WHEN YOU NEED ME AND YOU DON'T WANT ME, I WILL STAY BUT WHEN YOU DON'T NEED ME AND YOU WANT ME, THEN I WILL GO

Saturday, May 19, 2012

a day called friday :D



sila abaikan muka aku yang cun ni. saja menggedik nak interfremm xP (xde kaitan dgn entri)




ASSALAMUALAIKUM :DD

hello peeps! ohyeahh! eva dah tukar skin blog SEKALI LAGI. hoho. jangan nak buat muka pelik sangat la kan? ingat eva tak nampak ke? o.O eva ada empat mata tawu? haha. well, sebenarnya eva dah bosan guna blogskin --' tak tawu la kenapa. rasa macam bosan sebab bukan eva yang edit sendiri :P tehee. gedik kan3? *kepala berdarah kena baling dgn kelapa* omaigodd! lagi pun, eva suka blog yang simple :) kadang2 blogskin nampak agak crowded oohh! pening kepala eva. huk2.

semalam kan eva balik kampung *nyanyi lagu raya : balik kampung* best woaahh! eh! cop2! eva tak PONTENG SEKOLAH oke? ahaha. ambboii. dah nak mula gosip ckp eva ponteng sekolah letuww :P eva nampak okay? empat mata , empat mata! haha. eva balik kampung sebab mak ada hal dekat kampung. alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. eh! asam takde kaitan oke? haha. alang2 dah sampai kampung, singgah terus lah rumah arwah moyang. *cium2 rumah moyang* rindunyaaa. T.T

sampai2 rumah moyang eva tengok opah chu dengan tok chu eva yang baru pindah situ sibuk2 kemas rumah. eva cakap dekat tok chu eva "mmg nasib tok chu kami sampai tepat pada masa tok chu perlukan bantuan" then, tok chu cakap "alhamdulillah. korang serah tengkuk tepat pada masanya. tu pergi angkat almari besar2 tu dengan mak kamu. tok chu nak rehat. penat" errr. tok chu hampeh derrr --' tak sempat nak rehat lagi dah suruh angkat almari besar woohhh! ini ke cara layan tetamu? *campak kelapa dekat tok chu balik*. memang kami serah tengkuk leee. haha. takpe2 ^^ demi atok sedara yang tercinta! weewitt! haha

lepas tu, kami balik dekat pukul 6 setengah. malam tu patutnya eva ada tucen fizik dengan cikgu julie <3 hoho. tapi nampak gaya macam tak sempat sampai ipoh sebelum pukul 8. *alasan nak ponteng. brrbb* jadi, mesej dihantar kepada teacher julie mengatakan bahawasanya eva tak dapat pergi tucen. *tetttt* dengan itu, mak kata "jom singgah hari-hari sekejap" omaiggoddd! bukan sekejap singgahnya. kata nak balik ipoh pukul 6 tadi terus jadi pukul 7 suku. haha. al-maklum la , perempuan. hoho

dah sakan beli macam2. (gaya macam banyak je barang yang dibeli. padahal ciput je) balik . dalam kereta ape lagi . T I D U R ! ! haha. sampai dekat rumah tiba2 mak teringat yang hari jumaat ada pasar malam *streeeeetttttt!!* *mak drive nak parking* feww~ nak terkeluar jantung aku --' haha. okay. tak2. mak aku pemandu yang cermat okay? then, pergi la jalan2 cari makan *brrrbbb* haha. tiba2 masa tengah khusyuk jalan tu, eva ternampak seorang manusia yang striking dia tu lain daripada yang lain even kulit dia sedikit gelap . lol. then, eva usha je dia sampai dia selisih dengan eva (budak rabun tak pakai spek mata mmg macam ni) tup2! "eh2! syammir!" terus secara spontannya eva hayunkan tangan kanan yang masa tu tengah pegang plastik buah mempelam sampai kena kaki dia . because of that hari ni mak makan mempelam lembik. mak membebel "semalam beli elok je, hari ni dah lembik da?" err --' sorry mak. so,sambung balik kisah dekat pasar malam. lepas je ketuk kaki dia dengan pelam tu, dia yang tengah khusyuk text 'ehem' dia tu toleh belakang,depan then tak sampai 1 saat toleh belakang balik dengan muka terkejut --' err. kaw dah kenapa? rabun jugak eh syammir? *gelak jahat* 

lepas tu, entah kenapa banyak kali pulak selisih nya. dia dengan membe dia tak habis2 dok ulang alik sambil senyum kambing . err *lar jauh2.* busuk wooo bau kambing! haha. then, ada sekali tu dia dekat belakang eva tapi eva tak perasan sebab eva fokus dekat mak eva yang laju je jalan ke depan. tiba2 dia cakap "makcik,anak makcik ni scandal saya" whatt theeeee? *campak ikan keli dekat muka kaw* banyak kali kowd dia cakap macam tu. nasib mak eva tak dengar. kalau tak rasannya, *mak campak gerai burger dekat syammir and aku* omagodddd! kuat kan mak aku? haha. sampai satu saat tu aku dah cuak takut mak aku dengar, aku tunjuk penumbuk dekat dia. falmost dah nak terkeluar middle finger. *tahan middle finger dari keluar* berjaya! fuhhh *lap peluh* haha. 

kalau lah teacher julie tawu aku lepak pasar malam semalam naye aku --' yela. tak pergi kelas dia tapi pergi pasar malam boleh. huk2. sorry cee. semalam saya dah lalu depan rumah teacher dah. lepastu mak saya siap tanya lagi nak pergi tucen ta? tapi saya fikir dah la dah lambat , buku pun tak bawak, badan berpeluh *tutp hidung* terus saya tak jadi nak pergi kelas. maaf ye cikgu tercinta? *flying kiss* haha. kbaaaii :O

No comments:

Post a Comment

leave your comments