WHEN YOU NEED ME AND YOU DON'T WANT ME, I WILL STAY BUT WHEN YOU DON'T NEED ME AND YOU WANT ME, THEN I WILL GO

Sunday, July 8, 2012

EASY ADD MATH 2012 @ STAR PART 1



ASSALAMUALAIKUM :))

Hari sabtu (7/7/2012) dan ahad (8/7/2012) aku pergi SEKOLAH TUNKU ABDUL RAHMAN (STAR). untuk apa? well, cikgu tuition fizik aku that is cikgu julie was one of the star teacher. cikgu julie nak bantu kami mantapkan addmath kami yang sememangnya tak pernah pernah nak lulus pun. huk2. jadi cikgu julie suruh kami pergi easy addmath ni. ada 4 hari. sabtu dan ahad yang aku baru pergi ni untuk semua subjek form 4. it costs RM 74. kira okay lah kan? :)

masa first day pergi tu, awkward gila wa cakap lu! --' well star kau tawu star? semua lelaki. so, para perempuan sekalian alam yang 3/4 dari bilangan student dekat situ semua speechless. hoho. but then, bila dah mula sesi pengulangkajian form 4 , yang perempuan2 dah rupa cacing kepanasan. you know why? sebab 2 daripada penceramah yang ada tu lelaki yang 100% nak menangkan LELAKI semata-mata dan dengan bangga nya mereka drop perempuan. pffft. panas weh panas! heh!

ada seorang penceramah yang mula-mula sekali tuh, dia bagi salam. lepastu dia cakap macam ni,

KEPADA PARA PELAJAR LELAKI YANG DIKASIHI DAN PARA PELAJAR PEREMPUAN YANG DIKASIHANI

first yang keluar kat otak, ouh. nvm takde ape sangat pun. then, lepas berapa minit lepas tu pulak ade ke penceramah tu boleh cakap perempuan ingat nak makan je. yang lelaki, dia cakap 

SAYA TAHU LELAKI DALAM DEWAN NI SEMUA BAIK BAIK. MASA PEREMPUAN SIBUK TAMBAH NASI DUA TIGA PINGGAN, LELAKI SIBUK ATAS SEJADAH BERWIRID

aku dah macam. wirid lah sangat --' tidur memanjang. huk2. tapi penceramah ni poyo. pandai berlakon. lepas dia dah sakitkan hati perempuan macam nak gila, dia akan cakap pulak

PARA PELAJAR PEREMPUAN JANGAN MARAH YE? GURAU JE. LAGI PUN PELAJAR LELAKI, TANPA PEREMPUAN SIAPALAH KITA. SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU YANG BERGELAR PEREMPUAN.

pergh! ayat nak cover dia! tapi lepastu drop balik budak2 perempuan ni. haish. memang sabar je yang mampu. hoho. ada sekali tu dia buat chapter differentiation. then , dia buat equation Pelajar Lelaki Di Sini Handsome Dan Ahli Syurga (PLDSHDAS) lebih kurang lah. aku tak pasti yang sebenar dia. then, chapter differentiation ni kalau ada X belakang equation, jawapan dia sama. tapi kalau takde X , jawapan dia kosong kan? (hanya budak ambil addmath yang akan paham. takpe yang lain sila buat buat paham. hoho) jadi balik ke situasi tadi. penceramah tu buat macam ni,

                                                                                    y = PLDSHDASx
                                                                                   dy = PLDSHDAS 
                                                                                   dx                                          

meaning dekat sini , budak2 laki dekat dalam dewan tu semuanya bakal ahli syurga dan handsome2 bagai lah kononnya lah kan. huk2. tapi bila masuk part perempuan, dia buat equation lebih kurang macam lelaki lah jugak tahat is Pelajar Perempuan Di Sini Cantik Comel Cun (PPDSCCC) tapi masalahnya ialah equation tu dia tak letak x. macam ni,

                                                                                   y = PPDSCCC 
                                                                                  dy = 0
                                                                                  dx

meaning, takde seorang pun pelajar perempuan kat situ yang cantik cun comel bagai. pfft. takpe2. kami sedar. siapalah kami ni kan? huk2. lepastu, ayat nak cover penceramah tuh mula lah lepas nampak muka kteorg macam nak balik 20 biji kelapa kat kepala dia sebab satu dewan tuh drop perempuan je memanjang. 

TAPI SEBENARNYA SEMUA YANG KAT SINI CANTIK2. SAYA GURAU JE. PELAJAR PEREMPUAN JANGAN MARAH YE? :D

kteorg yang memang baik hati ni pun simpanlah kelapa kelapa yang entah dari mana kteorg dapat tadi. haha. tengok? kteorg sebenarnya baik kan? tapi tak tawu lah musibah apa yang jadi sampaikan sepanjang dua hari dekat star tu kteorg asyik kena drop je memanjang. macam mana pun, bak kata penceramah tu,

TANPA PELAJAR PEREMPUAN TAK BERSERI KEM EASY ADDMATH NI. SEBAB TAKDE SIAPA KITA NAK USIK. 

see? betapa berharganya kami ni. haha. jadi sila layan kami elok elok ye? minggu depan kami datang lagi :D hoho. ada sekali tu penceramah tu nak tunjuk betapa hebatnya lelaki ni, dia tanya soalan suruh lelaki jawab. well, lelaki suara dah besar macam halimah bachik dah aku dengar, lepastu ramai pulak tu. mestilah lancar je deme jawab. tapi yang perempuan ni 3/4 daripada seluruh pelosok dewan tu weh. lagipun suara kami ni kecik (aku tak lah. tapi takkan nak tebalkan muka jerit sorang2 pulak kan?) jadi, bila kami jawab mesti jawapn tak sampai penceramah yang aku rasa berdiri kira kira 10 batu jauh daripada kteorg --' atas jasa 'baik' budak lelaki yang super poyos yang duduk dekat depan depan tu, dyeorg berlakon konon konon kteorg yang jawab dengan kecik kan suara dyeorg. sumpah tak jadi weh! haha. lepas tu ada pulak soalan senang senang 3-4 kali bagi dekat pelajar lelaki. then cakap 

PELAJAR LELAKI NI HEBATLAH! BOLEH JAWAB EMPAT EMPAT SOALAN DENGAN CEPAT TANPA SALAH SATU PUN!

pfft. bila tanya dekat perempuan pulak, penceramah tu bagi soalan wether yang susah susah ataupun yang mengarut sakan punya. huk2. lepastu mula lah gelak macam orang gila yang baru terlepas dari tanjung rmabutan jumpa sampah. lagi lagi budak budak star. yela dyeorg menang kan? lepastu lepastu penceramah tuh saja nak burukkan perempuan , dia kata perempuan mula huruf P. so, apa lagi yang mula huruf P? lepastu dia senaraikan. 

PONTIANAK, POCONG, errr aku dah lupa apa lagi --' 

kalau bahasa inggeris pulak , G dia kata GHOST. pergh! rasa nak humbam kepala penceramah tuh dalam gaung. huk2. asal masuk tang lelaki je, semua baik baik. pfft. tolong lah paham! masa hari sabtu dari pagi sampai petang, kami terasa star sangat awesome! whoops! sekolah STAR je okay? penghuni dia kami tak tahu lah pulak. hoho kami sibuk observe kebesaran sekolah star tu. haha. and besar dia agak2 maybe dalam 3 kali ganda besar rps yang tak seberapa tuh. huk2. masa rehat dia pulak. nama pun perempuan kan. tengah tak tahu nak buat apa tu, mata dok gerak gerak pandang muka yang handsome2 sikit then mulalah gosip sakan dengan membe. lol. tapi masa tu jela okay? aim kami nak belajar, so, masa ceramah tengah start kami fokus 100% taw! tak pandang dah mana mana laki. handsome ke kachak ke cacat ke. hoho. ada masa tengah rehat tengah hari aku terpandang seorang mamat ni taw. melayu tapi muka sebijik macam cina! membuntang mata auni. haha. sebab auni suka lelaki muka agak kecinaan ni. haha. handsome siot! tapi bak kata cikgu julie kami, jangan jatuh hati dekat budak star. jadi kami yang merupakan seorang pelajar contoh yang konon konon terbaik ni, ikut arahan dan nasihat dari bonda tercinta kami tuh :D

bila masuk last day untuk sesi form 4 ni that is hari ahad (pagi tadi), kami pun spend kan masa kami sebaik yang mungkin untuk belajar :) baik kan kan kan? haha. tapi pagi tadi ada aku incident yang sangat comel. haha. auni ada seorang membe masa sekolah rendah dia dulu sekolah dekat star tu. dan mamat tu join easy addmath tuh jugak. jadi auni dengan semangat berani dia ajak aku dengan pkah teman dia. dia nak tegur mamat tu. nama mamat tu hadi and dia boleh tahan handsome lah jugak. hoho. masa auni tengah sembang dengan mamat tuh sambil pegang tangan aku, membe2 si hadi tuh dah pandang pandang. bak kata ckgu julie. budak star jakun kalau nampak perempuan. al-maklum la sekolah lelaki kan? haha. lagi pun aku rasa hadi seorang jela yang ada kawan perempuan dekat situ. yang lain aku rasa takde. then, auni tiba2 membuat satu pergerakan drastik yang mengejutkan aku dengan membe membe hadi ni that is auni tiba tiba capai kotak pensel hadi then, pukul lengan hadi. alahai. comel kan kan kan? xD geram aku tengoknya. haha. dah terbiasa pukul memukul masa sekolah rendah, nak buat macam mana. hoho.

then, membe hadi buat muka macam tertelan kapur barus akibat terkena serangan jantung sebab terkejut. lol. auni yang masa tu tak sedar insan insan tu tengah usha deme dua tadi selamba badak je belah lepas sembang. masa tengah otw nak balik tempat duduk tu dalam otak aku cuma satu je 'habislah mamat hadi tu kena dengan membe dia' then, masa nak lintas dinding perantara tmpat duduk tu (aku, auni, pkah hilang dari pandangan mata sekejap) membe membe hadi star kacau dia. haha. lawak weh! deme siul siul bagai. dengan siap 'ecececeh' lagi. haha. kesian mamat tuh. tunduk je. masa auni masuk pintu depan tu pulak semua membe hadi tadi pandang pandang auni. haha. sudah! auni pulak tunduk malu! kahkahkah!. comel kan3? aku terasa macam alahai. macam kapel malu malu lah pulak. haha. tapi mereka bukan kapel okay? jangan salah paham pulak. haha. mereka kawan baik dari kecil yang dah terputus perhubungan secara tidak sengaja. :) hoho

okay fine. aku dah ngantuk nak cerita panjang panjang bagai ni. hoho. nvm, minggu depan aku update part 2punya pulak (form 5) xD haha. mesti dabomm punya cerita. sebab minggu depan ramai yang datang berbanding minggu ni! yeahman! haha. kay. till here then, gudnite!

ASSALAMUALAIKUM 
memberi slaam itu sunat, menjawab salam itu WAJIB :)

sincerely, EVAHASHIM yang cun, cantik, dabommm!
okay. sila muntah. kbai~

No comments:

Post a Comment

leave your comments