WHEN YOU NEED ME AND YOU DON'T WANT ME, I WILL STAY BUT WHEN YOU DON'T NEED ME AND YOU WANT ME, THEN I WILL GO

Monday, December 10, 2012

Lost World Of Tambun

 
 
 
ASSALAMUALAIKUM
 
holla peeps! sila pastikan diri anda berada dalam keadaan waras dan tenang ketika membaca entri aku yang entah hape hape ni. kalau rasa tak tahan mohon tekan button 'x' di sebelah kanan atas PC/laptop anda. terima kasih. k. sampai hati anda kan buat aku cenggini? T.T oh. sampainya hatimuuuuu~~~ okay okay. aku tahu korang tak jadi nak out sebab aku nyanyi sedap sangat kan? HAHA k joke k. dah jom baca cerita aku. 

Lost World Of Tambun. dunia tambun yang hilang? okay. hari isnin, 10/12/1012 aku pergi lost world. seriously aku baru tahu pagi tu. memang kelam kabut bagai lah masa besiap tu kan. sebab ingat kawan mak aku dah tunggu dengan anak2 dia. sekali rupanya aku sampai dulu. kfine. all day long aku lepak dengan  anak kawan mak aku yang dah jadi kawan baik aku sejak dulu that is farra . masa beli ticket macam macam kami gosip. al-maklum lah berapa zaman tak jumpa. sampaikan mak mak kami tak nak ngaku kami anak sebab kami sembang macam nak runtuh bangunan tu. lol. sekejap sembang pasal javan, sekejapa lagi sembang pasal hafiz rahim karang sembang pasal ah chong. yelah si farra ni pun boleh tahan hot lah jugak. sembang punya sembang. tiket pun dah dibeli. masuk masuk pintu gerbang tu terus terjun masuk dalam air. k cop. mestilah cari tempat duduk lepastu tukar baju semua tu dulu kan. aku malas nak cerita satu persatu lah.

satu satu tempat kami pusing. lepastu masuk dalam kolam paling besar kat lost world tu. alaa. yang acah acah pantai tulaa. tetiba mata aku terpandang akan seseorang yang aku kenal, muka abang tu macam abang yang pernah datang ke butik tempat aku kerja dengan parents dia. aku usha jela. lama lepastu dia nampak aku. mata kami bertentang. ehem. k joke. dia senyum,aku senyum. lepastu sambung main main dengan farra. tapi hati aku rasa tak tenang. rasa seperti.. seperti.. ditenung oleh seseorang. lalu jantung ku mula bermain irama saspen. k *muntak pelangi* lepastu aku TERpandang abg tu. k abang tu senyum lagi. 

me "abang tu dah kenapa? --"

lepastu aku nak naik atas nak jalan jalan dengan farra. nampak abang tu dgn membe2 dia pun naik sama. aku duduk kat tepi pantai fake tu. abang tu lalu depan lepastu senyum. err. abang ni gila ke? dari tadi sesenyum --' lama aku termenungkan langit yang membiru indah bak hujan nak turun baru aku teringat. itu abang yang pernah datang beli dekat butik dengan parents dia. k. patutlahh. lepastu aku dengan farra gi naik gelongsor yang straight . (hanya yang pernah pergi yang akan tahu. k maaf. tak tahu apa nama gelongsor. hehe) masa aku dengan farra berlepas. farra menjerit macam orang gila. orang yang tengok dekat bawah gelak jer tengok kami. terpaksa lah kami menahan malu yang menebal. k
 
jalan jalan lagi , terserempak lagi dgn abg tu. jalan lagi, terserempak lagi. aku hanya mampu senyum. lepastu aku dengan farra nak naik gelongsor pusing pusing. tengok2 abang tu ada sekali baris dengan kteorg. k dia sampai dulu. sekali masa tengah beratur tu time time tu jugaklah abang tu betul betul ada kat depan aku dengan farra. aku tak tahu nak pandang mana sebab dia ayik2 pandang aku. aku tampar karanggg. lepastu  tetibe aku dengan dia serentak tanya "mego?" *jari tunjuk2 konon konon mego ada kat depan* k. betul rupanya sangkaan aku. lepastu dia dengan membe dia naik dulu. aku dengan farra tetap bersabar menunggu giliran. sekali kami dengar lelaki terjerit-jerit. tengok2 abang berdua tu yang menjerit.
 
me "poyo gila abang tu nak menjerit bagai"
farra "kannnn" 
 
sekali masa dah sampai turn kteorg nak naik. abang tu datang cakap. "naik gelongsor nombor 1. best!" aku expect best yang dia cakap tu biasa biasa jelah kan. so, aku dengan farra pun naik lah. sekali, hambik kau! menjerit lagi kuat dari abang abang tadi tu. sampai kat bawah kaki kami menggeletar. al-maklumlah teman berdua ni gayat orangnya. lepas pas pelampung kat orang lain. abg dua orang tu datang tanya best tak. *gelak kejam* aku dengan farra rasa bengkek gila time tu. then, kteorg gi lalu kolam terowong. tengok abang abang tu pun ikut sama. abang ni dah apehal? memula ikut dari jauh. makin lama makin dekat. k k . sekali dia main air dekat aku dengan farra. kami ingat hujan. sebab time tu mmg tengah hujan. farra dah syak something. pusing belakang abang tu buat muka acah acah tak tahu. aku pun sama. sekali kantoi memang dia yang buat. pfft. sabar jelaahh. jalan lama sikit then baru abang tu start conversation. (purpe,abang. merah,aku)

"err. sekolah mana? ni baru habis sekolah ke?
"rps. yup"
"tinggal kat mana?"
"simpang pulai"
"simpang pulai dekat mana? ada bandar pulai jaya. chandan"
"chandan"
"owh. dulu abang pun duduk dekat situ jugak"
"owh. yeke"
"chandan dekat mana? depan padang"
"em"

 
*farra berenang2 tak ingat aku*

"kenal cikgu noraini?"
"itu mak saya" *senyum*

lepastu abang tu cakap dengan membe dia "kan aku dah kata. patut aku rasa macam kenal muka dia ni. muka mak dia"

okay. alhamdulillah. aku satu satunya anak yang ikut muka mak aku. yang lain semua ikut abah aku. haritu pun masa aku tengah cari kerja dekat secret recipe. tetiba abang dekat kaunter tu tegur "anak cikgu noraini eyh?" oh. ye saya. saya anak Noor Aini binti Abdul Rahman . k . sambung balik. 

"abang dulu duduk sebelah rumah tu jela."
"sebelah rumah?"
"adik rumah nombor 60 kan? abang rumah nombor 62"
"laar. kita ni berjiran lah ye?"
"haha. a'ah. nanti kirim salam dekat mak cakap imran anak makcik rahimah dan pakcik bla bla bla kirim salam" (maaf tak ingat apa nama pakcik)

nampak betapa teruknya aku? aku kalau bab nak melayan orang tak kenal ni memang cenggitu. berpatah patah kau tanya, sepatah lah aku jawab. sepatah kau tanya? lu pikir lah sendiri betapa patah lu nak wa jawab. k bila balik aku cerita dekat mak aku. beria mak aku cerita pasal abang tu dengan family dia. mak cakap. "seronok berjiran dengan family abang tu dulu. dulu masa imran tu darjah 5/6 dia pernah terbakar muka dia  bal bla bla. kalau mak tahu mak nak jumpa dia" k malas nak cerita panjang2. malangnya mak terlambat nak jumpa abang tu. abang tu dah balik dulu.
 
nampak tak betapa keciknya dunia ni? memula jumpa dekat butik. aku punya layan mak abang tu cuba tudung sampai semua tudung ada kat situ semua aku bawak keluar. lepastu layan pulak ayah abang tu yang nak mencari batik biru bagai. lepastu TERjumpa abang tu lagi sekali dekat lost world. rupa-rupanya family abang tu dulu pernah duduk dekat sebelah rumah aku. Allah Maha Esa . 

lepastu aku dengan farra sambung balik mandi dekat kolam acah acah pantai fake tu. pergi tempat dalam. depan,belakang,kiri,kanan semua pun berpeluk peluk. aku dengan farah nak berenang pun tak senang. sekali depan mata yang pakai tudung pun peluk sama. eleehh. apa depa ingat depan je boleh sweet? aku dengan farra pun boleh jugak. siap berenang sambil pegang hujung towel lagi. takut terpisah lah katekan. lol.  selepas berhempas pulas melawan segala bisikan syaitan tu akhirnya tiba lah masa untuk pulang. sempat lagi aku dengan farra snap gambar bagai. yang si javan tu bising memanjang.. aku hempok sekali, tak pasal pasal segala fans dia dari KL mai datang serang aku. pfft. lastly, here i am with one of my leg hurts. k. seriously, rasa macam have fun gila harini. main sampai tak ingat dunia. so,aku dedicate kan entri blog aku ni khas buat si emil desperado yang hot dan abang imran yang tak ku ketahui berada di mana. lol. k. until here than

 
holding onto someone who isn't adding positive value to your life is not loyalty. it is stupidity 

ASSALAMUALAIKUM W.B.T
memberi salam itu sunat, menjawab salam itu WAJIB
 
sincerely, 
the future successful malaysian architest , insyaAllah
@liamhoughton is my idol
https://twitter.com/EvaHashim

No comments:

Post a Comment

leave your comments