WHEN YOU NEED ME AND YOU DON'T WANT ME, I WILL STAY BUT WHEN YOU DON'T NEED ME AND YOU WANT ME, THEN I WILL GO

Saturday, July 6, 2013

Kolej Poly-Tech Mara Bangi

 
 
 
ASSALAMUALAIKUM
 
Hello readers! I'm back! Setelah sekian lama guwa menyepikan diri demi mengubat duka dan lara di hati kini guwa kembali bagi menghiburkan para readers yang pastinya kini sedang cuba untuk menahan daripada perasaan teringin nak lempang guwa laju laju kan? hehe. dah lama rasanya aku tak update entri baru dalam ni. sebab? M to the A to the L to the A to the S you knoww. kadang kadang tu pulak bila dah siap get ready nak update bagai, tetibe time nak type tu idea tak keluar. memang tekan sing outterus lah citer dia kann. reason lain is sebab aku semakin busy mengalahkan orang yang bekerjaya. masa aku kerja dulu pun aku tak sebusy sekarang ni ha. aigooo

mesti korang tertanya tanya apa yang aku buat sekarang sampaikan gaya busy dia tu kalah abe najib, PM kesayangan 1 Malaysia kita tu haa kann kann. sebenarnya sekarang aku dah sambung belajar dekat Kolej Poly-Tech Mara Bangi. Di atas sebab aku tak layak dapat UPU adsjkl tu, aku terimalah tawaran KPTM ni. Dan mungkin memang jodoh aku kott aku ditakdirkan untuk dapat kos yang paling aku tak nak dulu that is Dip in Business Studies. haih. 

mula mula aku memang tak nak pi sini, tapi fikir fikir balik maybe ini memang takdir aku. Allah dah rancang sebaik mungkin dan aku redha. salah aku jugak tak reti nak belajar elok elok dulu. Hah! bagi yang masih bersekolah, jadikan ni sebagai pengajaran. serious cakap, menyesal wehhh! tp bak kata pepatah, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. ewah. bangga Puan farah kalau dia baca ni. well, ex-student dia masukkan pepatah dalam karangan blog. tp maybe dia rasa macam nak bagi lempang sebab masa SPM dulu tak reti reti nak masukkan pepatah. lol. mohon ampun cikgu!
 
so, my first day masa pendaftaran. pergh! punya jenuh aku fikir "betulke keputusan aku ni?" "bolehke aku survived?" "bolehke aku catch up benda yang aku tak minat" fikir punya fikir sampai terlelap dalam kereta tu. but then, bila dah depan pagar aku nekad. aku nekad untuk belajar elok elok. aku nekad dengan keputusan aku dan aku akan pastikan yang aku takkan tarik balik keputusan aku tu. so masa hari pendaftaran tu, orang first aku meet is Noor Jasmina Natasha binti Ahmad Yazid. tetibe bilik kami berdepan pulak. ohyeah! ada geng! kau hado?
 
so, sepanjang minggu orientasi tu macam macam feeling aku rasa. feeling yang paling terutama adalah feeling marah, bengang, penat, ngantuk yang amat amat sangat. well, dah rupa orang berkempen je aku rasa kena bangun pukul 4 stgh pagi bagai dan tidur pukul 1. hebat! tapi at the end of the orientation semua jadi best. tetibe jadi feeling terharu, sedih, happy bagai sebab dah habis orientasi yang menyeksakan tu. tp lama lama rasa mcm nak suruh buat orientasi tu lagi je. hoho. k eva pelik. yang paling lawak masa  orientasi tu aku kena jadi 'mom' means penolong ketua. dan sampai sekarang gelaran 'mom' tu kekal dekat aku. lalu kafe sikit ada lah yang panggil 'mummy' lalu library sikit adalah yg panggil 'mak' aku tua sangat ke weh?

then lepas orientasi, kelas dah nak mula. that time aku enter section19 of BM111. sama dengan jass and roomate aku, heeda. roomate jass pun dua dua sama kelas dgn kami jugak. hah! memang berkepit kulu kilir jela citer dia kan. First thought aku masa masuk kelas tu, semua muka budak bandar. gua budak kampung. k teruk gila minded aku time tu. tapi lama lama aku rasa kelas kami sangat happening. dah macam belangkas you know. lepas kelas nak pi makan, pi sama sama. dalam kelas havoc gila. dan kami jugak sama sama tidur masa kelas management. atoto sweet tak kami? 

ada satu hari tu, pukul 10 malam kami para perempuan dari blok A2 kena pindah ke blok lelaki taht is blok B. pergh! memang best weh! jalan penuh dengan pelbagai jenis beg and barang barang yang tidak berkaitan seperti teddy bear. alahai. dan disebabkan masa dah makin suntuk, fasi arahkan budak budak lelaki tolong perempuan angkat beg masuk bilik. and aku terdengar ada certain guys cakap macam ni masa tu,
 
"weh, tolong yang cun cun je weh. yang tak cun nanti dulu"
 
"yang tu cun wehh! cepat cepat! siapa dulu?"
 
and i was like....................................................errr??? guys nowadays -,-' dah pindah pindah bagai sekali aku dgn roomate aku dapat bilik yang entah hape hape. lelaki punya bilik kann. lampu toilet takde. laci meja reput, almari kopak. bila masuk je bilik tu, bau dia, perrghhhhhhhhhh!! terbaik punya bau! jenuh aku dgn heeda beli spray laa, febreeze la nak kasi hilang bau. alahai. Tuhan je yang tahu macam mana seksanya kami masa tu. tp Alhamdulillah semua dah okay sekarang :)

and now, aku happy dekat sini. kawan awesome, lecturer pun awesome. lagi pulak lect akaun, pergh! sekarang akaun dah jadi subjek fav aku wehhh! best gila! lect agama jenis sempoi. lect arab pulak comel je orangnya. aku jadi bersemangat kot belajar kat sini. serious cakap, aku boleh dikata kan dah berubah sikit demi sedikit rasanya. kalau dulu pemalas yang amat sangat, skrg pemalas sikit je. kalau dulu kurang pengemas yang amat sangat, sekarang kurang pengemas sikit sikit jee. (ayat nak cover) haha.

aku harap sangat aku boleh berjaya. aku harap sangat aku tak lupa diri and aku harap sangat supaya orang sekeliling aku boleh terima aku seadanya. pray for me :') insyaAllah aku akan cuba sedaya upaya aku. maybe lepasni aku makin jarang update blog. so, dalam entri kalini aku nak sertakan gambar gambar aku dengan para classmate aku yang awesome. but then, kepada kawan kawan sekolah aku, kawan kawan kerja aku dulu, aku tetap rindukan korang. rindu yang amat sangat! lastly, may Allah s.w.t bless you all and may you success in your life. amin!



karoks! 
 
roomate, classmate, heeda
 
pantang nampak kamera -,-
 
roomate, toiletmate and classmate
 
chilling with my girls

kami ganster kerek. lol. kbye
 
with echa and tyrara 
 
classmate <3
 
 with ummu and innur

 so, that's it! my beloved section 19 :)

feeling bad? chill. it is only going to be a bad day not a bad life

ASSALAMUALAIKUM W.B.T
memberi salam itu sunat, menjawab salam itu WAJIB
 
sincerely,
the future successful malaysian businesswoman, insyaAllah. no more architect
my mom and @liamhoughton are my idol
https://twitter.com/EvaHashim