WHEN YOU NEED ME AND YOU DON'T WANT ME, I WILL STAY BUT WHEN YOU DON'T NEED ME AND YOU WANT ME, THEN I WILL GO

Wednesday, January 16, 2013

Hello 2013!

 
 
 ASSALAMUALAIKUM
 
hello peeps! you are about to explore my life once again today. dah agak lama jugak aku tak layan blog ni. al-maklum lah dah tinggalkan zaman persekolahan. nak buat karangan panjang panjang pun dah kurang mahir. k. jadi hari ni aku terniat untuk membebel panjang panjang sikit kepada peminat setia aku di luar sana yang pastinya merinduiku . aku nampak korang tengah kesat ayor mata yang meleleh kan kan? alalala. takmau nangis takmau. aku tahu korang terlalu menyayangi aku aum! k tak lawak eva tak lawak. *hentak kepala kat dinding*

hari ni dah 16 Januari 2013. now umur aku dah 18 tahun. k tua kan? cepat betul masa sekarang. kiamat dah nak dekat kan. wallahhualam. so, back to the story. aku dah hidup hampir 17 tahun 11 bulan dan 6 hari dah kat bumi Allah s.w.t ni . alhamdulillah tika dan saat ini aku masih dikurniakan nikmat yang berharga, nyawa. aku masih boleh celikkan mata aku, boleh bernafas dengan tenang, boleh senyum dengan ikhlas. sepanjang aku hidup ni, dah macam macam aku dah lalui. kadang kadang sedih , kadang kadang marah dan kadang kadang gembira tak terkata. syukran jazilan Allah bagi aku rasa semua perasaan tu. Alhamdulillah.

On 18 Disember 2012 , there is one boy purpose me on his wall on facebook. and his name is Syahrul Effendi bin Abdul Aziz. well, that shocked me a little. dia kecik, dia comel, dia baik, dia atlit tinju, dia sweet dan dia pelat R. aku terima dia. unfortunately, our relationship tak kekal lama. tak sampai sebulan kami putus atas sebab sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan. maybe dia bukan jodoh aku. so, here i am being single once again. lepasni, biarlah mak je yang pilih siapa laki aku in future -- aku dah jadi takut. takut akan sakitkan hati orang lagi. *sigh* to Endy, i am sorry. aku doakan supaya kau dapat cari gegirl lain yang tak macam aku. terima kasih untuk segalanya

okay. tutup cerita sedih. semalam 15 Januari 2013 birthday adik aku. so, i would like to wish

HAPPY BIRTHDAY SYED UMAIR SYAZRIM BIN SYED HASHIM!!
 
walaupun kami selalu gaduh, aku selalu marah dia, dia TERkurang ajar kat aku, aku buli dia, dia tetap adik aku yang satu. aku harap dia dapat membesar jadi seorang yang berjaya baik dari segi dunia mahupun akhirat. aku harap dia takkan sakitkan hati mak abah. and aku harap supaya dia tak lupakan aku. yeah. dia satu satunya adik kandung yang aku ada. adik angkat tu tapayah cerita lah kan. so, to umair. enjoy your life but never slipping from the actual track of Islam. Good luck little brother!
 
now, masuk cerita pasal life aku selepas pencen daripada alam persekolahan. well, bulan 12 dulu aku memula kerja dekat butik dalam megoplex. it is so boring. kau hengat apa? ada ke manusia yang nak datang mego? lepastu, beli pulak baju baju yang beratus ratus harga dia? jadi, atas alasan aku ni jenis yang tak boleh duduk diam tak buat apa dan alasan yang mak tak boleh nak ambil sebab sekolah dah nak mula, aku pun berhenti. untuk beberapa minggu, aku telah menjadi seorang bibik full-time yang berjaya di mana aku mengemas rumah, membasuh kain, menyidai kain, melipat kain, membasuh pinggang, memasak dan lain lain. k ayat aku skema nak mati. korang mati tak baca ayat aku ni? k tak. jadi, sila teruskan. tapi beberapa hari yang lepas, aku dah mula kerja balik. and now, aku dah masuk hari ketiga aku kerja as cashier and cooker dekat kedai PASTA dekat foodcourt Mydin Gopeng. semuanya atas bantuan Tun. alhamdulillah. kalau dulu, Tun text aku mesti cakap pasal tuition memanjang, now, hari hari dia text pasal kerja. aku terasa sangat tua. k.
 
untuk menampakkan lagi betapa dah tuanya aku, aku dah isi UPU! yeay me! that's the hardest things to do. apa kau ingat senang ke nak pilih course nak tentukan future kau? bersepai otak kot. so, course yang aku pilih is senibina . yes! i wanna be an architect! doakan aku? terima kasih. :)
 
 
 
FAKE FRIENDS are around you when they think you're cool, but TRUE FRIENDS are around you even when they think you're fool
 

ASSALAMUALAIKUM W.B.T
memberi salam itu sunat, menjawab salam itu WAJIB
sincerely,
the future successful malaysian architest , insyaAllah
@liamhoughton is my idol
https://twitter.com/EvaHashim

No comments:

Post a Comment

leave your comments