WHEN YOU NEED ME AND YOU DON'T WANT ME, I WILL STAY BUT WHEN YOU DON'T NEED ME AND YOU WANT ME, THEN I WILL GO

Saturday, May 19, 2012

BELOVED BESTFRIEND IN MY LIFE :)




ASSALAMUALAIKUM WARRAHMATULLAH HIWABAROKATUH 

entri kali ni khas buat seseorang yang sangat dirindui. 

dulu aku ada seorang sahabat sejati, seorang pendengar setia, seorang penasihat tegar yang merupakan pemaisuri kedua yang bertakhta di hati aku selepas pemaisuri pertama (emak) . she's my late moyang :')

dear @moyangNGAHJAMALIAHBINTIKULOBAYOB ♥ 

moyang, dah hampir masuk 6 tahun setengah moyang pergi kan? sesungguhnya dalam masa 6 tahun setengah ni kakcik tak pernah rindukan moyang. *kena kejar dengan moyang* *terjaga dari mimpi* fuuhhh.. mimpi rupanya *lap peluh* alaa moyang. kakcik TERsilap type laa. keyboard ni ha --' saja buat pasal dengan kakcik. sebenarnya, kakcik rindukan moyang sangat2! bila kakcik tersepit dalam masalah kakcik selalu teringat dekat moyang. bila ada masalah jela ingatnya,bila happy tak ingat dah. okay *kena baling dengan bola bowling* bukkkkk! *kepala berdarah* --' adoyyy. main2 jelaaa. haishh. jangan la serious sangat. nanti kalau serious , menangis susah nak berhenti ye dak? hurrmm. 

moyang, dulu moyang selalu jadi tempat mengadu domba emak dengan kakcik kan? kesian moyang. penat nak dengar *cari telinga lain tuk moyang* dulu kakcik dengan umair selalu manja2 dengan moyang. mesti moyang fikir "dah besar panjang pun nak manja2 lagi *muka happy dalam hati tension*" alahaai moyang,sekarang ni mesti moyang rindu nak manja2 dengan kakcik pulak kan? haha. kakcik paham, kakcik paham :)

moyang... dulu moyang selalu datang tidur dekat rumah emak kan? selalu sangat. bila moyang rasa macam dah agak lama moyang tak jumpa kiteorg *muka orang busy mengalahkan PM* .moyang mesti suruh opah chu dengan tok chu bawak moyang datang sini kan? lagi2 masa bulan puasa. moyang tak pernah terlepas nak tidur dekat sini. moyang tak macam opah *jeling opah* tak pernah nak tidur dekat rumah emak. alahaaiii. nak datang pun susah, nak tidur? err. entahlaaa. sedangkan rumah opah lagi dekat dengan rumah mak dari rumah moyang dengan rumah mak. memanglah sepatutnya emak datang jenguk opah. tapi apa salahnya kalau opah datang rumah emak sekali-sekala *muncung bibir* 

okay. back to my beloved moyang. moyang nak tahu tak yang kakcik masih ingat lagi meja roda bergerak moyang dulu tu walaupun benda tu entah lesap mana dah sekarang. dulu time puasa bila moyang tak larat nak duduk atas, makan dekat meja. meja bergerak mesti jalankan tugas dia. bawak makanan bergerak khas tuk moyang. tapi bila sampai kat moyang tba2 makanan atas tu jadi kakcik dengan umair. *zoooom sana! zoommmm sini* haha. suka betul duduk atas tuh. dah macam skateboard. 

tapi moyang tetap nak cuba jugak duduk atas meja. kata moyang "makan ramai2 sekali baru best. moh kita pergi depan moh!" alahaaiii. rindu ayat moyang yang satu tu T.T *menangis tanpa air mata* tapi emak risaukan moyang. last2, *bentang tikar* teman moyang makan kat bawah. tapi kakcik dengan umair lagi sweet kan? ^^ tikar besar dah ada still nak makan sama-sama dengan moyang atas meja bergerak tu. haha. mesti moyang tension time tu. alahaaiii. kami masih kecil dan comel. *muka mintak penyepak* 

moyang, semenjak moyang dah takde.. mak dah takde tempat nak mengadu. bila mak sedih emak selalu mention nama moyang. kata mak, mak rindu moyang. lagi pun moyang tak pernah lekang dengan macam2 nasihat kan? *tutup telinga taknak dengar* okay2. kakcik main2 je. hehe. 

moyang, kakcik nak ucapkan terima kasih dekat moyang sebab moyang dah jaga emak sebaik yang mungkin. sebabkan moyang jaga mak la, kakcik hidup sekarang ni. kalau tak, entah anak siapa lah kakcik ni --'  insyaallah sekarang kakcik pulak yang akan jaga emak. *lap air mata* moyang, kakcik harap moyang aman sejahtera dekat sana. i will never forget you for the rest of my life *pasang lagu maher zain, for the rest of my life* :')

i love you moyang :*

sincerely, awesome me :)

No comments:

Post a Comment

leave your comments