WHEN YOU NEED ME AND YOU DON'T WANT ME, I WILL STAY BUT WHEN YOU DON'T NEED ME AND YOU WANT ME, THEN I WILL GO

Tuesday, July 17, 2012

HAPPY BIRTHDAY


ASSALAMUALAIKUM :D

hello fellas! nampak tajuk entri aku kalini? haha. okay. biar aku ulang sekali lagi, HAPPY BIRTHDAY. well, mesti korang tertanya-tanya birthday siapa lah yang dapat layan special mengalahkan M.Daud Kilau sampai si eva ni buat entri khas untuk dia kan kan? nampak sangat korang jelez tak dapat masuk carta hati blog eva ni kan kan? takpe takpe. eva memahami. lol. well, first of all. let me tell you about this little cute fellas who had always be my friend till now. 

On the 17 July 1995 , a cute little baby girl was born. Ayah dan ibu si bayi menamakan bayi tersebut dengan nama yang cukup indah iaitu , AUNI ATHIRAH :) aku kenal auni start dari sekolah menengah. masa tu, auni ni sombong gila. rasa macam nak bagi dia makan kaki je. tapi dek kerana aku yang masa tu masih lagi muda lagi cantik menawan terpaksa lah aku jaga maruah aku lantas mengabaikan si sombong auni ni. okay. aku tak nak melalut panjang panjang sebab homework menggunung tinggi yang tak siap lagi ni. jari pun menaip laju macam naik ferrari dah ni. jadi, andai kata ada TYPO banyak kali tu, mohon diampunkan. 

khas kepada si comel lotek AUNI ATHIRAH BINTI MOHD ANUAR,

i just want to say,

HAPPY..
Your animation
my dear beloved friend :)

memandangkan hari ni hari jadi kau, meh aku sumbangkan suara aku yang merdu lagi lunak ni. hoho

SAENG IL CHUK HA HAM NI DA
SAENG IL CHUK HA HAM NI DA
SARANG HA NEUN AUNISHI
SAENG IL CHUK HA HAM NI DA!!
 
*berjoget pakai trompah depan crush tercinta*

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
v




SELAMAT HARI JADI AUNI ATHIRAH BINTI MOHD ANUAR :D 

mianei for the late wish. malam semalam ingat nak jadi manusia yang wish konon nye lah kan. sekali entah kenapa aku ngantuk sangat --' kat sekolah tadi pulak semua orang dah wish dulu jadi ke'special'an tuh dah takde. jadi, memandangkan aku ada blog, aku manfaatkan blog aku tuk mengabdikan kisah cinta kita berdua :D haha. kay. joke. mianei sekali lagi auni! 

pada hari jadi kau yang ke-17 ni, (sila sedar yang anda dah semakin tua dan cun) aku nak wish semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. tak lupa jugak semoga berjaya dalam hidup lagi lagi SPM yang makin dekat ni. hope kau dapat capai impian kau. dan terima kasih sudi jadi kawan aku. maafkan aku andai kata sepanjang kita berkawan , aku ada buat kau terasa hati (eh! ni dah masuk slot nak raya! --') okay okay. last but not least, semoga persahabatan kita kekal abadi sampai ke akhir hayat :) amin ya robbal alamin! 

ASSALAMUALAIKUM 
memberi salam itu sunat, menjawab salam itu WAJIB :)



sincerely, EVAHASHIM 

Sunday, July 15, 2012

MY HEROES :D


Here is my doodle for the day of a super hero . Created this cartoon ...

ASSALAMUALAIKUM :D

*pakai spek mata old school, masukkan baju dalam seluar* Dalam hidup setiap manusia mesti ada hero pilihan mereka yang tersendiri. Perkataan Hero lebih sinonim diperkatakan oleh perempuan bagi melabelkan seorang lelaki yang dianggap seperti seorang yang gagah perkasa. Namun hero yang ingin aku utarakan di sini bukanlah seperti hero hero filem yang berpakaian ketat dan menyelamatkan nyawa manusia semata-mata. Tapi, hero yang dimaksudkan adalah seseorang lelaki yang sentiasa berada di samping seorang perempuan yang membuatkan perempuan tersebut berasa selamat dan gembira berada di samping hero tersebut. Malah, hero juga boleh dianggap sebagai role model di mana ciri ciri seorang hero itu pastinya baik baik belaka. (okay! ayat keskemaan aku terserlah di situ. sila campak kelapa dekat kepala aku --')

Dalam hidup aku, terdapat 6 orang manusia bergelar lelaki yang aku anggap sebagai hero aku. 6 orang manusia ini adalah insan yang amat aku sayangi. Mereka sentiasa berada di samping aku tatkala aku sedih, marah, kecewa , gembira dan macam macam perasaan yang bergaul menjadi satu. *darah mengalir dari hidung sebab terlalu keskemaan hoho* okay! back to normal! like what i've just said before, aku ada 6 orang hero. banyak kan? haha. aku ada, kau ada? lol. jadi aku rasa semua orang mesti ada hero kan? sebelum aku ulang ayat yang sama sekali lagi dengan penuh skema, jom tengok siapa hero hero tercinta aku ni! wootwoooot!

@ABAH HASHIM
okay! inilah hero pertama dan terakhir aku . bagi aku, setiap ayah kat dunia ni adalah hero bagi setiap anak kan? just like mine. aku sayang abah aku sangat sangat. memang abah aku kerja tak tinggi macam abah orang lain. hanya sebagai seorang pemandu teksi. tapi bagi aku pengorabanan abah aku sangat besar. seorang pemandu teksi yang kerja malam balik pagi, aku tawu abah aku penat sangat! lagi lagi umur abah aku yang dah nak menjangkau 60 tahun. abah aku dah patut bersara dah tapi disebabkan aku dengan adik-beradik aku masih perlu duit untuk belajar, abah gagah kan diri kerja siang malam cari duit. sampaikan abah pernah banyak kali eksiden gara gara ngantuk kerja malam balik pagi pagi lepastu keluar balik :') kadang kadang aku terasa diri aku melampau bila aku terpaksa mintak duit memanjang. yela. abah kerja bawak teksi yang gaji tak menentu keluar masuknya. yang aku asyik asyik mintak duit sampaikan bila aku mula je panggil abah aku dengan penuh manja dan sopan santun mengalahkan M.Daud Kilau, abah terus je cakap,

NAK APA? DUIT LAGI LAH TU KAN?

mula mula tu berpuluh puluh soalan abah tanya. dah mengalahkan CSI MIAMI. tapi aku tawu bila esok pagi aku nak bangun nak pergi sekolah, duit yang aku mintak mesti dah ada atas meja. aku tawu malam tu abah mesti takde duit. duit yang aku dapat pagi tu semua duit hasil kerja abah pagi lepas aku mintak tu. masa aku tengah nyenyak tidur atas katil dengan selesanya, abah bermandi peluh cari pelanggan nak naik teksi. aku pernah tengok sekali. abah menjerit jerit tanya siapa nak naik teksi. abah kejar orang yang lalu lalang siapa nak naik teksi. sebab masa tu dah terdesak sangat. abah betul betul perlukan duit demi family. ada jugak mak aku cerita bila aku dah besar panjang ni, masa aku dan adik beradik aku kecik kecik dulu selsema. (zaman tak reti hembus hingus yang dah meleleh sepanjang 10cm) abah sanggup sedut hingus kteorg guna mulut abah sebab tak nak kteorg jatuh sakit. :') masa semua ni terjadi aku masih kecil, aku tak paham lagi. tapi bila aku fikirkan balik masa dah besar ni, betapa besarnya pengorbanan yang abah dah lakukan. satu memori yang aku takkan pernah lupakan bila aku dengan abah rebut makanan. well, kalau nak pelawa abah makan kena make sure kau dah puas makan dulu. kalau tak, kempunan lah kau. haha. sebab mulut abah aku besar. sekali ngap je dah habis. tapi sebagai anak aku tak patut buat macam tu kan? disebabkan tu bila aku pelawa ayah aku makan makanan aku, mesti aku gaduh gaduh dengan abah cakap jangan makan banyak sangat lah, lepastu bahagi bahagi abah boleh makan banyak mana, sweet kan kami? haha. tapi even abah makan aku punya pun aku tak kisah. yang aku nak kutip hanya memori. makanan boleh beli lagi kan? :) abah, kakcik mintak maaf abah. kakcik dah banyak susahkan abah . tapi percayalah cakap kakcik, kakcik sayang abah sangat sangat. kalau boleh, kakcik nak abah dengan mak tengok kakcik dah besar , kakcik dah ada kerja , kakcik dah ada keluarga, dan masa tu , kakcik nak jaga mak dengan abah elok elok :') kakcik harap impian kakcik ni tercapai. walaupun mak selalu sangat cakap, 

BILA KORANG DAH BESAR NANTI, KORANG HANTAR JE MAK DEKAT RUMAH ORANG TUA. 

mak abah, kakcik sayang mak abah ketat ketat !

@ABANG NGAH 
well, this is my second hero. nama dia azroul and dia satu satu nya abang kandung yang aku ada. masa aku kecik kecik dulu aku sangat sangat sangat membenci abang aku ni. yela. dulu membe aku yang ada abang selalu cerita pasal abang deme yang caring, baik bagai semua semua tu. tapi abang aku? dia seorang pembuli tegar masa kecik kecik dulu. sehari kalau abang aku ni tak sepak terajang aku , memang dunia terasa macam pelik. haha. semua benda buli buli ni jadi lepas je aku dapat seorang adik lelaki. well, abang aku dah dapat geng lelaki dia kan? habis aku diketepikan lah! abang aku selalu back up adik aku even masa tu yang salah 100% adik aku. see? mana tak aku benci dekat dia? bila orang lain cakap, 

UNTUNGLAH KAU ADA ABANG. AKU TAKDE ABANG PUN

bagi aku, apa yang untungnya kalau dapat abang perangai macam setan tanduk tiga? hoho. tapi semua tu perasaan aku masa kecik kecik je. yela. budak tak meced lagi memang macam tu. haha. once abang aku dah besar lonjong berjerawat bagai, abang aku dah agak kemecedan. dia dah jarang buli aku. masa tu aku rasa macam puas! rasa seronok sangat! aku kontrol segalanya! haha. lagi lagi bila abang aku sambung belajar jauh dari rumah that is dekat pulau pinang. aku mula balas dendam balik dekat adik aku. kesian dia. tapi bila makin lama abang aku dekat sana lagi lagi bila dia jarang balik rumah dah. aku mula terasa rindu nak gaduh dengan abang aku ni :') aku rasa macam nak aje main sepak terajang dengan abangngah balik. tapi aku pasti! yang aku akan kalah! haha. tapi tak mengapa. bagi aku cukuplah sekadar perhubungan kami sebagai abang dengan adik masih ceria macam dulu. biarlah dia nak pukul aku , maybe dengan cara tu kami boleh happy dalam satu keluarga balik. kadang kadang bila aku rindu abangngah, bila mak kol abangngah aku mesti mencelah. aku akan cakap ,

JANGAN BAWAK MINAH ENDON BALIK! TAK SUKA!

lepas tu, abangngah akan gaduh gaduh dengan aku kejap then dia akan gelak. ouh. how i miss that big brother :') for now, i'm just hoping that abangngah selamat dekat pulau pinang dan tak lupakan aku dengan family dekat sini. abangngah, i miss you

@UMAIR/ADIK
okay! masuk hero yang ketiga that is my little handsome brother.masa dia dilahirkan dulu, aku rasa aku lah orang paling bahagia sekali. sebab akhirnya aku dapat seorang adik. aku seronok sangat! tapi lepas adik aku dah agak besar , dia masuk geng abang aku. pfft. pernah sekali tu dengan dia dia sepak terajang aku. sebab abang aku bela dia je aku tak sepak dia balik. kalau tak, mau naye masuk ICU aku kerjakan dia. lol. one day, dia ada terkantoi sesuatu dengan aku dan aku guna kan bnda tu untuk peras ugut dia supaya tak kurang ajar dengan aku, haha. aku jahat? ada aku kisah? hoho. aku selalu buli dia. tapi percayalah , aku buli dia demi kebaikan dia. aku takkan buli adik aku semata-mata nak balas dendam. aku sayang adik aku :) dia satu satu nya adik kandung sama darah dengan aku. apa apa yang terjadi sekali pun dia tetap adik aku. memandangkan dia UPSR tahun ni, aku harap sangat dia berjaya dengan rainbow colours walalupun aku tawu adik aku ni degil. tapi aku percaya dia boleh buat. umair, kakcik mintak maaf sebab selalu buli kamu. tapi kalau one day nanti kamu terbukak blog kakcik ni, percayalah kakcik buat semua tu demi kebaikan kamu. kakcik marah dan pukul kamu sebab kamu menipu. kakcik taknak adik kakcik jadi seorang penipu , pencuri. kakcik marah kamu bila kamu dalam blik masa kamu tak dengar cakap kakcik bila kakcik cakap jangan pergi padang tapi kamu pergi jugak sebab kakcik nak test kamu. kamu dengar cakap ke tak. kakcik tak nak kamu jadi anak yang pandai lawan kata mak bila kamu besar nanti. kakcik tak sanggup tengok kamu jadi macam abang ngah masa kecik kecik dulu. kena pukul. kakcik nak ajar kamu jadi anak yang akan dengar cakap mak dengan abah bila dah besar nanti. kakcik mintak maaf . kakcik tawu kamu mesti ada rasa benci dengan kakcik kan? mianei. one thing that you should know, segarang-garang dan seteruk-teruk kakcik, kakcik sayang kat kamu. you're my one and only little brother that i had. 

@ATOK AZRIN
hero aku yang sorang ni bukan berasal dari darah daging aku. kami bukan muhrim. lol. dia kawan baik aku! :) mula mula aku kenal dia melalui fesbuk si mark zuckerberg. masa tu pertengahan tahun 2010. (form 3) mula mula tu aku memang tak kenal dia. aku main like like je semua benda yang ada kat wall dia termasuk gambar gambar dia. then, dia balas balik. istilah ni dulu dipanggil sebagai perang like. haha. lepastu, aku dengan baik hati menyerah kalah daripada tekan button like memanjang. dengan tak rela nya terus comment gambar dia yang tak handsome tu. haha. okay. joke. lepastu, dia komen plak gambar aku yang 'cun melecun' time tu. lol. lepastu mula lah IM bagai. then, sembang kat fon pulak. haha. saat yang paling lawak is dia ni andersonian di mana salah seorang ckgu anderson dia was my ckgu tucen kimia. dengan itu, dia kol aku for the first time tak silap aku then topik hangat kteorg malam tu is about that chemistry teacher. haha. aku tak tahu kenapa, tapi aku rasa macam lega bila cerita dekat dia. well, memang lah sebaik baik pendengar , adalah ALLAH SWT. tapi sometime aku rasa macam aku perlukan seseorang untuk dengar cerita aku even aku tawu masa tu azrin mesti nak tak nak je dengar cerita aku. aku peduli ape? sape suruh jadi kawan aku? HAHA *gelak kejam sambil cekak pinggang* dia sangat supportive ! bagi aku, dia lah kawan lelaki pertama yang aku anggap kawan yang tersangat lah aku sayang. even dah dekat tiga tahun kteorg kenal, aku percaya persahabatan kteorg akan kekal sampai bila bila. amin :) azrin, terima kasih for everything! 

@PAKCIK UE
hero yang seterusnya adalah jiran selang beberapa buah rumah :D haha. kenal dia ni pun melalui fesbuk mark zuckerberg tu jugak. dulu masa masih baru dalam fesbuk, aku suka add kawan kawan taman. so, aku pun add lah mamat ni. dah approve bagai, dia ngorat aku wok! lawak! haha. lepastu dah lama kenal, dalam fon pulak. gayut macam monyet tengah tengah malam. okay! gayut fon je. takde maknenye aku nak panjat pokok masa org dah tidur --' lepastu, dia main gitar. pfft. aku jelez! aku nak belajar , tapi gitar pun takde. jadi hanya mampu mendengar. haha. then, one day bila dia dapat tahu aku ada satu buku yang aku gunakan untuk melukis, dia nak pinjam. dia pernah buat aku nak menangis bila dia cakap buku aku tu hilang. then, dia kata dia main main. nyaris nyaris rumah dia terbakar hangus aku buat. atas dasar mintak maaf, dia hadiahkan aku MR.CHIPMUNK :) sangat comel! ada dua gigi je kat depan. haha. tapi malangnya, aku merasakan kezen aku dah bawak lari chipmunk aku tu --' pfftt. sadis woah! alahai. mende lain yang dia bagi pun cekelat. cekelat semua aku dah telan habis. chipmunk tu je kenangan aku tapi dah hilang. wua! D; geram gila aku! haish. ue ni someone yang aku agak berlawanan dengan aku. haha. aku kata lain, dia kata lain. tapi satu kebaikan dia is dia selalu mengalah dengan aku. hoho. ue, eva tawu eva kuat membebel dekat ue. biasalah, nama pun perempuan. haha. tapi eva membebel untuk ue jugak. lagi lagi pasal rokok tu :) eva betul betul nak ue stop rokok. eva tak nak nanti kawan baik eva sakit. ue paham kan? tolong kay. you're one of my beloved stars on the sky. terima kasih terima kasih terima kasih sebab selalu ada bila eva perlukan. dan maaf kalau eva  tak dapat nak ada bila ue perlukan macam yang ue buat untuk eva. mianei~

@PAPA MEOR
last but not least! here goes my papa :D haha. well, dia bukan ayah aku / ayah angkat aku / ayah sedara aku dan yang seangkatan dengan nya. umur dia sebaya je dengan aku. macam mana boleh dapat gelaran papa? nanti aku ceritakan :) mula mula aku kenal dia masa tucen fizik cikgu julie (form 4) tapi masa tu aku masih nerd dan sangat tidak biasa dengan lelaki lagi. aku just acap kali dengar tc julie sebut sebut nama meor. tapi aku tak pernah nak amek tahu. lepastu separuh tahun form 4 kami terpisah. dia masuk grup form 4 satu lagi. *pasang lagu patah seribu* haha. lepastu, bila grup tucen ni diwujudkan pulak dalam fb bagi memudahkan penyebaran maklumat. dengan itu semua anak murid tc julie tak kira grup 1 atau grup 2 ada kat dalam tu. jadi, aku yang sememangnya gila suka sembang sembang dengan semua orang kat dalam tu even aku tak pernah kenal termasuk lah papa aku ni ha. one day, apa mimpi dia entah dia add aku dekat fesbuk. okay. fesbuk mark zuckerberg LAGI. sembang punya sembang masuk pulak dalam fon. okay dah nak masuk cerita part macam mana dia boleh jadi 'papa' aku. haha. one day aku suruh dia bukak acc twitter dia yang dah bersarang  macam 10000 tahun tak kemas tu. see? betapa pengotor nya dia --' haha. lepas tu, bila dia dah mula addicted macam aku, mula lah sembang kat twitter memanjang. lepas tu aku online sampai tengah malam. dia pun suruh aku tidur sebijik macam seorang ayah nasihat kan anak dia. jadi, aku pun just said "baik ayah!" lepas tu esoknya , on fb . chat dengan dia. dia main main 'papa and anak' pulak dah. haha. so, melekatlah papa dia tu sampai sekarang :) hoho. aku tak tawu macam mana aku boleh jadi rapat dengan dia. maybe sebab dia lawak dan sempoi buat aku selesa nak sembang dengan dia. meor, even aku drop kau keding dan agak kerendahan, kau tetap kawan baik aku yang awesome! :D sorry kalau ada mana mana ayat aku yang buat kau terasa hati. kau ceriakan hidup aku. seriously! saya sayang papa saya! wootwooooottt!

so, itu lah hero hero aku sekalian alam. mereka sangat sangat sangat AWESOME! they coloured my life just like the beautiful rainbow :) sesungguhnya, aku sangat sayangkan mereka. yes! they are my HERO <3

ASSALAMUALAIKUM 
memberi salam itu sunat, menjawab salam itu WAJIB :)


sincerely, EVAHASHIM yang awesome! hoho

Senior and Junior?



ASSALAMUALAIKUM :)

SENIOR AND JUNIOR? well, hari ni aku rasa macam aku nak berceloteh banyak banyak sikit pasal benda senior junior bagai ni. senior adalah gelaran kepada someone yang lebih tua dalam satu satu benda. while junior adalah gelaran kepada yang muda muda. let say macam dekat sekolah. form 5 dan form 6 dilabelkan sebagai senior di sekolah yang dianggap akan menjadi contoh kepada junior junior atau pun sebagai tanda hormat daripada pelajar yang lebih muda kepada pelajar yang dah agak lama ada dekat sekolah tu. 

okay. mesti korang rasa pelik kenapa tetiba je aku buat entri pasal benda ni. dah buang tebiat ke apa? lol. sebenarnya , aku buat entri yang ni gara gara rasa kepanasan kehangatan dekat seorang junior yang agak langsi.. well, dia update satu status yang berkaitan dengan senior dan junior. then, lepas dah ramai ramai baca, dia kata post dia tu untuk SENIOR FACEBOOK dia, bukan SENIOR SEKOLAH. okay! budak hot sekarang ade eyh senior senior facebook bagai? --' pfft. tak paham aku. almost semua status dia, mesti ada perkataan mencarut. alahai. wake up lah adek! even kau ade update status pasal agama pun, kalau kuat mencarut pun takde guna la weh! btw, korang mesti nak tawu status apa yang dia tulis sampai naik bengang aku dibuatnya kan? 

Senior pun perangai macam lahanat , ada hati suruh junior hormat korang puihh , taraf korg bawah tapak kaki junior je lh weyh sedar sikit-.-

Err. ada rasa macam nak bagi dia makan kaki tak lepas baca ayat dia ni? kalau betul pun dia marah senior facebook dia tu, dia patut tulis senior facebook siap sipa so that yang lain tak berapa nak terasa sangat. tapi ayat "taraf korang bawah tapak kaki junior" dia tu memang tak boleh diterima --' itu melampau! bagi aku masa zaman aku dan sebelum sebelum batch aku, kami jenis yang hormat gila dekat senior sampaikan nak lalu sebelah senior dulu pun kami tunduk 90 darjah kaw tawu? but then, junior sekarang? pergh! kaki dyeorg atas kepala senior kan? wow! hebatnya junior sekarang. patut la manusia zaman sekarang dah tak reti nak hormat orang tua tua. dekat sekolah pun perangai sebijik macam SETAN. whooops! terlepas sudah! 

hey budak, seteruk teruk senior kaw tu aku rasa zaman sekarang dah takde pesyen buli buli bagai kan? kami bukan nak mintak junior junior buat macam macam untuk kteorg. just cukuplah sekadar korang tawu dan sedar yang kteorg ni lebih tua dari korang. lagi pun, kalau perangai kau pun dah macam haram. kaw tengok lah one day bila kaw jadi senior, takkan ada junior yang hormat dekat kaw. dan masa tu kaw jangan la nak marah marah dyeorg bagai. no function! semua tu salah korang. they learn it from you. realise that stupid girl! kalau kau nak orang hormat kau, kau kena hormat orang dulu. kalau perangai kau pun macam setan , mana tak orang layan kau macam setan kan? itu satu FAKTA! kbai.

ASSALAMUALAIKUM 
memberi slaam itu sunat, menjawab salam itu WAJIB :)

sincerely, EVAHASHIM :))
p/s : terasa? kau punya pasal. lain kali fikir sebelum buat sesuatu yang bodoh. memang account facebook tu account kau, tapi kalau kau ada otak dan kau guna akal kau elok elok, kau mesti tawu yang facebook tu public kan? :) feww~ what a stupid fellas you are --'

Sunday, July 8, 2012

EASY ADD MATH 2012 @ STAR PART 1



ASSALAMUALAIKUM :))

Hari sabtu (7/7/2012) dan ahad (8/7/2012) aku pergi SEKOLAH TUNKU ABDUL RAHMAN (STAR). untuk apa? well, cikgu tuition fizik aku that is cikgu julie was one of the star teacher. cikgu julie nak bantu kami mantapkan addmath kami yang sememangnya tak pernah pernah nak lulus pun. huk2. jadi cikgu julie suruh kami pergi easy addmath ni. ada 4 hari. sabtu dan ahad yang aku baru pergi ni untuk semua subjek form 4. it costs RM 74. kira okay lah kan? :)

masa first day pergi tu, awkward gila wa cakap lu! --' well star kau tawu star? semua lelaki. so, para perempuan sekalian alam yang 3/4 dari bilangan student dekat situ semua speechless. hoho. but then, bila dah mula sesi pengulangkajian form 4 , yang perempuan2 dah rupa cacing kepanasan. you know why? sebab 2 daripada penceramah yang ada tu lelaki yang 100% nak menangkan LELAKI semata-mata dan dengan bangga nya mereka drop perempuan. pffft. panas weh panas! heh!

ada seorang penceramah yang mula-mula sekali tuh, dia bagi salam. lepastu dia cakap macam ni,

KEPADA PARA PELAJAR LELAKI YANG DIKASIHI DAN PARA PELAJAR PEREMPUAN YANG DIKASIHANI

first yang keluar kat otak, ouh. nvm takde ape sangat pun. then, lepas berapa minit lepas tu pulak ade ke penceramah tu boleh cakap perempuan ingat nak makan je. yang lelaki, dia cakap 

SAYA TAHU LELAKI DALAM DEWAN NI SEMUA BAIK BAIK. MASA PEREMPUAN SIBUK TAMBAH NASI DUA TIGA PINGGAN, LELAKI SIBUK ATAS SEJADAH BERWIRID

aku dah macam. wirid lah sangat --' tidur memanjang. huk2. tapi penceramah ni poyo. pandai berlakon. lepas dia dah sakitkan hati perempuan macam nak gila, dia akan cakap pulak

PARA PELAJAR PEREMPUAN JANGAN MARAH YE? GURAU JE. LAGI PUN PELAJAR LELAKI, TANPA PEREMPUAN SIAPALAH KITA. SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU YANG BERGELAR PEREMPUAN.

pergh! ayat nak cover dia! tapi lepastu drop balik budak2 perempuan ni. haish. memang sabar je yang mampu. hoho. ada sekali tu dia buat chapter differentiation. then , dia buat equation Pelajar Lelaki Di Sini Handsome Dan Ahli Syurga (PLDSHDAS) lebih kurang lah. aku tak pasti yang sebenar dia. then, chapter differentiation ni kalau ada X belakang equation, jawapan dia sama. tapi kalau takde X , jawapan dia kosong kan? (hanya budak ambil addmath yang akan paham. takpe yang lain sila buat buat paham. hoho) jadi balik ke situasi tadi. penceramah tu buat macam ni,

                                                                                    y = PLDSHDASx
                                                                                   dy = PLDSHDAS 
                                                                                   dx                                          

meaning dekat sini , budak2 laki dekat dalam dewan tu semuanya bakal ahli syurga dan handsome2 bagai lah kononnya lah kan. huk2. tapi bila masuk part perempuan, dia buat equation lebih kurang macam lelaki lah jugak tahat is Pelajar Perempuan Di Sini Cantik Comel Cun (PPDSCCC) tapi masalahnya ialah equation tu dia tak letak x. macam ni,

                                                                                   y = PPDSCCC 
                                                                                  dy = 0
                                                                                  dx

meaning, takde seorang pun pelajar perempuan kat situ yang cantik cun comel bagai. pfft. takpe2. kami sedar. siapalah kami ni kan? huk2. lepastu, ayat nak cover penceramah tuh mula lah lepas nampak muka kteorg macam nak balik 20 biji kelapa kat kepala dia sebab satu dewan tuh drop perempuan je memanjang. 

TAPI SEBENARNYA SEMUA YANG KAT SINI CANTIK2. SAYA GURAU JE. PELAJAR PEREMPUAN JANGAN MARAH YE? :D

kteorg yang memang baik hati ni pun simpanlah kelapa kelapa yang entah dari mana kteorg dapat tadi. haha. tengok? kteorg sebenarnya baik kan? tapi tak tawu lah musibah apa yang jadi sampaikan sepanjang dua hari dekat star tu kteorg asyik kena drop je memanjang. macam mana pun, bak kata penceramah tu,

TANPA PELAJAR PEREMPUAN TAK BERSERI KEM EASY ADDMATH NI. SEBAB TAKDE SIAPA KITA NAK USIK. 

see? betapa berharganya kami ni. haha. jadi sila layan kami elok elok ye? minggu depan kami datang lagi :D hoho. ada sekali tu penceramah tu nak tunjuk betapa hebatnya lelaki ni, dia tanya soalan suruh lelaki jawab. well, lelaki suara dah besar macam halimah bachik dah aku dengar, lepastu ramai pulak tu. mestilah lancar je deme jawab. tapi yang perempuan ni 3/4 daripada seluruh pelosok dewan tu weh. lagipun suara kami ni kecik (aku tak lah. tapi takkan nak tebalkan muka jerit sorang2 pulak kan?) jadi, bila kami jawab mesti jawapn tak sampai penceramah yang aku rasa berdiri kira kira 10 batu jauh daripada kteorg --' atas jasa 'baik' budak lelaki yang super poyos yang duduk dekat depan depan tu, dyeorg berlakon konon konon kteorg yang jawab dengan kecik kan suara dyeorg. sumpah tak jadi weh! haha. lepas tu ada pulak soalan senang senang 3-4 kali bagi dekat pelajar lelaki. then cakap 

PELAJAR LELAKI NI HEBATLAH! BOLEH JAWAB EMPAT EMPAT SOALAN DENGAN CEPAT TANPA SALAH SATU PUN!

pfft. bila tanya dekat perempuan pulak, penceramah tu bagi soalan wether yang susah susah ataupun yang mengarut sakan punya. huk2. lepastu mula lah gelak macam orang gila yang baru terlepas dari tanjung rmabutan jumpa sampah. lagi lagi budak budak star. yela dyeorg menang kan? lepastu lepastu penceramah tuh saja nak burukkan perempuan , dia kata perempuan mula huruf P. so, apa lagi yang mula huruf P? lepastu dia senaraikan. 

PONTIANAK, POCONG, errr aku dah lupa apa lagi --' 

kalau bahasa inggeris pulak , G dia kata GHOST. pergh! rasa nak humbam kepala penceramah tuh dalam gaung. huk2. asal masuk tang lelaki je, semua baik baik. pfft. tolong lah paham! masa hari sabtu dari pagi sampai petang, kami terasa star sangat awesome! whoops! sekolah STAR je okay? penghuni dia kami tak tahu lah pulak. hoho kami sibuk observe kebesaran sekolah star tu. haha. and besar dia agak2 maybe dalam 3 kali ganda besar rps yang tak seberapa tuh. huk2. masa rehat dia pulak. nama pun perempuan kan. tengah tak tahu nak buat apa tu, mata dok gerak gerak pandang muka yang handsome2 sikit then mulalah gosip sakan dengan membe. lol. tapi masa tu jela okay? aim kami nak belajar, so, masa ceramah tengah start kami fokus 100% taw! tak pandang dah mana mana laki. handsome ke kachak ke cacat ke. hoho. ada masa tengah rehat tengah hari aku terpandang seorang mamat ni taw. melayu tapi muka sebijik macam cina! membuntang mata auni. haha. sebab auni suka lelaki muka agak kecinaan ni. haha. handsome siot! tapi bak kata cikgu julie kami, jangan jatuh hati dekat budak star. jadi kami yang merupakan seorang pelajar contoh yang konon konon terbaik ni, ikut arahan dan nasihat dari bonda tercinta kami tuh :D

bila masuk last day untuk sesi form 4 ni that is hari ahad (pagi tadi), kami pun spend kan masa kami sebaik yang mungkin untuk belajar :) baik kan kan kan? haha. tapi pagi tadi ada aku incident yang sangat comel. haha. auni ada seorang membe masa sekolah rendah dia dulu sekolah dekat star tu. dan mamat tu join easy addmath tuh jugak. jadi auni dengan semangat berani dia ajak aku dengan pkah teman dia. dia nak tegur mamat tu. nama mamat tu hadi and dia boleh tahan handsome lah jugak. hoho. masa auni tengah sembang dengan mamat tuh sambil pegang tangan aku, membe2 si hadi tuh dah pandang pandang. bak kata ckgu julie. budak star jakun kalau nampak perempuan. al-maklum la sekolah lelaki kan? haha. lagi pun aku rasa hadi seorang jela yang ada kawan perempuan dekat situ. yang lain aku rasa takde. then, auni tiba2 membuat satu pergerakan drastik yang mengejutkan aku dengan membe membe hadi ni that is auni tiba tiba capai kotak pensel hadi then, pukul lengan hadi. alahai. comel kan kan kan? xD geram aku tengoknya. haha. dah terbiasa pukul memukul masa sekolah rendah, nak buat macam mana. hoho.

then, membe hadi buat muka macam tertelan kapur barus akibat terkena serangan jantung sebab terkejut. lol. auni yang masa tu tak sedar insan insan tu tengah usha deme dua tadi selamba badak je belah lepas sembang. masa tengah otw nak balik tempat duduk tu dalam otak aku cuma satu je 'habislah mamat hadi tu kena dengan membe dia' then, masa nak lintas dinding perantara tmpat duduk tu (aku, auni, pkah hilang dari pandangan mata sekejap) membe membe hadi star kacau dia. haha. lawak weh! deme siul siul bagai. dengan siap 'ecececeh' lagi. haha. kesian mamat tuh. tunduk je. masa auni masuk pintu depan tu pulak semua membe hadi tadi pandang pandang auni. haha. sudah! auni pulak tunduk malu! kahkahkah!. comel kan3? aku terasa macam alahai. macam kapel malu malu lah pulak. haha. tapi mereka bukan kapel okay? jangan salah paham pulak. haha. mereka kawan baik dari kecil yang dah terputus perhubungan secara tidak sengaja. :) hoho

okay fine. aku dah ngantuk nak cerita panjang panjang bagai ni. hoho. nvm, minggu depan aku update part 2punya pulak (form 5) xD haha. mesti dabomm punya cerita. sebab minggu depan ramai yang datang berbanding minggu ni! yeahman! haha. kay. till here then, gudnite!

ASSALAMUALAIKUM 
memberi slaam itu sunat, menjawab salam itu WAJIB :)

sincerely, EVAHASHIM yang cun, cantik, dabommm!
okay. sila muntah. kbai~

Sunday, July 1, 2012

IPOH INTERNATIONAL RUN (IIR) 2012



ASSALAMUALAIKUM :D

Hello! Hari ni (1/7/2012) for the first time in my life, aku dapat g join Ipoh International Run (IIR) sebenarnya masa form 3 aku pernah rasa nak pergi tapi mak aku tak bagi. yela. nak pmr masa tu. so, tahun lepas ingat nak pergi join dengan asfa. malangnya, TERlambat hantar borang. tak dapat nak pergi lagi. memandangkan aku dah rupa macam perempuan mengandung mengidam nak pergi sangat sangat, tahun ni mak aku pun benarkan lah walaupun aku nak spm. lagi pun aku bagitawu dekat mak aku yang kalau pergi IIR ni dapat markah koko lebih. jadi dengan rela hatinya mak aku lepaskan aku pergi. hehe

Jadi, aku dengan semangatnya siap segala persiapan yang takde lah banyak mana pun malam semalam. semangat gila! haha. mood yang spoil mula mula gara gara aku order baju saiz M dapat XL lesap terus. hoho.  Pastu semalam aku tidur lambat. Jadi, ianya akan effect masa bangun aku. yes! aku bangun lambat. aku tumpang parents pkah and kami dah janji bertolak pukul 6:10am dan aku bangun pukul 5:30am. pffft. kelam kabut aku dibuatnya. lepas tu pagi tu sebelum bertolak parents pkah singgah 7E nak beli roti buat alas perut sikit sikit. at the same time, ada dekat 8 orang keluar dari 7E pakai baju IIR. comel comel je. lol. 

After that, masa sampai dekat stadium mata aku hampir hampir nak terkeluar biji mata aku ni ha. Ramai gila manusia! o.O' fuuhhh! Aku dekat atika nyaris nyaris lost semata-mata nak cari tong sampah nak buang plastik roti yang aku makan tadi. Mula mula aku dengan tika ni konon baik sangat lah kan, ke hulu ke hilir cari tong sampah. tapi bila dah sampai tahap event dah nak mula dan kami masih tak jumpa tong sampah, 

TIKA. 1,2,3 ! *campak sampah dekat atas rumput yang dah mmg penuh sampah* 
ORANG TAK NAMPAK, LARI! 

Atika terkejut beruk cepat cepat tiru aku. haha. well, bukan selalu kan kan kan? lepas tu kami masuk balik dalam  stadium dan misi kami kali ni bukan cari tong sampah dah. misi kami adalah mencari pelajr rps! --' ohyeah! dalam sesak sesak manusia yang dah rupa tin sardin tu aku ada ternampak dua manusia yang aku sangat sangat sangat lah kenal. mula mula aku nampak adik angkat aku, SHARIZAL (st.michael) . well, dia sangat tinggi. itu membuatkan mata aku tertarik tuk pandang dia. tapi malangnya tak sempat nak tegur. sebab aku dengan tika dah lost and tak found found lagi budak rps. lepas tu masa pusing punya pusing punya pusing aku nampak SOFFEE (andersonian). yang ni pun aku tak sempat tegur. alahai. lagi pun aku malas nak tegur. hotstuff derr. huk2

kemudian aku dengan tika meneruskan perjalanan yang penuh liku liku tajam. haha. suddenly, tika jerit

EVA! EVA! TU AYUNI DENGAN AIMI! :D

Yes! Finally! lepas tu masa kami pergi dekat khemah nak pakai wrist band (tak tahu betul ke tak aku eja bnde ni) once again, aku lost! tapi kali ni aku lost sorang sorang! omaigod! last last bila aku dengar announce yang kena letak beg dekat one place ni. aku pun pergi la, nak letak beg kecik aku yang comel tu. haha. kat situ aku jumpa ramai RPSian! fuhh! lega! haha. lepas tu masa aku jalan jalan nak cari pkah and adik sepupu dia, dinny aku terserempak dengan my beloved shrek, aina :') yeah! i miss her damnly much! aku menjerit sakan masa jumpa dia. dah sebijik macam jejak kasih version 100 . lol. dia makin debab! seronok aku cubit cubit pipi dia! hehe. dah habis borak borak pendek dengan dia, aku sambung cari pkah and dinny. dalam 5 minit lepas tuh.. i've found pkah! pkah and dinny kumpul sekali dengan shaqirah, zarrief. yeahman! haha. 

kemudian, masa tengah take time nak keluar dari dewan ramai ramai tuh. aku pusing pusing kan kepala mencari seorang insan yang bergelar atok aku. haha. tup! tup! *mata terpandang dekat seorang manusia berbaju biru* (setiap tahun dia pakai baju yang sama --') lol. his name is AZRIN :D yes! dia atok aku! lol. aku dah kawan dengan dia ni since form 3 lagi but then tu lah first meet kteorg. mula mula aku sendiri tak tawu nak cakap apa. bukan malu tapi takde idea nak cakap apa. hoho. tapi malu tu adelah jugak sikit sikit. al-maklum la membe dia tengok tengok. rasa nak sekeh kepala deme sekor sekor. haha. dapat lah aku sembang dengan dia sekejap. tiba tiba membe aku semua dah pergi ke depan semangat nak lari lah katakan. well, aku pun pergi tinggalkan azrin and start to jog. tengah syok syok jog dengan isandra, (membe lain dah hilang. huk2) tiba tiba, 

OMAIGOD! SANDRA! AKU LUPA NAK WARM UP TADI! --'

isandra dah macam. "SAY WHAT? o.O' NI KAW OKAY TAK NI?' haha. kesian isandra terkejut beruk. haha. yela. nak jog 7km tuh. but then, alhamdulillah aku masih sihat sampai sekarang. esok pagi? aku tak tahu lah. hoho. lepas tu, ada satu part kebanyakan budak budak yang semangat lari ni tersilap selekoh. pfft. aku dengan sandra lah salah seorang manusia tu. sabar jelah kan? penat penat lari tengok tengok manusia yang belakang kteorg tadi semua dah ke depan.  alahai. tak lama lepas tu aku dengan sandra terpisah. T.T sadis! sandra rilex jeh jog. aku dah almost tak cukup nafas! haha. aku pun jog lah sorang sorang. sometime ade jugak lah aku terserempak dengan membe aku 2-3 kali. then, masa lintas jerat cina dekat dengan polo tuh, aku mula mula ternampak soffee. ingat nak tegur. (sebab dia selalu kata aku sombong) tiba tiba nampak awek dia jalan kat sebelah. kay fine tak jadi tegur. aku terus lintas depan dia. pastu, aku ternampak pulak si kering azrin. haha. aku kesian kat dia sebenarnya. dia sakit kaki, tapi masih mahu jog. ish3. aku pun tegur lah dia memandangkan dia tengah sorang sorang. then, kami berjalan agak ke'lenggang-kangkung'an sambil sembang sembang. sembang pasal result exam yang tak boleh belah tu. huk2. 

lepas tu, membe dia yang tadi ada depan kteorg. depe tunggu azrin. aku ape lagi? takkan lah nak buat muka tembok duduk sorang sorang perempuan kat situ --' cacat. maka dengan itu, aku pun jog lah sorang sorang balik. sedih woa! huk2. jog punya jog, akhirnya! dah nak sampai ! yeahman! bangga ni bangga! haha. dah sampai tuh, memang ramai lah yang dah sampai siap duduk duduk sembang sembang lah kan? (manusia manusia kuat lari) haha. aku pun dengan bangga nya ambil sijil IIR walaupun tak dapat tempat. haha. lepastu, aku dah jadi macam lost balik. dah tak tawu nak pergi mana. tiba tiba, isandra muncul..

EVA! EVA! AKU DEKAT SINI! :D *lambai lambai tangan*

haha. aku dengan muka dah macam merah saga and nafas sekat sekat pun lambai lambai tangan balik. lol.ada rupa jejak kasih 3.0 tak? lol. pastu, kteorg masuk stadium lepak lepak dengan shaqirah, zarrief, ain and huwaida. kerja kami? posing maut tangkap gambar. haha. sambil tuh, tangan aku membalas-balas mesej dengan azrin. alahai. omey tak? haha. masa tu aku dengan sandra dah rupa orang kebulur 100 tahun tak makan jalan keluar stadium cari makanan, lepas tu aku nampak NEAL. well, dia kata 'HI!' then, aku balas HI balik. that's all for our conversation selama 2 saat. eh! itu kira conversation ke? o.O' haha. masa beli makanan tu, aku dengan sandra sempat lagi kutuk kutuk orang and 'cuci cuci mata' tengok yang mana handsome bagai. pfft. takde keje kan kteorg ni? --' huk huk. lepas beli makanan ingat nak lepak dengan azrin jap. tengok tengok membe dia ada lagi, tak jadilah. haha. 

pastu, dinny kol cakap dah nak balik. alahai. tak dapat aku nak join sorak tuk rps nanti. budak2 rps yang balik lambat semua kata aku rugi. sebab deme kata gempak gila. dyeorg kata ZAHID AF kata budak budak rps sporting habis. siap nyanyi nyanyi bagai yang tak tahan tuh! aiseyman. kalau aku ada, habis kasi gegar satu stadium tertutup tuh. haha. aku jelous tapi tak mengapa. aku bangga jadi budak rps! :D biarlah manusia manusia lain nak kata kita gedik ke, over ke, ape ape jela. hanya kita kita RPSian tahu macam mana KITA sebenarnya kan? :) well, RPS daebak! 

lepas tu, masa nak balik tu aku text dengan atok aku, azrin. dia kata dia nak balik dah. same with me la. then, ada satu text dia ni buat aku rasa macam macam.. makcik! (mak pkah) jom patah balik? tapi hanya mampu cakap dalam hati jela kan. al-maklum la kita menumpang orang. huk2.text dia berbunyi macam ni,

AKU BARU INGAT NAK BELANJA KAW MAKAN TADI.

alahai. bukan senang azrin ni nak belanja aku. nanti tak jumpa dah. lol. takpe takpe. lepas spm aku nak suruh dia belanja aku. niat tertunda dia tu harus tetap diteruskan walaupun tunggu lepas spm. aku tak kira! aku nak makan banyak banyak. biar dia sengsara! 3:D HAHA. okay! aku tak kejam macam tu okay. aku main main je. hahaha. lastly, azrin tak dapat belanja tapi parents pkah belanja. aku melantak habis lah. lapar siot! haha. aku tahu korang dah penat baca karangan aku ni kan kan kan? haha. ni pun aku ada cut cut kau tawu? kalau tak, kalah karangan KARAM SINGHWALIA (ejaan nama? abaikan!) tawu? haha. okay2. tamao merepek panjang2 dah. i just wanna say, i love RPS! i love IIR 2012! ♥  

okay2. dah nak habis dah karangan ni ha. jangan lah marah marah. tak elok tak elok. kbai

sincerely, EVAHASHIM yang comel lagi cute!
nak muntah silakan :D HAHA. main main lah sayang oi! 

assalamualaikum ♥ 
*memberi salam itu adalah perkara sunat , namun menjawab salam itu WAJIB*