 7, 2012

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN :D




Tumblr_m1j5kevdkd1qlq8bco1_500_large

ASSALAMUALAIKUM :D

Hello peeps! yeaahh! musim exam dah tiba! masa untuk perah otak! >< haha. well, now i am currently IN A RELATIONSHIP with books. be jelly guys! :P haha. first day exam is BAHASA INGGERIS 2 and BAHASA MELAYU 2. dua dua boleh dikatakan dapat lah buad :) but then , kertas BM2 sangat menyakitkan hati! haha. masa diberi dua jam setengah. eva buad tanpa henti (except lari gi toilet jap. haha) tapi masih rasa macam masa tak cukup --' sangat sangat sangat banyak! harap harap result eva okay okay je nanti. amin :)

well, esok pulak exam PENDIDIKAN ISLAM 1, BAHASA INGGERIS 1 and SEJARAH 1 . and now i am preparing myself by memorize on of the essays for BI paper 1 :D malam karang pulak nak study agama and sejarah sikit2. wish me luck kay! ^^

exam PERTENGAHAN TAHUN yang AWESOME



isnin (7/5) : BI2 and BM2
selasa (8/5) : AG1 , BI1 and SEJ1
rabu (9/5) : SEJ2 and ADDMATH1
khamis (10/5) : BIO2 and MATH2
jumaat (11/5) : KM2 and KM1
isnin (14/5) : FZ1 , FZ3 and FZ1
selasa (15/5) : BM1 and AG2
rabu (16/5) : (takde exam! yeayyy!)
khamis (17/5) : BIO3 and BIO1
jumaat (18/5) : KM3 ,PJPK and MATH1
isnin (21/5) : ADDMATH2 
I AM THE SIJIL PELAJARAN MALAYSIA CANDIDATES OF 2012

sincerely, handsome me :DD aww!