WHEN YOU NEED ME AND YOU DON'T WANT ME, I WILL STAY BUT WHEN YOU DON'T NEED ME AND YOU WANT ME, THEN I WILL GO

Tuesday, November 12, 2013

School Memories

ASSALAMUALAIKUM
ssup people? so harini lagi satu entri baru mai masuk dalam ni gara gara cuti sem yang membosankan akibat daripada terperuk dekat rumah makan tidur tengok tv kemas rumah makan dan tidur kembali setiap hari oleh kerana ketiadaan transport untuk keluar berjalan jalan bersama teman sepermainan teman seperjuangan teman tapi mesra yang tak berapa nak mesra okay fullstop (.) 

memula aku sebenarnya tak tahu nak update pasai apa kat dalam ni. rasa nak type something rasa macam tak tahu nak type apa. so, aku decide untuk ber'blogwaking' dekat blog auni athirah bt mohd anuar yang merangkap buah hati pengarang jantung saya . cop! aku bukan lesbo okay. back to the story. aku baca entri auni pasal sekolah, an that's the reason kenapa munculnya entri aku yang korang tengah baca ni. auni inspirasiku. ewahhh. and aku copy ayat auni yang aku rasa kelakar bagi aku. auni, may I?

"aku rindu sekolah. nak pergi sekolah. nak jumpa kawan kawan. nak selekeh selekeh pergi sekolah (erk?). nak buat selama aje. nak perhimpunan. nak tengok semua perempuan saja. nak jadi perak bila jumpa lelaki. haha. nak lepak dekat kantin. nak rushing kejar masa rehat. ak tengok signboard tandas. nak dengar Cik Nani bagi ucapan. nak pakai baju formal. nak pakai track bottom color cekelat. nak balik lambat. nak homework bertimbun (tipu). nak join hari koko. nak join Larian Puteri (tipu lagi). nak basuh kasut tiap minggu (aku kasut putih). nak ada meeting setiap hari jumaat. nak ada Contact Hours. nak ada Waktu Pengurusan Kelas. nak buat nilam (tipu tahap gaban). nak seret kasut. haha. nak bawak beg berat"

tu yang aku baca dalam blog auni. and seriously, aku nak buat semua benda tu balik. aku rasa nak tengok jam dekat dinding belakang dewan bila pengetua start nak berucap, nak melawat bilik guru hari hari, nak makan makanan kantin walaupun mahal, nak stayback sampai petang, nak menjerit bagi sokongan kalau ada event lawan antara sekolah. (GR vs RPS), nak nyanyi lagu sekolah, nak sambut segala macam 'Hari' yang ada dekat sekolah, nak buat semua benda tu balik. nak nak nak *hentak kaki* okay ini over. 
dari aku umur darjah satu sampailah tingkatan lima aku sekolah raja perempuan. setia kan aku? sila masuk minang sekarang. 11 tahun aku hidup dalam dunia yang fully perempuan. sampaikan kadang aku rasa macam aku dah boleh dikatakan arif jugaklah bab bab perangai perempuan ni. tapi, zaman semua perempuan bagi aku dah habis. masuk kolej, semestinya ada lelaki. lelaki here, lelaki there, couple here, couple there. sampaikan ada one moment tu aku jadi takut, takut nak face dengan kenyataan. aku takut aku lupa diri. aku takut aku lalai. aku takut aku alpa. aku takut aku hampakan mak pak aku. dan aku takut aku jatuhkan maruah mak pak aku. tapi, alhamdulillah 11 tahun aku sekolah rps, masih yang setia dekat sisi aku. bagi aku support, bagi aku kata kata semangat, sentiasa ingatkan aku. terima kasih.
bak kata auni, maybe ada certain yang membaca akan anggap aku terlalu banggakan sekolah aku. well, kalau bukan student yang nak bangga dengan sekolah sendiri, siapa lagi ye dak? lagi pulak, kalau student tak bangga, orang lain bangga apa cite? haha. to be honest, I'm proudly to say that I love RPS a lot. I've learned so many things in rps. I've got many friends because of rps. I've known many 'lovely mom and dad' in rps. Terima kasih rps. 
buat kawan kawan gua yang sekarang ni dah jauh jauh tu, teman nak kabor kat kome yang teman sayang kome semua. teman harap kome berjaya dunia akhirat. hope that one day, every each of us will shine the world with our victory, insyaAllah 
ASSALAMUALAIKUM W.B.T
memberi salam itu sunat, menjawab salam itu WAJIB


sincerely,
the future successful malaysian businesswoman, insyaAllah. 
my mom and @liamhoughton are my idol
https://twitter.com/EvaHashim

No comments:

Post a Comment

leave your comments