WHEN YOU NEED ME AND YOU DON'T WANT ME, I WILL STAY BUT WHEN YOU DON'T NEED ME AND YOU WANT ME, THEN I WILL GO

Friday, May 17, 2013

UPU?

 
 
 
ASSALAMUALAIKUM 
 
selamat malam dunia! adakah anda sedang ternanti nantikan entri yang terbaru dari saya? tidak perlu malu untuk mengaku. saya paham saya paham. ewah.pejam celik pejam celik dah agak lama aku tak update entri baru kan? reason? M to the A to the L to the A to the S to the MALAS! *joget ala ala penyorak cekci*  asal aku nak update je, mulalah segala keturunan setan turun padang hasut aku reramai. mak setan, ayah setan, atuk nenek setan, moyang setan, cucu cicit setan semua pun ada. ish ish ish

maka bermula lah al-kisah. al-kisah maka tersebutlah kisah. toyibb. k tak lawak. so, baru baru ni result upu dah keluar. kena pulak hari masa result keluar tu, hari aku kerja. so, takde chance lah aku nak check online kan. lepastu aku fikir fikir balik. alah kalau cuti pun bukan boleh nak check online. sebab apa? CONFIRM! line lembam sesangat. aku rasa kalau lawan lumba lari dengan siput pun siput menang. tak pun laman web dia jammed. dah semua orang pun serbu laman web tu pada hari yang sama dan jugak masa yang sama. sampaikan ada manusia yg kunci jam siap siap pukul 11:59 am just sbb nak check upu tu. hokalohhh.


malam sebelum result upu keluar tu aku dah sesiap search itu ini. terlebih eksited pulak aku. then, nampak cara check upu guna mesej. haa. pun boleh. dunia dah maju kann. hidup najib! eh k tetiba. so, esoknya masa kerja. si zarep kesayangan aku tu, sesaja kasi aku tambah cuak. kekejap "eva lagi 2 jam setengah" "eva dah dekat pukul 12" "evaa, lagi setengah jam" evaa.. evaaa. evaaaaa.. ye zarep ye. aku tahu nanti kau mesti rindu nak panggil nama aku gitu selalu kan? ewahh. so, teppat pukul 12 aku dengan zarep dah siap type no ic bagai tu. tinggal nak tekan send je lagi ni. dah dekat 5 minit berlalu kami pun hantar. well, bukan setakat laman web je jammed, phone pun lembab weh! tunggu punya tunggu. sekali phone zarep bunyi. and dia dapat kos statistik kat uitm. k aku tambah cuaks lah weh. sekali mesej aku pulak. and ayat yg aku dpt adalah, jeng jeng jeng!

"Dukacita dimaklumkan bahawa anda TIDAK BERJAYA
dalam permohonan kemasukan ke IPTA/Politeknik Premier bagi Sesi Akademik 2012/2013"

k agak sentap sikit di situ. tp aku pun pandai jugak buat cool face aku. apa ingat zarep sorang je yg boleh buat? haha. so, aku nak tenangkan hati aku ckp nak g 7E sat. sampai 7E mmg dah nak meleleh ayor mata aku. nasib time tu ada abg zul yg kebetulan tengah text aku kasi ayat semangat gitu kat aku. alhamdulillah. sekarang aku dah boleh terima yg aku tak dpt upu tu. jenuh jugak aku nak berlakon depan zarep time tu . tapi aku kan perlakon terbaik gitu tapi peringkat antara kelas jelah yg mampu kan. lol

jadi nampak gayanya aku hanya mampu pohon IPTS. dan IPTS yang aku dah dpt adalah Institut Teknologi Perak (ITP) dan kos yg aku dpt, dip pengurusan perniagaan. IPTS lain yg aku tengah mohon pulak, KPTM. memula aku rasa mcm malas nak mohon kptm nih. malas semalasnya. well, salahkan setan! #Eh tetibe masa kerja siang tadi, azrin text aku tanya apa kos aku amik bagai, sembang punya sembang tetiba dia ckp dia dpt kos perniagaan jugak tp dekat kptm bangi. mamat sorang ni memang dari dulu lagi suka sangat tiru aku. semua apa yang aku buat, mesti dia ikut sama. ish ish. lepastu, tetiba aku jadi semangat nak amik kos perniagaan ni. yelah sebelum ni yang aku dengar kawan aku semua pun amik kos science, engineering. yang taff taff gitu. aku mana mampu. tapi tetiba kawan baik aku sendiri cakap dia amik kos yg sama mcm aku. entah kenapa aku rasa macam eksited terlebih pulak siang tadio. sampai naik jemu si zarep kesayangan aku tu dengar aku bebel benda yang sama sepanjang petang tadi. lol. aku mintak maaf ye zarep? hoho.

so, malam ni aku decide nak cuba apply KPTM. and here i am! now, aku hanya perlu menunggu result poli dan result KPTM. tak dpt dua dua, mmg jodoh aku dengan ipoh jelah nampak gayanya. takpe aku redha. ewah. ayat pasrah gitu. so, daripada kos senibina yg aku pilih dulu, sekarang dah bertukar kepada kos perniagaan. aku harap aku dapat bawak and dapat banggakan parents aku satu hari nanti, insyaAllah :) pray for me. terima kasih

 
best friends are the people you can do anything and nothing with and still have the best time together

ASSALAMUALAIKUM W.B.T
memberi salam itu sunat, menjawab salam itu WAJIB
 
sincerely,
the future successful malaysian businesswoman, insyaAllah. no more architect
my mom and @liamhoughton are my idol
https://twitter.com/EvaHashim

No comments:

Post a Comment

leave your comments