WHEN YOU NEED ME AND YOU DON'T WANT ME, I WILL STAY BUT WHEN YOU DON'T NEED ME AND YOU WANT ME, THEN I WILL GO

Sunday, July 15, 2012

MY HEROES :D


Here is my doodle for the day of a super hero . Created this cartoon ...

ASSALAMUALAIKUM :D

*pakai spek mata old school, masukkan baju dalam seluar* Dalam hidup setiap manusia mesti ada hero pilihan mereka yang tersendiri. Perkataan Hero lebih sinonim diperkatakan oleh perempuan bagi melabelkan seorang lelaki yang dianggap seperti seorang yang gagah perkasa. Namun hero yang ingin aku utarakan di sini bukanlah seperti hero hero filem yang berpakaian ketat dan menyelamatkan nyawa manusia semata-mata. Tapi, hero yang dimaksudkan adalah seseorang lelaki yang sentiasa berada di samping seorang perempuan yang membuatkan perempuan tersebut berasa selamat dan gembira berada di samping hero tersebut. Malah, hero juga boleh dianggap sebagai role model di mana ciri ciri seorang hero itu pastinya baik baik belaka. (okay! ayat keskemaan aku terserlah di situ. sila campak kelapa dekat kepala aku --')

Dalam hidup aku, terdapat 6 orang manusia bergelar lelaki yang aku anggap sebagai hero aku. 6 orang manusia ini adalah insan yang amat aku sayangi. Mereka sentiasa berada di samping aku tatkala aku sedih, marah, kecewa , gembira dan macam macam perasaan yang bergaul menjadi satu. *darah mengalir dari hidung sebab terlalu keskemaan hoho* okay! back to normal! like what i've just said before, aku ada 6 orang hero. banyak kan? haha. aku ada, kau ada? lol. jadi aku rasa semua orang mesti ada hero kan? sebelum aku ulang ayat yang sama sekali lagi dengan penuh skema, jom tengok siapa hero hero tercinta aku ni! wootwoooot!

@ABAH HASHIM
okay! inilah hero pertama dan terakhir aku . bagi aku, setiap ayah kat dunia ni adalah hero bagi setiap anak kan? just like mine. aku sayang abah aku sangat sangat. memang abah aku kerja tak tinggi macam abah orang lain. hanya sebagai seorang pemandu teksi. tapi bagi aku pengorabanan abah aku sangat besar. seorang pemandu teksi yang kerja malam balik pagi, aku tawu abah aku penat sangat! lagi lagi umur abah aku yang dah nak menjangkau 60 tahun. abah aku dah patut bersara dah tapi disebabkan aku dengan adik-beradik aku masih perlu duit untuk belajar, abah gagah kan diri kerja siang malam cari duit. sampaikan abah pernah banyak kali eksiden gara gara ngantuk kerja malam balik pagi pagi lepastu keluar balik :') kadang kadang aku terasa diri aku melampau bila aku terpaksa mintak duit memanjang. yela. abah kerja bawak teksi yang gaji tak menentu keluar masuknya. yang aku asyik asyik mintak duit sampaikan bila aku mula je panggil abah aku dengan penuh manja dan sopan santun mengalahkan M.Daud Kilau, abah terus je cakap,

NAK APA? DUIT LAGI LAH TU KAN?

mula mula tu berpuluh puluh soalan abah tanya. dah mengalahkan CSI MIAMI. tapi aku tawu bila esok pagi aku nak bangun nak pergi sekolah, duit yang aku mintak mesti dah ada atas meja. aku tawu malam tu abah mesti takde duit. duit yang aku dapat pagi tu semua duit hasil kerja abah pagi lepas aku mintak tu. masa aku tengah nyenyak tidur atas katil dengan selesanya, abah bermandi peluh cari pelanggan nak naik teksi. aku pernah tengok sekali. abah menjerit jerit tanya siapa nak naik teksi. abah kejar orang yang lalu lalang siapa nak naik teksi. sebab masa tu dah terdesak sangat. abah betul betul perlukan duit demi family. ada jugak mak aku cerita bila aku dah besar panjang ni, masa aku dan adik beradik aku kecik kecik dulu selsema. (zaman tak reti hembus hingus yang dah meleleh sepanjang 10cm) abah sanggup sedut hingus kteorg guna mulut abah sebab tak nak kteorg jatuh sakit. :') masa semua ni terjadi aku masih kecil, aku tak paham lagi. tapi bila aku fikirkan balik masa dah besar ni, betapa besarnya pengorbanan yang abah dah lakukan. satu memori yang aku takkan pernah lupakan bila aku dengan abah rebut makanan. well, kalau nak pelawa abah makan kena make sure kau dah puas makan dulu. kalau tak, kempunan lah kau. haha. sebab mulut abah aku besar. sekali ngap je dah habis. tapi sebagai anak aku tak patut buat macam tu kan? disebabkan tu bila aku pelawa ayah aku makan makanan aku, mesti aku gaduh gaduh dengan abah cakap jangan makan banyak sangat lah, lepastu bahagi bahagi abah boleh makan banyak mana, sweet kan kami? haha. tapi even abah makan aku punya pun aku tak kisah. yang aku nak kutip hanya memori. makanan boleh beli lagi kan? :) abah, kakcik mintak maaf abah. kakcik dah banyak susahkan abah . tapi percayalah cakap kakcik, kakcik sayang abah sangat sangat. kalau boleh, kakcik nak abah dengan mak tengok kakcik dah besar , kakcik dah ada kerja , kakcik dah ada keluarga, dan masa tu , kakcik nak jaga mak dengan abah elok elok :') kakcik harap impian kakcik ni tercapai. walaupun mak selalu sangat cakap, 

BILA KORANG DAH BESAR NANTI, KORANG HANTAR JE MAK DEKAT RUMAH ORANG TUA. 

mak abah, kakcik sayang mak abah ketat ketat !

@ABANG NGAH 
well, this is my second hero. nama dia azroul and dia satu satu nya abang kandung yang aku ada. masa aku kecik kecik dulu aku sangat sangat sangat membenci abang aku ni. yela. dulu membe aku yang ada abang selalu cerita pasal abang deme yang caring, baik bagai semua semua tu. tapi abang aku? dia seorang pembuli tegar masa kecik kecik dulu. sehari kalau abang aku ni tak sepak terajang aku , memang dunia terasa macam pelik. haha. semua benda buli buli ni jadi lepas je aku dapat seorang adik lelaki. well, abang aku dah dapat geng lelaki dia kan? habis aku diketepikan lah! abang aku selalu back up adik aku even masa tu yang salah 100% adik aku. see? mana tak aku benci dekat dia? bila orang lain cakap, 

UNTUNGLAH KAU ADA ABANG. AKU TAKDE ABANG PUN

bagi aku, apa yang untungnya kalau dapat abang perangai macam setan tanduk tiga? hoho. tapi semua tu perasaan aku masa kecik kecik je. yela. budak tak meced lagi memang macam tu. haha. once abang aku dah besar lonjong berjerawat bagai, abang aku dah agak kemecedan. dia dah jarang buli aku. masa tu aku rasa macam puas! rasa seronok sangat! aku kontrol segalanya! haha. lagi lagi bila abang aku sambung belajar jauh dari rumah that is dekat pulau pinang. aku mula balas dendam balik dekat adik aku. kesian dia. tapi bila makin lama abang aku dekat sana lagi lagi bila dia jarang balik rumah dah. aku mula terasa rindu nak gaduh dengan abang aku ni :') aku rasa macam nak aje main sepak terajang dengan abangngah balik. tapi aku pasti! yang aku akan kalah! haha. tapi tak mengapa. bagi aku cukuplah sekadar perhubungan kami sebagai abang dengan adik masih ceria macam dulu. biarlah dia nak pukul aku , maybe dengan cara tu kami boleh happy dalam satu keluarga balik. kadang kadang bila aku rindu abangngah, bila mak kol abangngah aku mesti mencelah. aku akan cakap ,

JANGAN BAWAK MINAH ENDON BALIK! TAK SUKA!

lepas tu, abangngah akan gaduh gaduh dengan aku kejap then dia akan gelak. ouh. how i miss that big brother :') for now, i'm just hoping that abangngah selamat dekat pulau pinang dan tak lupakan aku dengan family dekat sini. abangngah, i miss you

@UMAIR/ADIK
okay! masuk hero yang ketiga that is my little handsome brother.masa dia dilahirkan dulu, aku rasa aku lah orang paling bahagia sekali. sebab akhirnya aku dapat seorang adik. aku seronok sangat! tapi lepas adik aku dah agak besar , dia masuk geng abang aku. pfft. pernah sekali tu dengan dia dia sepak terajang aku. sebab abang aku bela dia je aku tak sepak dia balik. kalau tak, mau naye masuk ICU aku kerjakan dia. lol. one day, dia ada terkantoi sesuatu dengan aku dan aku guna kan bnda tu untuk peras ugut dia supaya tak kurang ajar dengan aku, haha. aku jahat? ada aku kisah? hoho. aku selalu buli dia. tapi percayalah , aku buli dia demi kebaikan dia. aku takkan buli adik aku semata-mata nak balas dendam. aku sayang adik aku :) dia satu satu nya adik kandung sama darah dengan aku. apa apa yang terjadi sekali pun dia tetap adik aku. memandangkan dia UPSR tahun ni, aku harap sangat dia berjaya dengan rainbow colours walalupun aku tawu adik aku ni degil. tapi aku percaya dia boleh buat. umair, kakcik mintak maaf sebab selalu buli kamu. tapi kalau one day nanti kamu terbukak blog kakcik ni, percayalah kakcik buat semua tu demi kebaikan kamu. kakcik marah dan pukul kamu sebab kamu menipu. kakcik taknak adik kakcik jadi seorang penipu , pencuri. kakcik marah kamu bila kamu dalam blik masa kamu tak dengar cakap kakcik bila kakcik cakap jangan pergi padang tapi kamu pergi jugak sebab kakcik nak test kamu. kamu dengar cakap ke tak. kakcik tak nak kamu jadi anak yang pandai lawan kata mak bila kamu besar nanti. kakcik tak sanggup tengok kamu jadi macam abang ngah masa kecik kecik dulu. kena pukul. kakcik nak ajar kamu jadi anak yang akan dengar cakap mak dengan abah bila dah besar nanti. kakcik mintak maaf . kakcik tawu kamu mesti ada rasa benci dengan kakcik kan? mianei. one thing that you should know, segarang-garang dan seteruk-teruk kakcik, kakcik sayang kat kamu. you're my one and only little brother that i had. 

@ATOK AZRIN
hero aku yang sorang ni bukan berasal dari darah daging aku. kami bukan muhrim. lol. dia kawan baik aku! :) mula mula aku kenal dia melalui fesbuk si mark zuckerberg. masa tu pertengahan tahun 2010. (form 3) mula mula tu aku memang tak kenal dia. aku main like like je semua benda yang ada kat wall dia termasuk gambar gambar dia. then, dia balas balik. istilah ni dulu dipanggil sebagai perang like. haha. lepastu, aku dengan baik hati menyerah kalah daripada tekan button like memanjang. dengan tak rela nya terus comment gambar dia yang tak handsome tu. haha. okay. joke. lepastu, dia komen plak gambar aku yang 'cun melecun' time tu. lol. lepastu mula lah IM bagai. then, sembang kat fon pulak. haha. saat yang paling lawak is dia ni andersonian di mana salah seorang ckgu anderson dia was my ckgu tucen kimia. dengan itu, dia kol aku for the first time tak silap aku then topik hangat kteorg malam tu is about that chemistry teacher. haha. aku tak tahu kenapa, tapi aku rasa macam lega bila cerita dekat dia. well, memang lah sebaik baik pendengar , adalah ALLAH SWT. tapi sometime aku rasa macam aku perlukan seseorang untuk dengar cerita aku even aku tawu masa tu azrin mesti nak tak nak je dengar cerita aku. aku peduli ape? sape suruh jadi kawan aku? HAHA *gelak kejam sambil cekak pinggang* dia sangat supportive ! bagi aku, dia lah kawan lelaki pertama yang aku anggap kawan yang tersangat lah aku sayang. even dah dekat tiga tahun kteorg kenal, aku percaya persahabatan kteorg akan kekal sampai bila bila. amin :) azrin, terima kasih for everything! 

@PAKCIK UE
hero yang seterusnya adalah jiran selang beberapa buah rumah :D haha. kenal dia ni pun melalui fesbuk mark zuckerberg tu jugak. dulu masa masih baru dalam fesbuk, aku suka add kawan kawan taman. so, aku pun add lah mamat ni. dah approve bagai, dia ngorat aku wok! lawak! haha. lepastu dah lama kenal, dalam fon pulak. gayut macam monyet tengah tengah malam. okay! gayut fon je. takde maknenye aku nak panjat pokok masa org dah tidur --' lepastu, dia main gitar. pfft. aku jelez! aku nak belajar , tapi gitar pun takde. jadi hanya mampu mendengar. haha. then, one day bila dia dapat tahu aku ada satu buku yang aku gunakan untuk melukis, dia nak pinjam. dia pernah buat aku nak menangis bila dia cakap buku aku tu hilang. then, dia kata dia main main. nyaris nyaris rumah dia terbakar hangus aku buat. atas dasar mintak maaf, dia hadiahkan aku MR.CHIPMUNK :) sangat comel! ada dua gigi je kat depan. haha. tapi malangnya, aku merasakan kezen aku dah bawak lari chipmunk aku tu --' pfftt. sadis woah! alahai. mende lain yang dia bagi pun cekelat. cekelat semua aku dah telan habis. chipmunk tu je kenangan aku tapi dah hilang. wua! D; geram gila aku! haish. ue ni someone yang aku agak berlawanan dengan aku. haha. aku kata lain, dia kata lain. tapi satu kebaikan dia is dia selalu mengalah dengan aku. hoho. ue, eva tawu eva kuat membebel dekat ue. biasalah, nama pun perempuan. haha. tapi eva membebel untuk ue jugak. lagi lagi pasal rokok tu :) eva betul betul nak ue stop rokok. eva tak nak nanti kawan baik eva sakit. ue paham kan? tolong kay. you're one of my beloved stars on the sky. terima kasih terima kasih terima kasih sebab selalu ada bila eva perlukan. dan maaf kalau eva  tak dapat nak ada bila ue perlukan macam yang ue buat untuk eva. mianei~

@PAPA MEOR
last but not least! here goes my papa :D haha. well, dia bukan ayah aku / ayah angkat aku / ayah sedara aku dan yang seangkatan dengan nya. umur dia sebaya je dengan aku. macam mana boleh dapat gelaran papa? nanti aku ceritakan :) mula mula aku kenal dia masa tucen fizik cikgu julie (form 4) tapi masa tu aku masih nerd dan sangat tidak biasa dengan lelaki lagi. aku just acap kali dengar tc julie sebut sebut nama meor. tapi aku tak pernah nak amek tahu. lepastu separuh tahun form 4 kami terpisah. dia masuk grup form 4 satu lagi. *pasang lagu patah seribu* haha. lepastu, bila grup tucen ni diwujudkan pulak dalam fb bagi memudahkan penyebaran maklumat. dengan itu semua anak murid tc julie tak kira grup 1 atau grup 2 ada kat dalam tu. jadi, aku yang sememangnya gila suka sembang sembang dengan semua orang kat dalam tu even aku tak pernah kenal termasuk lah papa aku ni ha. one day, apa mimpi dia entah dia add aku dekat fesbuk. okay. fesbuk mark zuckerberg LAGI. sembang punya sembang masuk pulak dalam fon. okay dah nak masuk cerita part macam mana dia boleh jadi 'papa' aku. haha. one day aku suruh dia bukak acc twitter dia yang dah bersarang  macam 10000 tahun tak kemas tu. see? betapa pengotor nya dia --' haha. lepas tu, bila dia dah mula addicted macam aku, mula lah sembang kat twitter memanjang. lepas tu aku online sampai tengah malam. dia pun suruh aku tidur sebijik macam seorang ayah nasihat kan anak dia. jadi, aku pun just said "baik ayah!" lepas tu esoknya , on fb . chat dengan dia. dia main main 'papa and anak' pulak dah. haha. so, melekatlah papa dia tu sampai sekarang :) hoho. aku tak tawu macam mana aku boleh jadi rapat dengan dia. maybe sebab dia lawak dan sempoi buat aku selesa nak sembang dengan dia. meor, even aku drop kau keding dan agak kerendahan, kau tetap kawan baik aku yang awesome! :D sorry kalau ada mana mana ayat aku yang buat kau terasa hati. kau ceriakan hidup aku. seriously! saya sayang papa saya! wootwooooottt!

so, itu lah hero hero aku sekalian alam. mereka sangat sangat sangat AWESOME! they coloured my life just like the beautiful rainbow :) sesungguhnya, aku sangat sayangkan mereka. yes! they are my HERO <3

ASSALAMUALAIKUM 
memberi salam itu sunat, menjawab salam itu WAJIB :)


sincerely, EVAHASHIM yang awesome! hoho

No comments:

Post a Comment

leave your comments