WHEN YOU NEED ME AND YOU DON'T WANT ME, I WILL STAY BUT WHEN YOU DON'T NEED ME AND YOU WANT ME, THEN I WILL GO

Sunday, April 28, 2013

Indahnya Pertemuan

 
 
 
 
ASSALAMUALAIKUM
 
ola oli ku beri nama saudara saudari, cikebum cikebum. malam malam hari, siang siang hari, nino, nino! kbai. based on the title 'Indahnya Pertempuan' , aku tahu semua orang dalam dunia ni mesti harus wajib rasa keindahan sebuah pertemuan. contohnya masa saat saat korang bertemu muka dengan kawan korang ke, crushes korang ke kan.. mesti hati rasa macam berbunga bunga mcm nak terbang gitu. ewah ayat aku. so aku sebagai seroang manusia yang normal, bila dpaat jumpa kawan baru semestinya rasa seronok, happy, gembira. k tiga perkataan berbeza tapi makna yang sama. pfft.

*flashback*

one upon a time, there is a tiger walking in a jungle. #Eh #Eh k salah story. masa aku kerja dekat mydin dulu, sebulan pertama aku kerja aku cuma ada beberapa girlfriend while terlalu ramai boyfriend. k ayat aku acah acah playgirl pulak. lol. k boyfriends here means kawan lelaki. kenapa aku lagi ramai kawan lelaki banding kawan perempuan? well, i kan hotsetaappp. #Eh k tak lawak. reason sebenar is sebab mmg kat tmpt aku kerja tu memerlukan tenaga lelaki lelaki yang acah acah taff sebagai cleaner foodcourt tu. so, life aku yg kerja under foodcourt tu mmg hari hari ngadap muka deme lah. nak kata kawan perempuan yang aku da time tu pun cuma kak eila, kak ika, kak wawa, kak ida dan makcik makcik hot kiosk yang berdekatan. 

Aku ingat lagi, manusia pertama yang tegur aku selain daripada pekerja pasta adalah nan. masa tu abah aku nak pi beli rokok. then, dia tanya, "ayah ke? rajin datang" aku hanya mampu berikan senyuman yang entahkan ikhlas ke dak dek kerana kecuakan melanda diri. takut abah aku marah weiii. well, teman ni dulu tuan puteri. mana kasi teman kawan dengan lelaki habaq kat hang. then, second and third manusia is azam and epoyy. and then, dah agak lama kerja one day ada staff baju kuning baru. orangnya tinggi tinggi dan keding. kak eila tak habis habis cakap yang muka dia macam dato' lee chong wei gitu. jenuh aku scan muka dia nak tgk dia ada rupa chong wei dak. suddenly, masa aku tengah duduk kat bahagian cashier sambil usha usha keliling mamat yg acah acah chong wei tu diarahkan untuk lap bahagian depan kiosk. masa tetengah dia lap tu, aku pandang dia, dia pandang aku. *senyum* and that's how i met yan. lepastu, aku kenal din. din ni aku kenal masa yan kenakan aku. mereka pakat sorokkan bawang putih aku. lepastu cakap aku garang. mahu aku tak mengamuk? ish ish ish. one day aku kenal dengan iki pulak. hah! yang ni pun yan punya pasal. sesibuk nak interbiew aku, dengan si iki iki interbiew aku. lepastu, sorang sorang aku mula kenal. zahim, jess, fendy, abang teh, shazwan, abg lan, anep etc. kan aku dah ckp aku ada ramai kerabat kat mydin nih. leuls

but one day ada kes kereta kena langgar dengan motor sampai pecah lampu kereta tu. masa orang duk kerumun kereta and motor tu aku tengah otw nak pi 'dating' dengan Allah. aku stkt usha camtu camtu jelah. well, susah diduga. kadang kadang kalau nak tahu, beria aku korek. bila sampai mood pemalas aku, hah! lantak kau lah kena langgar ke kena kejar anjing ke. so, aku yg tak tahu apa apa time tu cuma nampak ada budak atas motor tengah acah acah wemmpiitzz style dia. bila aku balik daripada 'dating' baru aku tahu yang ada kes langgar lari. meaning here, budak atas motor tadi blah camtu je lepas langgar dengan bantuan kaum kerabat mydin dia. pfft. bila korek punya korek. rupa rupanya kereta yg dilanggar tu kereta sorang budak perempuan yang kerja under cool station belakang kiosk pasta. kak ika cerita ckp ayah budak tu marah dia. and that girl was crying. aku ni pulak sekeras keras aku, mana aku sanggup tengok orang nangis nangis ni. so, dengan daya ingatan yang lemah aku ketuk ketuk kan kepala aku sikit tuk ingat balik macam mana rupa dan gaya budak motor yang tak gheti bawak motor tu. And with a little help from the others, that girl yang bernama Aida dapat lah slow talk dengan budak motor kapcai tu. 

so, started from that aku dah mula meramahkan diri dengan menegur Aida. and one day masa nak pi 'dating' dengan ramah yang tak dibuat buat aku tanya aida and sorang lagi kawan dia yang kerja kat cool station tu jugak pasal kes langgar lari tu yang kebetulannya masa tu dia pun nak pi 'dating' jugak. and at this moment sekali lagi aku tebalkan kulit muka aku yang sememangnya dah tebal dengan lemak ni, meramahkan diri tanyakan nama kawan aida tu. and her name was Fadhillah. conclusionnya di sini, wa dah ada dua girlpren baru woi! hoho. tak lama lepastu, dah agak agak kamcing dengan fadhil. then, otai ada pekerja baru. and you know what? mereka perempuan! yeah yeahhh! dengan muka tak tahu malu, aku tanyakan nama mereka and kenalkan diri aku. their names were ainaa and een. tp malangnya kau tahu apa reaksi mereka masa tu? 

"ohhhh. okay" *muka blurr*

 jujur cakap aku ada rasa mcm nak bagi makan kaki time tu. tapi lama kelamaan, we were started to be a veryy veryy good friends indeed. lepas kenal dengan bebudak otai, aku mula spreadkan semangat keramahan yang TERover dos  sampai ke kiosk sebelah Otai that was Nelson (jagung) and aku dapat tambah lagi girlpwen aku. they are kak fina and kak naurah. and started from that, kami semua makin kamceng dari hari ke hari. well, that's how we met each other. hanya disebabkan insiden langgar lari tu, kami semua berkenalan, berkawan, bergelak ketawa sesama. permulaannya nampak sedih. iyelah kereta kena langgar bhai. mcm tak sweet je jumpa rupe gitu. tp bila ingat ingatkan balik, disebabkan insiden yang tak indah tulah sebuah persahabatan yang sangat indah terbina. ewah wahh. ayat aku. gaya macam orang dapat BM A+ pulaks.



so, i would like to say here. eventhough we are going to be far apart from each other in future. our memories together, will always be kept in my heart till we met again. aku tak boleh nak janji yang aku akan ingatkan korang sampai mati macam masa zaman aku tak matang dulu. beria cakap 

"aku akan rindukan korang. aku akan ingatkan korang sampai bila bila. sampai mati" 

tahu tahu dah masuk sekolah menengah, muka kawan masa sekolah rendah dulu pun aku tak ingat dah -,-' ni apatah lagi moment sama sama nak gi toilet tak tahan nak yak yak. #Eh but insyaAllah i'll try my best to not forget every each of you. being with all of you, buat aku rasa gembira dapat berkawan dengan korang dan rasa sedih bila kita semua kena berpisah. tapi itu semua lumrah alam. setiap pertemuan pasti ada perpisahan. 
till we meet again guys! and terima kasih sebab sudi jadi kawan aku for all those time before. Thank you so much!


true friendship is not being inseparable, it's being separated and nothing changes

ASSALAMUALAIKUM W.B.T
memberi salam itu sunat, menjawab salam itu WAJIB
sincerely,
the future successful malaysian architect, insyaAllah
my mom and @liamhoughton are my idol
https://twitter.com/EvaHashim

No comments:

Post a Comment

leave your comments