WHEN YOU NEED ME AND YOU DON'T WANT ME, I WILL STAY BUT WHEN YOU DON'T NEED ME AND YOU WANT ME, THEN I WILL GO

Sunday, December 2, 2012

Retired High School Student

 
 
ASSALAMUALAIKUM
 
hello blogger and non-blogger! dah berapa lama dah aku tak luah perasaan dalam blog ni kan? al-maklum lah. teman ni baru je lepas berperang dengan spm . naik lesu badan teman. oleh kerana itu, teman mengambil masa yang agak lama untuk kembali mengupdate blog kesayangan ni. aum! hehe. sebelum kita mulakan bacaan yang merepek mrapu meraban ni. mohon anda jealous dengan pengumuman teman yang satu ni. iaitu teman dah habis sekolah! *muka bangga sambil joget2* k joke

well, nampak tajuk entri kalini? yes! saya adalah pelajar sekolah menengah yang sudah bersara.

NO MORE SCHOOL UNIFORM , NO MORE BUKU TEKS , NO MORE KASUT SEKOLAH , NO MORE HOMEWORK and NO MORE RPS!

rasa macam freedom gila gila. lepas je pengawas peperiksaan amik paper 3 biology aku. segala beban ilmu yang tak tertanggung tu semua macam dah melayang. even aku sedar yang aku tak berapa puas hati dengan apa yg aku jawab untuk paper spm ni. tp aku tawakkal seadanya . *muka pasrah* balik rumah terus terlentang atas katil. dapat lelap kejap baru bukak twitter. layan burung biru tu.

tapi lama lama cuti macam ni buat aku rasa rindu dekat kawan kawan aku. siapa lah tak rindu kawan kan. itulah  kawan teman masa belajar. tulah kawan teman masa makan. tulah jugak kawan yang teman aku pergi toilet. even dekat rps tu masing masing lain lain course. kelas pun terpisah tapi aku betul betul hargai semua kawan aku tak kira dari course mana mana pun. kadang kadang tu memang aku ada terasa hati dengan kawan kawan aku. semua orang pun macam tu kan? tapi jujur aku cakap aku sayang semua kawan kawan aku. agak agak macam mana lah life kita semua lepas sekolah ni kan? masing masing ada hala tuju masing masing lepas ni. masa kecik kecik dulu kalau cikgu tanya masa besar nak jadi apa . kita mesti jawab doktor, tak doktor cikgu. tak cikgu, peguam. tu jelah yang kita tahu kann. but now, we're growing up. semua dah cantik cantik , kacak kacak belaka. agak gaka bila dah beranak pinak nanti kita ingat lagi tak sesama kita. i hope so

sebenarnya, aku ada banyak benda nak update dari sebelum spm lagi. tapi semua dah lesap dek kerana spm. tapi aku ingat lagi satu kejadian yang betul betul buat aku malu tahap kuasa 10. kejadian yang menjatuhkan maruah aku ni jadi masa sebelum spm. masa tu aku kekonon rajin sangat lah kan. pergi belajar dekat libary bagai. time tu aku pakai seluar track dengan t-shirt biasa. aku hang dengan azrin and amin. lepas berhempas pulas ajar azrin dgn amin physics tetiba pulak perut bermain drum. jadi, kami yang duduk di tingkat atas sekali kena lah harungi tangga tangga libary tu. tengah syok2 sembang sambil turun tangga tu tetibe selipar aku yg sememangnya licin tapak dia buat hal. lalu, aku jatuh terduduk .  sampai beberapa anak tangga aku terjatuh aku bersimpuh. memula aku ffikir jatuh depan azrin dengan amin takdelah malukan sangat. sekali angkat kepala, berderet lelaki dengan mulut ternganga pandang aku. semua terkedu. aku? tak payah cakaplah. Tuhan je tahu macam mana perasaan aku time tu. lepastu terus aku blah dari situ. jauh sikit aku boleh dengar mamat mamat tu gelak kuat gila. balik rumah asyik kenapa perli dengan azrin and amin. sabar jelaa.

that was the worst moment ever for me. rasa tak tahu nak sorok batang hidung ni kat mana. tapi that was the funniest moment ever for me too. rasa macam nak gelak balik pun ada. lepas ni dah takde dah aku nak brain wash physics azrin dengan amin dekat libary. tapi yang pasti aku tetap akan mintak azrin belanja aku lepas ni *muka tak malu* k k

sehari selepas spm aku terus naik bas dengan adik aku balik kampung. rasa rindu dekat kampung dah terlalu menebal . setebal muka aku yang tak tahu malu lepas jatuh tangga libary tu. sampai sampai kampung aku golek golek atas katil dulu. petang tu baru aku panjat pokok rambutan dengan adik aku. esoknya pergi pancing keli pulak. malangnya aku terlepas sekor keli besar. pfft. lepastu pergi cari siput pulak. have fun gila. tapi hanya dua hari. hari jumaat balik. hari sabtu dengan ahad ni aku tidur puas puas. bangun pukul 10. sebab esok dah mula kena cari kerja dah. kawan dah ramai yang amik lesen. aku kerja dulu. nak hang out? mintak kawan amik lah! :3 *kena baling dengan bantal busuk* k k joke k . why so serious?




a real man love his sweetheart the most, his wife the best but his mother the longest

ASSALAMUALAIKUM W.B.T 
memberi salam itu sunat, menajwab salam itu WAJIB

sincerely, 
the future successful malaysian architest , insyaAllah
@liamhoughton is my idol
https://twitter.com/EvaHashim
 

No comments:

Post a Comment

leave your comments