WHEN YOU NEED ME AND YOU DON'T WANT ME, I WILL STAY BUT WHEN YOU DON'T NEED ME AND YOU WANT ME, THEN I WILL GO

Tuesday, November 12, 2013

School Memories

ASSALAMUALAIKUM
ssup people? so harini lagi satu entri baru mai masuk dalam ni gara gara cuti sem yang membosankan akibat daripada terperuk dekat rumah makan tidur tengok tv kemas rumah makan dan tidur kembali setiap hari oleh kerana ketiadaan transport untuk keluar berjalan jalan bersama teman sepermainan teman seperjuangan teman tapi mesra yang tak berapa nak mesra okay fullstop (.) 

memula aku sebenarnya tak tahu nak update pasai apa kat dalam ni. rasa nak type something rasa macam tak tahu nak type apa. so, aku decide untuk ber'blogwaking' dekat blog auni athirah bt mohd anuar yang merangkap buah hati pengarang jantung saya . cop! aku bukan lesbo okay. back to the story. aku baca entri auni pasal sekolah, an that's the reason kenapa munculnya entri aku yang korang tengah baca ni. auni inspirasiku. ewahhh. and aku copy ayat auni yang aku rasa kelakar bagi aku. auni, may I?

"aku rindu sekolah. nak pergi sekolah. nak jumpa kawan kawan. nak selekeh selekeh pergi sekolah (erk?). nak buat selama aje. nak perhimpunan. nak tengok semua perempuan saja. nak jadi perak bila jumpa lelaki. haha. nak lepak dekat kantin. nak rushing kejar masa rehat. ak tengok signboard tandas. nak dengar Cik Nani bagi ucapan. nak pakai baju formal. nak pakai track bottom color cekelat. nak balik lambat. nak homework bertimbun (tipu). nak join hari koko. nak join Larian Puteri (tipu lagi). nak basuh kasut tiap minggu (aku kasut putih). nak ada meeting setiap hari jumaat. nak ada Contact Hours. nak ada Waktu Pengurusan Kelas. nak buat nilam (tipu tahap gaban). nak seret kasut. haha. nak bawak beg berat"

tu yang aku baca dalam blog auni. and seriously, aku nak buat semua benda tu balik. aku rasa nak tengok jam dekat dinding belakang dewan bila pengetua start nak berucap, nak melawat bilik guru hari hari, nak makan makanan kantin walaupun mahal, nak stayback sampai petang, nak menjerit bagi sokongan kalau ada event lawan antara sekolah. (GR vs RPS), nak nyanyi lagu sekolah, nak sambut segala macam 'Hari' yang ada dekat sekolah, nak buat semua benda tu balik. nak nak nak *hentak kaki* okay ini over. 
dari aku umur darjah satu sampailah tingkatan lima aku sekolah raja perempuan. setia kan aku? sila masuk minang sekarang. 11 tahun aku hidup dalam dunia yang fully perempuan. sampaikan kadang aku rasa macam aku dah boleh dikatakan arif jugaklah bab bab perangai perempuan ni. tapi, zaman semua perempuan bagi aku dah habis. masuk kolej, semestinya ada lelaki. lelaki here, lelaki there, couple here, couple there. sampaikan ada one moment tu aku jadi takut, takut nak face dengan kenyataan. aku takut aku lupa diri. aku takut aku lalai. aku takut aku alpa. aku takut aku hampakan mak pak aku. dan aku takut aku jatuhkan maruah mak pak aku. tapi, alhamdulillah 11 tahun aku sekolah rps, masih yang setia dekat sisi aku. bagi aku support, bagi aku kata kata semangat, sentiasa ingatkan aku. terima kasih.
bak kata auni, maybe ada certain yang membaca akan anggap aku terlalu banggakan sekolah aku. well, kalau bukan student yang nak bangga dengan sekolah sendiri, siapa lagi ye dak? lagi pulak, kalau student tak bangga, orang lain bangga apa cite? haha. to be honest, I'm proudly to say that I love RPS a lot. I've learned so many things in rps. I've got many friends because of rps. I've known many 'lovely mom and dad' in rps. Terima kasih rps. 
buat kawan kawan gua yang sekarang ni dah jauh jauh tu, teman nak kabor kat kome yang teman sayang kome semua. teman harap kome berjaya dunia akhirat. hope that one day, every each of us will shine the world with our victory, insyaAllah 
ASSALAMUALAIKUM W.B.T
memberi salam itu sunat, menjawab salam itu WAJIB


sincerely,
the future successful malaysian businesswoman, insyaAllah. 
my mom and @liamhoughton are my idol
https://twitter.com/EvaHashim

Thursday, October 17, 2013

Sharizal Zainal


ASSALAMUALAIKUM

yo manusia! aku punya masalah. masalah di mana kalau dah sekali update blog, maka berduyun duyun lah entri aku akan hadir selepas itu. mohon banyakkan bersabar dan teruskan scroll entri saya ini sampai ke bawah yang rasanya nanti takdelah bawah mana sebenarnya. kalau tak larat nak scroll, sila tekan button 'X' di mana anda sendiri tahu akan kedudukan button tersebut. okay skema gila babeng ayat hakoo.!

jadi, anak anak. apa tajuk entri kita kali ni? jangan cakap kau orang buta huruf. kalau tajuk pun tak gheti nak baca, baik kau berhenti baca entri ni sekarang. aku tak larat nak dengar kau orang eja satu satu apa yang aku type ni. mohon berhenti. aku cakap berhenti tu berhenti la. kau terus mengeja jugak ke? eh eh kau nii.. degil betul

sharizal zainal is one of my brother. tapi bukan adik kandung. dia adik dari lain mak bapak, senang cerita adik angkat gua laa. tapi based on nama jelah kan, tak mampu den nak angkat dia. mahu patah tulang temulang aku. reason kenapa aku buat entri bertajukkan nama dia adalah sebab he's going to take his spm this year. tengok. sweet tak aku? cepat cepat siapa lagi nak jadi adik aku? lai lai boleh wechat aku. tapi kau orang la angkat aku. aku tak mampu nak angkat kau orang. k bajet retis pulak aku

so, sharizal zainal, nickname : sha. aku kenal budak ni masa naik satu bas sekolah dulu. bas yang kami naik bas cina, Chan Brothers namanya. dah nama pun bas cina kan, konfem konfem yang naik bas tu majoriti nya cina. daripada darjah 5 aku naik, berapa kerat ke melayu dengan india atas bas tu. masa dulu ada sorang je budak lelaki melayu dalam bas tu, lepastu aku masuk darjah 6 dah missing in action. tak dapat dikesan. berapa tahun lepastu takde dah budak lelaki melayu naik bas tu. yang ada perempuan je. itupun aku, kak laila and sorang dua budak mgs. 

then suddenly masa aku form 3 aku nampak ada sorang budak lelaki melayu atas bas tu. budak St. Michael bak hang. aku usha je mamat tu. masa form 4 pun ada lagi. bapak kelat oihh muka dia. kekadang rasa nak lempang pun ada. eh eh. tapi ada one day tu masa aku tengah online facebook. aku tetiba rasa nak check friend list aku. dan aku ternampak budak lelaki tu ada dalam tu. serious talk aku tak tahu mcm mana boleh sesat dalam tu. jenuh aku mikior aku rasa aku dah lama tak add orang. hmmm

so, aku tergur la tanya budak bas ke pe semua. pergh! memang rasa nak bagi sepak wehh. mula mula kurang ajar gila cara dia sembang dengan aku. tambah lagi aku teringatkan muka sombong dia, terasa macam nak bagi flying kick free free dekat dia. tapi tetiba. eh cop aku rasa banyak sangat ayat 'tetiba' aku harini kan? ahh pedulik! okay tetiba dia cakap dia takde kakak, dia nak aku jadi kakak dia. aku ingat dia main main, tapi dia cakap dia serious. time tu gelak besar aku wehhh. tapi aku terima jelah kann.

gelak gelak jugak, sekali bila nak sembang awkward yang amat. yelah tetiba dia sembang baik baik lembut lembut je dengan aku. naik meremang bulu roma aku. tapi lama lama i'm used to it. dah orang nak kita, takkan kita nak tolak pulak kan? ehh k abaikan. tapi aku masuk form 5 dia dah tak naik bas sebab dia dah tukar sekolah teknik.

so, that guy yang aku ceritakan tulah adik aku si sha tu. and pejam celik pejam celik pejam celik pejam celik dan pejam celik lagi sampai agak agak tak celik celik dah, eh k main k main. dah celik balik tengok tengok aku dah habis sekolah dan dia spm tahun ni. so, there you go! aku harap sangat dia buat yang terbaik. he's a good guy actually even dulu aku pernah rasa nak bagi penampar. haha. aku pernah menyesal dengan result spm aku dan aku akan terus menyesal, aku pernah hampir nak give up but life mesti diteruskan right?

dear sha, akak tak nak sha rasa apa yang akak rasa. masa yang ada sebelum spm ni gunakan sebaik mungkin ada paham? don't give up dan yang penting tawakkal. dan lagi satu, jangan nakal okay? haha. study rajin rajin nanti tahun depan kita meet dekat bangi, insyaAllah. get ready duit belanja akak hari hari okay? kahkahkah. last but least, sebelum apa apa baca bismillah. doa hari hari, solat jangan tinggal. good luck brother! :D lots of love. kbyee

ASSALAMUALAIKUM W.B.T
memberi salam itu sunat, menjawab salam itu WAJIB
sincerely,
the future successful malaysian businesswoman, insyaAllah. 
my mom and @liamhoughton are my idol
https://twitter.com/EvaHashim

Tuesday, October 15, 2013

Semester Break!



ASSALAMUALAIKUM
Hello people! It has been a long time since my last update right? I know you miss me. I know I know. lol. So, how was your day pal? Harap semuanya baik baik, insyaAllah. okay. for your information I am enjoying my semester break right now! mohon jealous. hoho. Reason kenapa aku tak dapat nak update entri sebelum sebelum antaranya ialah no internet connection di kptm bangi, no free time sebab terlalu busy stuDYING. dulu zaman sekolah dulu, aku lah antara manusia yang paling pemalas. homework tak pernah nak siap, latihan tak pernah nak buat, dalam kelas tak fokus, lebih spesifiknya dalam kelas tidur. but now, i've changed. ramai membe aku cakap aku NERD. what the fish?! *flip table* tapi aku terima seadanya. ewahh. aku memang dah niat nak ubah. aku nak ubah untuk mak abah aku. aku tak nak tgk dah mak dgn abah kecewa.
so, macam yang aku cakap, it is the semester break! say yeayy! haha. alhamdulillah tamat sudah semester 1 aku dkt kptm bangi tu. pejam celik pejam celik, tadaaaa! final dah tamat! tadaaa! cuti sebulan! tadaaa! entri baru! okay ini over. blergh. mula mula aku ingat dalam masa sebulan cuti aku nak kerja, tapi fikir fikir balik bukan senang nak dapat cuti pepanjang gini ye dok? so, here I am sitting in front of the laptop and typing typing typing and keep typing anything that I want to type. 

semester 1

first time sampai kptm bangi masa nak daftar tu benda first aku usha adalah jarak hostel nak ke kampus. bapak jauh derr. 700m dalam otak aku kulit gelap dan kurus! tapi malangnya sampai la ni aku tak kurus kurus lagi. hmmm. takpe takpe. tunggu sampai sem 5. jangan terkejut! hoho. tapi haritu aku timbang berat masa jejalan dengan kakak aku, and you know what?! berat I dah turun 4kg you! can you believe it? *acah acah ajwan ali* ni semua hasil berjalan kaki ulang alik pergi kelas tengah terik mentari, naik turun tangga kampus and also naik turun tangga hostel sampai tingkat tiga. maunya tak turun berat?

but now, aku dah pun habis sem 1 dan aku sangat yakin. dalam masa sebulan je berat aku akan naik mendadak. serious talk. dah hari hari bukak mata nampak dapur, nampak peti sejuk. mau tak berat naik?  okay enough cakap pasal berat. buat penambah bengkek hati je. heh

kalau dah cuti sem bermaksud aku dah settle final test. and those final test. ergh! gua rasa nak aje gua koyak koyak gua carik carik gua gigit gigit pastu telan masuk perut paper paper test tu. k terbajet ganster kejap. lecturer aku kata "sem sebelum sem lepas dpt soalan susah, sem lepas mmg sng sgt. soalan direct. so sem awak ni, paham paham jelah" okay *hentak kepala dkt pintu almari* acah acah conjuring bak hang. mesti korang pun dapat agak dah kann? and seriously, kami dapat soalan susah

for account, aku punyalah buat practice final sem sem lepas dalam test back selama seminggu. and dalam setipa final ada bank reconciliation. sekali masa hari test, aku belek paper tu puluh kali semata nak cari bank recon. aku ingat aku yang tersalah pandang, sekali memang betul betul takde. yang keluar soalan yang tak pernah wujud dalam mana mana soalan final sem sem lepas. patah seribu hati aku. seminggu study, dapat soalan entah apa apa. lepastu sebelum cuti sem haritu lecturer math aku cakap "25% of the student gagal acc" okay tambah spoiled mua aku. pfft

untuk management pulak, aku memang bukan otak menghafal. jenuh belajar jenuh memahami jenuh menghafal berapa persen je yang masuk otak. dapat soalan pulak, tetiba aku jadi konfius soalan tu mintak apa sebenarnya. *sigh* hancur lebur terus hati aku. okay enough pasal final. tawakkal jela. lepasni tunggu result je. haraplah tak gagal mana mana subjek, amin! pray for me pal! :D okay enough. masa untuk enjoy my semester break! kbyee


I'm good but not for the best, I'm bad but not the worst. I do mistakes and I'm sorry

ASSALAMUALAIKUM W.B.T
memberi salam itu sunat, menjawab salam itu WAJIB
 
sincerely,
the future successful malaysian businesswoman, insyaAllah.
my mom and @liamhoughton are my idol
https://twitter.com/EvaHashim

Monday, August 12, 2013

It's raya dude!

 
 
ASSALAMUALAIKUM
 
heyyo! eva hashim is back! lol. okay it has been a long time since my last update right? well well well. org busy acah acah abe najib 1 Malaysia memang cenggini . but then, seriously aku memang semakin busy sejak duduk kat kptm nih. assignment laa quiz laa. test laa *sigh* lagi satu alasan aku, line internet dekat kampus dan hostel lembabbbbbsssssss! superb lembabs wa cakap sama lu. *hentak kepala kat dinding* okay now memandangkan ada dua tiga membe aku tanya aku "eva, bila kau nak update blog kau?" maka dengan itu lahirlah update aku pada hari ini. tapi masalahnya, aku masih mencari cari apa benda lah yang aku nak type dalam ni? ermm..

oh ya! I am Syarifah Eva Syafina binti Syed Hashim would like to wish you SELAMAT HARI RAYA ADIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN! to my dearest blogwalker thanks sbb sudi lawat blog aku and maaf kalau aku ada terkasar bahasa or terbuat korang terasa hati dengan mana mana entri aku selama ni. cakap pasal raya, how is your raya this year? much more fun or the otherwise? For me yang dah semakin bertambah umur tapi masih tetap cun ni it is a little bored. maybe sebab cousin cousin aku semua dah besau besau bak hangg. manada nak main lompat lompat mcm dulu. manada nak main bunga api mcm dulu. manada nak pergi beraya rumah ke rumah ramai ramai mcm dulu sambil kira duit satu persatu yang ada dalam poket.  hoho. makcik pakcik nenek atok kenal tak kenal semua kami redah! ayat yang biasa digunakan, 

"assalamualaikum! kami datang nak raya!" sambil tekan loceng dekat 10 kali sampai dia bukak pintu. kalau tak bukak, ketuk pintu pulak. tak bukak jugak, "makcik! tak baik tak jawab salam! dosa!!" tetibe pulak ada suara org jawab salam dari dalam rumah dan 5 saat kemudian pintu pun terbukak. boleh nampak muka acah acah senyum makcik tu. kikiki. tahu takut. 

tapi tu semua cerita zaman dahulu kala. now cerita kini zaman moden. zaman main game semua dalam phone. zaman budak umur 2 tahun pun boleh dapat Iphone. pergh! gua dulu mana ada mcm tu. nak main kena gerak pergi padang. main aci kejar, penggal selipar, polis and thief, galah panjang, pepsi cola, nenek kebayan dan lain lain. balik rumah berpeluh peluh gaya macam org lari 50km non-stop peluh dia tuu. lumpur tanah semua melekat kat baju. balik mak menjerit. kalau gua masa 2 tahun dulu cuma dapat anak patung kecik. jauh beza gila zaman dulu dengan zaman sekarang kann? but then itulah kehidupan. just let the past be by gone but keep it as a memories and ambil mana yang baik jadikan pengajaran buat kita hadapi zaman kini yang penuh propaganda. 

okay now like seriously gua blank. tak tahu yang update apa dah. so it is the end of it. once again selamat hari raya aidilfitri guys! :)

ASSALAMUALAIKUM W.B.T
memberi salam itu sunat, menjawab salam itu WAJIB
sincerely,
the future successful malaysian businesswoman, insyaAllah. no more architect
my mom and @liamhoughton are my idol
https://twitter.com/EvaHashim








Saturday, July 6, 2013

Kolej Poly-Tech Mara Bangi

 
 
 
ASSALAMUALAIKUM
 
Hello readers! I'm back! Setelah sekian lama guwa menyepikan diri demi mengubat duka dan lara di hati kini guwa kembali bagi menghiburkan para readers yang pastinya kini sedang cuba untuk menahan daripada perasaan teringin nak lempang guwa laju laju kan? hehe. dah lama rasanya aku tak update entri baru dalam ni. sebab? M to the A to the L to the A to the S you knoww. kadang kadang tu pulak bila dah siap get ready nak update bagai, tetibe time nak type tu idea tak keluar. memang tekan sing outterus lah citer dia kann. reason lain is sebab aku semakin busy mengalahkan orang yang bekerjaya. masa aku kerja dulu pun aku tak sebusy sekarang ni ha. aigooo

mesti korang tertanya tanya apa yang aku buat sekarang sampaikan gaya busy dia tu kalah abe najib, PM kesayangan 1 Malaysia kita tu haa kann kann. sebenarnya sekarang aku dah sambung belajar dekat Kolej Poly-Tech Mara Bangi. Di atas sebab aku tak layak dapat UPU adsjkl tu, aku terimalah tawaran KPTM ni. Dan mungkin memang jodoh aku kott aku ditakdirkan untuk dapat kos yang paling aku tak nak dulu that is Dip in Business Studies. haih. 

mula mula aku memang tak nak pi sini, tapi fikir fikir balik maybe ini memang takdir aku. Allah dah rancang sebaik mungkin dan aku redha. salah aku jugak tak reti nak belajar elok elok dulu. Hah! bagi yang masih bersekolah, jadikan ni sebagai pengajaran. serious cakap, menyesal wehhh! tp bak kata pepatah, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. ewah. bangga Puan farah kalau dia baca ni. well, ex-student dia masukkan pepatah dalam karangan blog. tp maybe dia rasa macam nak bagi lempang sebab masa SPM dulu tak reti reti nak masukkan pepatah. lol. mohon ampun cikgu!
 
so, my first day masa pendaftaran. pergh! punya jenuh aku fikir "betulke keputusan aku ni?" "bolehke aku survived?" "bolehke aku catch up benda yang aku tak minat" fikir punya fikir sampai terlelap dalam kereta tu. but then, bila dah depan pagar aku nekad. aku nekad untuk belajar elok elok. aku nekad dengan keputusan aku dan aku akan pastikan yang aku takkan tarik balik keputusan aku tu. so masa hari pendaftaran tu, orang first aku meet is Noor Jasmina Natasha binti Ahmad Yazid. tetibe bilik kami berdepan pulak. ohyeah! ada geng! kau hado?
 
so, sepanjang minggu orientasi tu macam macam feeling aku rasa. feeling yang paling terutama adalah feeling marah, bengang, penat, ngantuk yang amat amat sangat. well, dah rupa orang berkempen je aku rasa kena bangun pukul 4 stgh pagi bagai dan tidur pukul 1. hebat! tapi at the end of the orientation semua jadi best. tetibe jadi feeling terharu, sedih, happy bagai sebab dah habis orientasi yang menyeksakan tu. tp lama lama rasa mcm nak suruh buat orientasi tu lagi je. hoho. k eva pelik. yang paling lawak masa  orientasi tu aku kena jadi 'mom' means penolong ketua. dan sampai sekarang gelaran 'mom' tu kekal dekat aku. lalu kafe sikit ada lah yang panggil 'mummy' lalu library sikit adalah yg panggil 'mak' aku tua sangat ke weh?

then lepas orientasi, kelas dah nak mula. that time aku enter section19 of BM111. sama dengan jass and roomate aku, heeda. roomate jass pun dua dua sama kelas dgn kami jugak. hah! memang berkepit kulu kilir jela citer dia kan. First thought aku masa masuk kelas tu, semua muka budak bandar. gua budak kampung. k teruk gila minded aku time tu. tapi lama lama aku rasa kelas kami sangat happening. dah macam belangkas you know. lepas kelas nak pi makan, pi sama sama. dalam kelas havoc gila. dan kami jugak sama sama tidur masa kelas management. atoto sweet tak kami? 

ada satu hari tu, pukul 10 malam kami para perempuan dari blok A2 kena pindah ke blok lelaki taht is blok B. pergh! memang best weh! jalan penuh dengan pelbagai jenis beg and barang barang yang tidak berkaitan seperti teddy bear. alahai. dan disebabkan masa dah makin suntuk, fasi arahkan budak budak lelaki tolong perempuan angkat beg masuk bilik. and aku terdengar ada certain guys cakap macam ni masa tu,
 
"weh, tolong yang cun cun je weh. yang tak cun nanti dulu"
 
"yang tu cun wehh! cepat cepat! siapa dulu?"
 
and i was like....................................................errr??? guys nowadays -,-' dah pindah pindah bagai sekali aku dgn roomate aku dapat bilik yang entah hape hape. lelaki punya bilik kann. lampu toilet takde. laci meja reput, almari kopak. bila masuk je bilik tu, bau dia, perrghhhhhhhhhh!! terbaik punya bau! jenuh aku dgn heeda beli spray laa, febreeze la nak kasi hilang bau. alahai. Tuhan je yang tahu macam mana seksanya kami masa tu. tp Alhamdulillah semua dah okay sekarang :)

and now, aku happy dekat sini. kawan awesome, lecturer pun awesome. lagi pulak lect akaun, pergh! sekarang akaun dah jadi subjek fav aku wehhh! best gila! lect agama jenis sempoi. lect arab pulak comel je orangnya. aku jadi bersemangat kot belajar kat sini. serious cakap, aku boleh dikata kan dah berubah sikit demi sedikit rasanya. kalau dulu pemalas yang amat sangat, skrg pemalas sikit je. kalau dulu kurang pengemas yang amat sangat, sekarang kurang pengemas sikit sikit jee. (ayat nak cover) haha.

aku harap sangat aku boleh berjaya. aku harap sangat aku tak lupa diri and aku harap sangat supaya orang sekeliling aku boleh terima aku seadanya. pray for me :') insyaAllah aku akan cuba sedaya upaya aku. maybe lepasni aku makin jarang update blog. so, dalam entri kalini aku nak sertakan gambar gambar aku dengan para classmate aku yang awesome. but then, kepada kawan kawan sekolah aku, kawan kawan kerja aku dulu, aku tetap rindukan korang. rindu yang amat sangat! lastly, may Allah s.w.t bless you all and may you success in your life. amin!



karoks! 
 
roomate, classmate, heeda
 
pantang nampak kamera -,-
 
roomate, toiletmate and classmate
 
chilling with my girls

kami ganster kerek. lol. kbye
 
with echa and tyrara 
 
classmate <3
 
 with ummu and innur

 so, that's it! my beloved section 19 :)

feeling bad? chill. it is only going to be a bad day not a bad life

ASSALAMUALAIKUM W.B.T
memberi salam itu sunat, menjawab salam itu WAJIB
 
sincerely,
the future successful malaysian businesswoman, insyaAllah. no more architect
my mom and @liamhoughton are my idol
https://twitter.com/EvaHashim


Friday, May 17, 2013

UPU?

 
 
 
ASSALAMUALAIKUM 
 
selamat malam dunia! adakah anda sedang ternanti nantikan entri yang terbaru dari saya? tidak perlu malu untuk mengaku. saya paham saya paham. ewah.pejam celik pejam celik dah agak lama aku tak update entri baru kan? reason? M to the A to the L to the A to the S to the MALAS! *joget ala ala penyorak cekci*  asal aku nak update je, mulalah segala keturunan setan turun padang hasut aku reramai. mak setan, ayah setan, atuk nenek setan, moyang setan, cucu cicit setan semua pun ada. ish ish ish

maka bermula lah al-kisah. al-kisah maka tersebutlah kisah. toyibb. k tak lawak. so, baru baru ni result upu dah keluar. kena pulak hari masa result keluar tu, hari aku kerja. so, takde chance lah aku nak check online kan. lepastu aku fikir fikir balik. alah kalau cuti pun bukan boleh nak check online. sebab apa? CONFIRM! line lembam sesangat. aku rasa kalau lawan lumba lari dengan siput pun siput menang. tak pun laman web dia jammed. dah semua orang pun serbu laman web tu pada hari yang sama dan jugak masa yang sama. sampaikan ada manusia yg kunci jam siap siap pukul 11:59 am just sbb nak check upu tu. hokalohhh.


malam sebelum result upu keluar tu aku dah sesiap search itu ini. terlebih eksited pulak aku. then, nampak cara check upu guna mesej. haa. pun boleh. dunia dah maju kann. hidup najib! eh k tetiba. so, esoknya masa kerja. si zarep kesayangan aku tu, sesaja kasi aku tambah cuak. kekejap "eva lagi 2 jam setengah" "eva dah dekat pukul 12" "evaa, lagi setengah jam" evaa.. evaaa. evaaaaa.. ye zarep ye. aku tahu nanti kau mesti rindu nak panggil nama aku gitu selalu kan? ewahh. so, teppat pukul 12 aku dengan zarep dah siap type no ic bagai tu. tinggal nak tekan send je lagi ni. dah dekat 5 minit berlalu kami pun hantar. well, bukan setakat laman web je jammed, phone pun lembab weh! tunggu punya tunggu. sekali phone zarep bunyi. and dia dapat kos statistik kat uitm. k aku tambah cuaks lah weh. sekali mesej aku pulak. and ayat yg aku dpt adalah, jeng jeng jeng!

"Dukacita dimaklumkan bahawa anda TIDAK BERJAYA
dalam permohonan kemasukan ke IPTA/Politeknik Premier bagi Sesi Akademik 2012/2013"

k agak sentap sikit di situ. tp aku pun pandai jugak buat cool face aku. apa ingat zarep sorang je yg boleh buat? haha. so, aku nak tenangkan hati aku ckp nak g 7E sat. sampai 7E mmg dah nak meleleh ayor mata aku. nasib time tu ada abg zul yg kebetulan tengah text aku kasi ayat semangat gitu kat aku. alhamdulillah. sekarang aku dah boleh terima yg aku tak dpt upu tu. jenuh jugak aku nak berlakon depan zarep time tu . tapi aku kan perlakon terbaik gitu tapi peringkat antara kelas jelah yg mampu kan. lol

jadi nampak gayanya aku hanya mampu pohon IPTS. dan IPTS yang aku dah dpt adalah Institut Teknologi Perak (ITP) dan kos yg aku dpt, dip pengurusan perniagaan. IPTS lain yg aku tengah mohon pulak, KPTM. memula aku rasa mcm malas nak mohon kptm nih. malas semalasnya. well, salahkan setan! #Eh tetibe masa kerja siang tadi, azrin text aku tanya apa kos aku amik bagai, sembang punya sembang tetiba dia ckp dia dpt kos perniagaan jugak tp dekat kptm bangi. mamat sorang ni memang dari dulu lagi suka sangat tiru aku. semua apa yang aku buat, mesti dia ikut sama. ish ish. lepastu, tetiba aku jadi semangat nak amik kos perniagaan ni. yelah sebelum ni yang aku dengar kawan aku semua pun amik kos science, engineering. yang taff taff gitu. aku mana mampu. tapi tetiba kawan baik aku sendiri cakap dia amik kos yg sama mcm aku. entah kenapa aku rasa macam eksited terlebih pulak siang tadio. sampai naik jemu si zarep kesayangan aku tu dengar aku bebel benda yang sama sepanjang petang tadi. lol. aku mintak maaf ye zarep? hoho.

so, malam ni aku decide nak cuba apply KPTM. and here i am! now, aku hanya perlu menunggu result poli dan result KPTM. tak dpt dua dua, mmg jodoh aku dengan ipoh jelah nampak gayanya. takpe aku redha. ewah. ayat pasrah gitu. so, daripada kos senibina yg aku pilih dulu, sekarang dah bertukar kepada kos perniagaan. aku harap aku dapat bawak and dapat banggakan parents aku satu hari nanti, insyaAllah :) pray for me. terima kasih

 
best friends are the people you can do anything and nothing with and still have the best time together

ASSALAMUALAIKUM W.B.T
memberi salam itu sunat, menjawab salam itu WAJIB
 
sincerely,
the future successful malaysian businesswoman, insyaAllah. no more architect
my mom and @liamhoughton are my idol
https://twitter.com/EvaHashim