WHEN YOU NEED ME AND YOU DON'T WANT ME, I WILL STAY BUT WHEN YOU DON'T NEED ME AND YOU WANT ME, THEN I WILL GO

Monday, December 1, 2014

Semester Empat

Tahun akhir. Dua semester terakhir.

"Hidup ada up and down. Bila dah up, jangan bangga sangat. Bila dah down, jangan kecewa sangat" petikan kata kata lecturer business law pada kelas pertama subjek LAW299

Masa semester satu aku dekat atas, malangnya semester dua aku jatuh berdebuk. Semester tiga? Alhamdulillah naik sikit. Aku tak nak jatuh lagi. Aku tak nak happy sangat dengan apa yang aku dah dapat masa semester tiga tapi aku takut aku lupa, aku alpa.

Sebab mak aku selalu cakap yang aku ni jenis yang bangga dengan setakat apa yang aku dah dapat sedangkan apa yang aku dapat tu tak hebat tara mana pun. hmm am I? Well, mom knows us well right?

Aku harap semester empat aku tak jatuh. Aku tak nak kecewakan mak pak aku. Aku nak usaha lebih. Aku harap hajat aku tak berakhir sampai lepas aku tulis dekat sini je. Aku harap aku berjaya lawan segala nafsu and hasutan setan setan yang durjana. Mohon hati kental.


Target semester empat : MINIMUM B! NO C!




Friday, November 14, 2014

KUCING

Kucing. Binatang berbulu, berkaki empat yang sangat comel. Kalau cakap pasal kucing, family aku dah tak terkira dah berapa banyak kucing yang kami pernah bela. Nama pun dah tak berapa nak ingat. Ada yang bertuah sangat sampai beranak ke anak cucu cicit. Ada yang kurang bertuah hilang tak tahu ke mana takpun mati atas sebab sebab yang tak dapat dielakkan. Tapi, antara banyak banyak kucing yang kami bela ada beberapa yang tetap di hati. Ewahh

BUSY
 Jantina, jantan. Dulu masa mak rajin decorate laman luar rumah, mak selalu pergi kedai tanaman beli pokok bagai. So one day ni, lori hantar pokok mai rumah. Tengah duk punggah pokok pokok tu tetiba jumpa si kucing ni atas lori. Kami pun bela. Kenapa nama 'busy'? Sebab masa kami tengah tanam pokok, susun batu semua si kucing ni mesti duk menyibuk celah pokok pokok, menyibuk main batu batu yang dah bersusun. Memang kaki sibuk betullah. Mak pun tempek nama busy dekat dia. Si busy ni kalau kata dia main jauh jauh, senang je nak panggil. Kau amik batu kecik kecik dekat luar rumah tu kau main main dengan batu tu. Tak sampai 10 saat muncul lah dia. Part seronok lagi bela si busy ni, dia pandai main aci nyorok. Serious, tak tipu. Cara main dia, kau cua menyorok celah celah pokok. Dia akan cari kau, bila dah jumpa dia melompat lepastu terus lari. Maksudnya macam "dah jumpa! okay aku pulak nyorok" haha. lepastu, aku pulak akan acah acah cari celah pokok. Bila jumpa dia, busy lompat lepastu dia duduk diam. Diam tunggu lama sikit, bagi masa aku nak menyorok. Baru dia cari. Hebat kan?

TOMPOK
Jantina, betina. Kucing aku yang ni lembut je. Jalan lembut, mintak makan lembut. Jenis baik gila. Melawan pun tak pandai. Kalau ada kucing liar kacau, confirm tompok kalah. Lembut sangat. Part seronok bela tompok ni, dia pandai sembang. Dia macam tahu tahu je kalau aku ke family aku bercakap dengan dia. Pernah sekali tu aku sembang dengan dia mesti balas setiap aku cakap. Mak aku tanya makan sedap ke tak, dia mesti balas panjang lebar lepas makan sambil jilat bulu. Tapi lembut lembut tompok, kucing ni pakar tangkap burung tanpa meninggalkan setitik pun darah. Setiap kali dia tangkap burung, mesti yang tinggal cuma bulu burung. Bulu tu tersusun cantik pulak tu. Elok je dalam bentuk bulat.

ETOT
Jantina, jantan. Nama etot sebab dulu masa dia kecik badan dia ketot. Bulu dia unik sikit. Warna kelabu coklat coklat. Buruk je rupa kalau tengok banyak kali. Haha. Kucing yang ni abah jumpa, abah bawak balik. Pernah sekali tu etot hilang. Lama jugaklah. Rasanya dalam 6 bulan macam tu kot. Sungguh sungguh aku dengan adik aku cari satu taman. Sayang punya pasal. Tapi makin lama ingat memang takkan jumpa da. Tetiba ada seorang makcik (jiran) ni datang tanya ada hilang kucing tak. And guess what? Etot is back! But, etot was not ketot anymore. Bila dapat balik etot dah besar gila. Betul punya jaga makcik tu. Etot ni jenis kucing yang pendiam. Tak keluar suara langsung melainkan time minta makan. Time tu jelah kau dapat dengar suara dia. Masa lain, haram dia nak keluarkan suara dia. Bagusnya etot ni, dia tahu nama dia. Katakan lah dia main tengah padang malam malam, kau jerit je "ETOT" dari dalam rumah, balik lah dia. Tapi ada masa dia buat bodoh jugak.




Sunday, November 2, 2014

CICAK

Cicak Tembok

Lepas aku solat isyak tadi, aku pi dapur dengan niat baik nak tolong mak aku buatkan kek coklat cheese. Mak buat sebab nak bagi dekat kawan mak yang dah tolong mak and extra untuk aku (sebab mak aku tahu aku suka) hehe

So, kek coklat dah siap. Aku tolong mak buatkan topping cheese. Pelik. Kenapa susu mengalir keluar dari blender? Tak pernah pun jadi macam tu. Mak aku yang selalu nya positive thinking pun cakap "maybe getah salah letak tu. senget ke" okay, aku continue blend.

Dah habis blend, aku tuang topping cheese atas kek coklat. Dah habis tuang, ada extra sikit sikit tu aku kaut aku makan. Sedap! Serious tak tipu. 

Lepastu aku bukak blender tu. And aku nampak something yang pelik antara getah blender dengan besi blender tu. Dengan beraninya, aku pi kaut guna jari aku. And guess what? CICAK TEMBOK OII! 

Menatang tu dah mati tapi siapa tak geli telan makanan ada binatang lembik tu? Perasaan masa tu rasa nak muntah semua makanan yang ada dalam perut. Aku terus geledah peti ais cari makanan yang boleh kasi hilang geli. Malangnya, sampai la ni aku rasa nak muntah.
 
Kesian mak. Habis bazir kek yang mak buat. Nak tak nak kena lah buang. Siapa je lalu makan bila dah tahu ada cicak dalam tu? Maybe sebab mak tak perasan masa pasang blender tu. Yelah mak dah tua. Mata dah tak hebat macam dulu dulu.
 
Kepada cicak tembok, rest in peace. Maafkan kami. Hehe.

Tuesday, October 28, 2014

KAWAN

Kawan. Kawan susah senang, kawan menangis ketawa, kawan jatuh bangkit. Susah nak jumpa. Kalau ada pun mungkin 1 dalam 1000. Bertuah pada siapa yang jumpa. 

Dari kecil sampai dewasa kita dikelilingi insan bernama kawan. Pergi sana sini tempat baru, buat kawan. Terlalu ramai kawan tapi adakah kawan kawan tersebut insan yang akan setia menemani kita dikala senang bahkan ketika kita dilanda kepayahan yang amat?

Siapa sangka kita akan berkawan dengan manusia talam dua muka? Siapa sangka kita akan berkawan dengan manusia yang tikam belakang? Siapa sangka kita akan berkawan dengan manusia yang hanya tahu mempergunakan kita di saat si polan dalam kesusahan? Tiada siapa sangka kerana indahnya sebuah perkenalan. Indahnya saat saat bersama di awal perkenalan. Tapi siapa sangka hadirnya sekelumit retak di pertengahan persahabatan akhirnya membawa kepada perpecahan yang tiada berpenghujung?

Tipulah untuk aku perkatakan yang aku tidak berkecil hati. Ya, sakit hati bila ditipu, sakit hati bila diabaikan saat aku memerlukan bantuan, sakit hati bila aku ditinggalkan. Tapi aku hanya mampu berdiam. Tak sanggup nak hancurkan keindahan yang telah terbina namun malangnya keindahan tersebut semakin pudar. Jauh meninggalkan aku. Yang tinggal hanyalah kesuraman. 

Aku hanya mampu tersenyum. Biarlah aku bersedih sendirian, namun takkan aku biarkan kawan kawan aku dilakukan sebegitu rupa kerana aku tahu sakitnya ditinggalkan, diabaikan ketika diri sedang bersedih. Akan aku hadir ketika mereka bersedih. Takkan aku biarkan mereka merasakan mereka berseorangan.
 

Cacian makian kutukan yang diberikan akan aku telan. Tidak akan aku tepis, tidak akan aku pancung, tidak akan aku balas. Akan aku telan lalu dihadamkan oleh minda dan jiwa. Aku hanyalah seorang insan biasa yang masih tergapai gapai mencari keindahan Illahi.

Monday, October 27, 2014

FUTURE

What will my future looks like? Am I going to be a woman with a great job and lives in a big house having one or two great cars in my garage. Or am I going to be a woman who only dreams about all that and never wake up? I am afraid of how will it be. Either it is a good one or a bad one. 

I got this one friend who suddenly said that I'm weird. He said that I can do anything but I can't make a proper decision for my future. And that makes me think about it over and over again. 

I love so many things. I like to play badminton, netball, etc. I like drawing. I like photography. I like to read comics. But when it comes to choose what I want for my future, I can't even think of how to make the things that I like into what am I going to be in the future. To be honest, all this time the decision of what course to take when I was form 4, what course to have when I want to further my studies in diploma were all decided by other people and not myself. 
 


People said that "follow your dreams". Unfortunately, I don't even knows what is my dream. I don't know what I want to be. I can't even tell myself what is my dreams, how am I suppose to follow it? 
 

Thursday, July 17, 2014

MG300 FIRST ASSIGNMENT

 
ASSALAMUALAIKUM
 
Information Technology Assignment.

Update harini adalah tugasan yang aku dapat untuk subjek yang tertera di atas. Kami dikehendaki create satu blog dan hasilkan satu post tentang apa apa sahaja. Sikit kelebihan kepada aku sebab aku dah ada blog. yeayy me! Our lecturer ask us to create a new post about anything. So, let's do this!

Past few days, aku dengan beberapa housemate aku enjoy our day a lot. Sebelum ni kami student Uitm dengan student Kptm selalu asing asing. Kalau kami buka puasa dekat rumah, dyeorg buka dekat luar. Bila kami buka dekat luar, dyeorg buka dekat rumah. But not for that one fine day. Kami tiba tiba rasa nak memasak ramai ramai. Student Kptm which are Sheera, Ira, Natrah and Sarah decided nak masak ayam masak gulai. While aku, Aten, Jas, Chaa, dengan Nasya decided nak masak daging masak blackpaper. And for the extra, kami cadang nak buat roti jala. Masak punya masak, gulai Sarah dah rupa kari manis. Daging blackpaper Aten pulak liat. Roti jala kami pulak takde rupa roti jalan. Dah macam lempeng pun ada. Hebat betul bila perempuan perempuan memasak ye dak?

Lepas dah berbuka, kami rancang nak celebrate birthday Natrah yang dah lepas beberapa hari. Masa buka tu Natrah belum balik lagi. So, rancang punya rancang Natrah pun balik. Dah rupa ada pakatan besar je dalam rumah tu masing masing duk berbisik bisik nak buat apa. Lepastu kami decide nak pi sambut dekat putrajaya. Kami beli kek blueberry cheese. Aku dengan budak budak aku gerak dulu. Kami tunggu tepi tasik. Tapi, baru perasan kami tak bawak lighter . Dengan muka tembok kami pun pergi mintak pinjam lighter dekat pakcik guard are situ.

Mula rancang konon nak letak kek dekat tengah tengah alam and kami menyorok. Acah acah surprise dari pakwe pakwe gitu. Masa nak nyala kan lilin baru perasan tak bawak lighter. Nasya terpaksa buat muka tembok minta pinjam dekat pakcik guard yg ada area situ masa tu. Dekat lima enam kali jugak lah aku duk nyala kan padam kan lilin kek tu plus kelam kabut menyorok celah celah tempat yg ada boleh buat stok tak menampakkan diri sebab ingat kan dak dak kptm dah sampai. Agak agak kali ke enam nyala kan lilin baru betul sampai. Kami pun menyumbangkan lah suara lunak kami ke sepelosok putrajaya tu bersaksi kan langit dan tasik putrajaya.

Tiba terniat dalam hati nak main krim kek dekat muka natrah. So, lepas tu mula lah perang krim. Masing masing berlari bekejar macam orang gila sedangkan masa tu orang tengah solat terawih. Apa jenis anak dara lah kan. Dah syok syok calit sana calit sini, tempek krim dekat satu muka penuh si natrah, kami pun gerak. Niat ingat nak balik terus sebab krim kek dah sampai ke tudung tudung naik selebet semua anak dara. Tapi disebabkan nak penuhkan permintaan Nasya nak main roller blade yg tertangguh dekat sebulan kami pun main lah. Aku cah jas dengan sheera terkecuali sebab kami dah tahu macam mana perit nya main roller blade tu sebagai seorang beginner yang kurang berjaya.

Mula pakai kasut roller blade tu si nasya. Baru berdiri dia dah berdebuk dulu. Lepastu Sarah Ira Natrah Aten dah pakai, sorang sorang berdebuk. Nak terputus urat perut aku duk gelak kan orang. Bila diri sendiri main baru tahu sakit tak sakit bila jatuh. Kemain seronok main tapi tak pandai pandai. Orang lain menggelongsor kemain laju. Kami kami dah rupa itik baru belajar berjalan. Terkedek kedek.

Bila dah habis main dgn jaya nya atas bantuan abang abang acah pro dekat situ, kami decide nak balik. Orang yang sewa roller blade tu pun dah nak packed segala benda sebab hari dah macam nak hujan. Angin kemain kuat lagi. Rasa macam semua benda nak terbang terbang. Masa dah nak balik tu tiba nampak ada seorang abang ni main layang layang. Dia main bukan macam layang layang biasa tapi dah rupa macam layang layang yang ada kuasa enjin kereta ferrari. Okay ini over. Ha ha ha. Tapi serious lah sebab masa tu angin tengah tiup kencang gila. Memang impressed. Kalau lah dapat main jugak.

Balik dari putrajaya kami singgah Barra Seksyen 15 Bangi. Sambil makan minum sambil duk ingat balik kes masing masing jatuh berdebuk, kes muka kena sapu krim kek, kes abang roller blade bagi number dekat ira. EH?

That was the most precious moments for me semenjak aku masuk semester tiga sampai lah ke hari ni. Even tak complete 11 orang homey ada, but it was fun enough. Bukan niat nak pinggirkan or whatsoever. Just sendiri boleh fikir lah kalau dah diri sendiri yg menyediri takkan nak dipujuk rayu, nak dimanja manja, nak dipaksa paksa?

Tak kuasa.






Saturday, July 5, 2014

Semester tiga

 
 
ASSALAMUALAIKUM
 
Seksyen 11.3.18, Semester 3, Kolej Poly-Tech Mara, Bangi

New semester, new azam, new semangat lah kononnya kan. Tiap kali teringat result sem 2, semangat nak belajar tu berkobar kobar gila. Rasa macam kalau boleh nak kejar Empat Rata terus.

Bila dah masuk daftar semester tiga, bila dah masuk rumah sewa, bila dah takde rules hostel kena balik sebelum pukul sebelas, segala semangat acah acah berkobar kobar nak kejar Empat Rata tu pun mula hilang sikit sikit. Dugaan assignment yang mula bertambah, dugaan ambil sampai lapan subjek satu sem, dugaan kelas hari hari isnin sampai jumaat pukul lapan, dugaan nak hadap jammed tetiap pagi, dugaan puasa tengah tengah cuaca terik dekat bangi tak pernah nak hujan. Tambah lagi dengan iman pun nyawa nyawa ikan. hmm.

Disebabkan nak elak dugaan pancaroba yang mengahasut even setan dah kena kurung masa bulan uasa ni kan, aku tempek gambar mak pak aku dekat dinding. Jet jet pemberi semangat bagi jiwa kental lah kan. But alhamdulillah, it's works a little bit on me. Bangun tidur, hadap gambar mak pak. Nak mandi, hadap muka mak pak. Nak berjimba, hadap muka mak pak. Terus rasa insaf time time tu jugak. Hebat tak penangan dia? Haha

So, semester ni aku decide untuk ambil semua subjek termasuk subjek yang aku kena repeat, marketing. Disebabkan subjek marketing ni subjek repeat, bermaksud aku kena masuk kelas dak dak semester dua. Even sama baya dengan aku, dia punya awkward tu rasa macam ada berpuluh puluh ekor menatang cengkerik buat bunyi "krik krik" dalam kelas tu. Manusia manusia yang aku kenal dalam kelas tu pun just sorang classmate aku, nisa dengan amirul hafiz, arep faisal, adlan aziz, apit. tu jelah pun. Tapi nak buat jadi membe huhahuha tu belum sampai seru lagi.

Kelas asal aku untuk semester tiga ni pulak still maintain macam sem lepas. semua stock stock muka sama. Baru niat di hati kot dapat classmate baru muka muka kacak ke kan, boleh buat semangat nak datang kelas. Takde asyik ponteng je kerja. Kot pulak dapat buat kerja group assignment sesama kan, pergh lagi tambah semangat nak buat. Okay ini over. Tett

Sem tiga ni jugak, I've met once again with my no-blood-related-brother after almost four years kami tak bersua muka. The one yang aku pernah cerita aku kenal masa naik satu bas sekolah cina dulu dulu tu. Aku jumpa dengan dia pun sebab dia continue study dekat MFI Bangi tu haa. Jiran sejati KPTM Bangi. Bangga lah jugak kan jet jet ada kenalan bakal engineer ni. Ha Ha Ha
Lepas dah dekat seminggu lebih puasa, baru minggu ni aku dapat balik bukak puasa dekat rumah. Puasa dekat bangi hari hari sahur samada maggi, tak maggi makan roti dengan jam, tak roti makan cornflake dengan susu. Buka pulak makan makanan beli dekat bazaar takpun masak nasi pastu lauk masing masing. Tu pun kalau boleh lauk tu nak cari yang paling murah antara yang termurah. Nak beli kuih pulak kena dua tiga empat lima enam kali fikir dulu nak beli ke tidak. Balik Ipoh ni barulah dapat merasa nak makan ayam bakar lah ikan bakar lah tempoyak lah sayur yang sedap sedap lah. Air pun dapat lah minum air buah takpun air blend dari duduk bangi hari hari hadap air kosong sejuk dalam peti ais. Sadis but still, alhamdulillah.

Okay. That's it. Enough typing. Lt's get back to assignment. Oh ya cakap pasal assignment. Nanti aku ada kena buat satu assignment yang memerlukan aku buat blog untuk subjek IT. Aku terfikir nak buat blog baru just untuk subjek tu ke continue dengan blog aku yang ni? hmmm.







Saturday, May 10, 2014

Cita Cita


ASSALAMUALAIKUM

"dah besar nanti nak jadi apa?"

dari kecik soalan tu merupakan soalan wajib yang orang tua tua akan tanya. asyik asyik tanya dah besar nak jadi apa. kekadang tu rasa macam nak aje aku jawab ceni, "lekk lu. gua kecik lagi kasi gua enjoy dulu" haha. kalau zaman tadika dulu, mesti cikgu tadika ada suruh buat karangan pendek apa cecita engkorang, takpun lukis apa yang engkorang nak jadi in future. lepastu masa zaman sekolah rendah, ada satu kad ni kena letak tiga cecita engko. kalau kau tanya orang keliling engko masa zaman sekolah rendah dulu dyeorg letak apa dekat situ, mesti majoriti letak samada doktor, guru, peguam, polis dan yang femes femes lah senang cerita kan.

masa zaman tu, kita semua ingat masa besar kerja yang tu je yang ada. sedangkan, berlambak jenis kerja yang ada dekat dunia ni. dah besar sikit, baru tahu ada engineer, technician, arkitek etc. nak kata aku dulu, yang wajib aku letak, guru. yang lagi dua aku bedal. kenapa guru? sebab mak aku cikgu. time tu minded kekonon lah anak kena ikut mak. so, kalau mak cikgu, kau pun dah besar mesti jadi cikgu. anak mithali lah katakan.
 
tapi, bila dah masuk lingkungan darjah 4-6 , bila aku dapat adik lelaki sorang. aku terus fikir balik betulke aku nak jadi cikgu? sebab masa tu, aku sangat tak reti nak handle budak. (adik aku) tapi lama lama aku dah tak heran. malas nak fikir. masuk sekolah menengah, habis pmr mulalah kaunselor duk cakap pasal kerjaya bagai. buat event kerjaya kejadah semua tu. kau fikir aku minat dengan benda benda tu? aku datang sekadar dengar orang tu bebel lepastu amek mana mana orang yang bagi free gift. well~

tbh, aku ni jenis yang tak suka kelam kabut. antara kawan kawan aku masa dekat sekolah dulu, aku lah yang paling lembab buat keputusan. kawan aku dulu masa percubaan pmr lagi dah fikir form 4 nanti nak ambil kos apa bagai. aku ni, bila orang duk cakap pasal "science stream" "art stream" pun tak tahu apa lagi. even aku tanya sc stream tu mcm mana art stream tu macam mana, aku masih tak paham. lembab.

masa dah habis pmr, kaunselor mulalah ceramah itu ini. baru aku paham. 7 hari 7 malam (ini auta) aku fikir aku nak masuk mana. aku ni bukan jenis yang ada minat pasal benda benda macam ni. kalau bab makanan ye, banyak minat aku. so, choices yang ada dekat sekolah aku cuma pure science, science akaun, perdagangan, dengan seni kalau tak silap aku. aku pun acah acah rajin pi survey sekolah lain dekat internet sebab aku rasa takde satu pun yang aku minat. survey survey, aku jumpa kos kejuruteraan awam dekat sekolah teknik brash. aku ni bukannya jenis yang minat membaca, menghafal fakta fakta ni. aku lebih kepada kira kira sebab bagi aku, kira kira ni final answer dia satu je. takpayah pening pening nak fikir jawapan lain. cuma kadang masalah timbul kalau nak hafal formula yang banyak gilaa.

lagi pulak, aku nak kos dekat brash ni sebab aku nak biasakan diri dengan lelaki. 9 tahun aku sekolah semua perempuan (darjah 1 sampai tingkatan 3) aku risau aku langsung tak boleh nak adapt kalau keluar sekolah nanti. so, aku bagitahu mak aku. malangnya mak aku tak berapa nak berkenan. fullstop. aku pun kembali memikirkan kos kos yang ada dekat rps tu ha. fikir punya fikir, aku decide nak amek perdagangan. aku tahu perd pun ada baca baca hafal hafal tapi yang menguatkan lagi kehendak aku tu sebab ada akaun. aku kan suka kira kira. sedangkan 'kawan baik' aku masa tu masing masing amek pure science. malulah jugak sebenarnya. yelah kalau kau semua kelas hebat hebat, kau kelas biasa. tapi, kesah pulak aku kan. asal aku tak merana di kemudian hari.

sekali masa duduk dekat dewan, HM suruh duduk dalam barisan kelas yang kami semua nak. aku dah duduk. tiba tiba dia tanya,

"siapa dekat sini yang dapat 4A dan ke atas?"

aku dan beberapa orang yang lain pun bodoh bodoh pergi bangun. termasuk lah auni. dia suruh ke depan. aku ingat aku ada buat salah apa apa. suddenly she said "kenapa awak tak nak masuk science stream?" aku pun take turn bebel dekat dia. and you know what, she forced us to enter pure science. okay cara dia tak nampak lah macam paksa, tapi kami tahu itu satu paksaan. she was like "awak boleh punya. result awak pun okay. awak mesti boleh bawak blablabla" ada certain daripada kami dah nangis nangis merayu tak nak. aku? well, gua hati batu beb. aku bagi alasan, dia nak debat jugak. hah lantak situ, aku pun masuk science akaun. orang takde cita cita memang ceni. 

masa nak duduk dekat science akaun, tiba dia suruh masuk pure science. malas nak bertelagah lagi sekali, aku pun masuk. so, that's it. that's how I became one of those pure science student. 2 tahun aku belajar nak tak nak. aku main main dalam kelas, aku tidur dalam kelas bukan sebab nakal or what. tapi sebab aku tak minat. sepanjang dua tahun tu aku cuma minat basic math je. biology? nahh aku selalu tidur dalam kelas. tapi sometime tu cikgu sendiri cakap, aku kadang boleh jawab soalan yang orang lain tak boleh jawab. kadang kadang jelah. maybe sebab soalan tu serap masuk otak aku masa kau tengah tidur kot. mungkin.

aku ingat lagi antara soalan yang aku boleh jawab 

"kenapa kita mesti kunyah makanan dulu dalam mulut?" and the answer is "to increase the total surface area"

soalan lagi satu ni, masa gabung dengan kelas first pure science. siapa sangka kau boleh jawab soalan yang budak pandai tak boleh? so, soalan dia lebih kurang macam ni,

"apa function otot dekat jantung?" and the answer is "supaya dapat pump darah dalam jantung blablabla" 

lebih kurang lah. aku pun main bedal cakap masa tu. bila miss sellam cakap jawapan aku betul, everybody was looking at me. and I was like, seriously? aku baru bangun tidur kot masa tu. hmm. tapi bila dalam exam, aku rasa aku punya kertas paling bersih. nak bagi dekat budak next batch jawab pun boleh.

chemistry? nahh, aku minat part kira kira molecules kejadah tu je. dengan part buat eksperimen. aku main buat ikut procedure tapi sepatah haram pun aku tak paham. markah chemist aku dalam exam selalu cukup cukup makan, 40% part yang aku selalu dapat markah, part kira kira. part mintak aku hafal kejadah smeua tu, kodong. ahh, janji lulus ye dak? hehe. physics? subjek ni mula mula aku tak berkenan sangat. tapi sebabkan cikgu kesayangan aku, teacher julie (cikgu tuition) ajar masuk kepala and senang paham. it is one of my fav subject and will always be. additional mathematics? killer subject. semua exam aku gagal, tapi aku pernah dapat A masa pra-USBF1 masa form 5. yelah yang keluar pun soalan senang. tapi masa betul betul nak dekat exam, aku rasa aku dapat cahaya sikit lepas masuk event 'easy addmath' dekat sekolah STAR. tetiba rasa seronok je buat addmath. tak rasa stress. tapi malangnya dah lambat. dapat cahaya dekat dekat nak exam pulak. but still, alhamdulillah cause I've got C+ for addmath in SPM hehe

masa sebelum spm tu, kaunselor dah bising balik pasal kerjaya lepas sekolah. aku memang tak minat nak amik tahu. cakap pasal kaunselor, aku tak pernah bagitahu dekat sesiapa pun yang aku pernah kena panggil kaunseling sekali. haha. bad me hah. dah habis spm pun aku tak fikir nak amek kos apa sedangkan kawan aku yang lain dah mula fikir nak amek kos itu lah ini lah. aku kerja dekat mydin, aku kerja dekat butik zafea (kedai mak kawan aku) dekat zafea aku kerja dengan kawan aku (zarep). dia lah yang duk sedarkan aku nak amek apa bagai. aku pun search internet kos kos yang ada. suddenly, aku rasa aku banyak buat research pasal arkitek. entahlah aku pun tak dapat nak pastikan tu minat ke cane. tapi aku rasa mcm tertarik dengan kos tu. so, dalam upu aku ada application untuk arkitek. yang lain lain aku tibai. 

matrik aku tak dapat, upu aku tak dapat. result aku sepatutnya dah okay nak dapat kos arkitek tapi nak kuatkan lagi aku perlukan "seni" kira macam bonus lah. tapi aku tak amek. so, aku lupakan angan angan aku tu. mak aku dah gelabah lagi teruk dari aku. mak aku beria tanya aku nak masuk mana, nak amek kos apa. mak aku yang search dekat internet mana mana kolej swasta, tapi semua aku tak nak. aku tak tahu nak pilih. sekali, mak dah fedup. okay. bad me. aku pun search lah. then, I saw KPTM. and mak aku suruh cari kos yang ada kerjasama dengan mana mana U kerajaan. masa tu aku blurr. nak buat apa? apa salahnya aku amek je yang takde kerjasama? sebab aku tengok dalam KPTM yang ada kerjasama tu semua koa yang aku tak berapa nak minat. aku tak paham kenapa. aku kan jenis lambat amik tahu. nak tak nak, aku choose kos business management kerjasama uitm. so, here I am in kptm going to faces the third semester tak lama lagi. 

tbh, aku jealous bila tengok kawan kawan aku yang amek kos arkitek, aku jealous tengok dyeorang yang dah tahu nak amek apa lepasni pe semua. aku still takde cita cita. nak tukar kos masa degree amek arkitek? aku dah search and it is going to be hard. arkitek ni ada peringkat peringkat dia, so nahh. lupakan.

now, result sem 2 pun dah keluar. masa sem 1 haritu, management aku cukup cukup makan je. tapi sem 2? aku failed marketing. kecewa? agaklah. tapi aku dah agak sebab aku tahu macam mana aku jawab masa exam haritu. aku ni jenis yang short-term memory. ada certain benda yang aku ingat kejap je, then lupa. masa malam esoknya nak exam marketing tu, aku paling lambat tidur. sedangkan orang semua dah kenal yang aku ni jenis paling awal tidur. aku tak reti nak berjaga sampai 3-4 pagi. kejap je mesti lentok. tapi tak masa nak exam marketing tu. aku tidur pukul 5 sebab menghafal. sedangkan masa tu aten jas saf nasya semua dah tidur. aku bangun 6 stgh sambung menghafal. aku dah cuba sehabis baik. aku baca doa masa nak buat exam tu. tapi nasib tak menyebelahi aku. apa yang aku baca dan masuk aku lupa. apa yang aku baca dan ingat, tak masuk. kecewa tak kecewa? haihh tetiba rasa nak nangis. 

disebabkan result sem 2 ni, aku masih tertanya tanya lagi,




"aku nak jadi apa sebenarnya?"






Sunday, May 4, 2014

MALANG


ASSALAMUALAIKUM 

MALANG or more spesifik sebenarnya aku nak cakap pasal kemalangan. like orang tua tua cakap "malang tak berbau" bukan setakat tak berbau, tak terlihat, tak terdegar, tak tersentuh dan segala lagi panca indra lah kan. tup tup pejam celik pejam celik pomm! "the end" wuishh simpang malaikat 44. bukan doa, hanya menambah effect kasi buat tambah gempak cerita. 

tetengah aku duk feel makan cendawan tadi, tetiba aku teringat tragedi family aku masa aku umur lebih kurang darjah 4-6 dulu. throwback balik ingatan masa tu. waktu tragedi sadis kudis dis dis tu, tetengah malam buta. Ayam dekat kandang pun dah masuk tidur. Al kisah, masa hari tu, dinner makan lauk cendawan masa lemak and others. Fokus pada cendawan. And at that time, aku satu satu nya manusia dalam family tu yang tak makan cendawan tapi entah kenapa malam tu tetiba gua macam dapat hidayah nak cuba makan cendawan tu seketul. 

Bila perut dah kenyang, hati pun banyak senang, katil pun mendayu dayu panggil ajak tidur sama. okay ini tipu. time tu aku dengan adik aku tidur dekat atas toto je dekat ruang tamu. katil dalam bilik masing masing dah kena jajah dek kakak dengan abang aku. so, tengah elok lena mimpi jet jet indah tetiba kakak aku kejut macam sampai gegar gegar badan aku. dalam keadaan mamai aku nampak kakak aku mak aku ayah aku abang aku, sorang sorang masuk keluar toilet. lari kulur kilir. aku yang memang pesen jenis tak suka kena kejut tetiba tapi tak tahu sebab dah mula pasang niat nak sambung tidur. jahanam kan? tapi tetiba adik aku bangun dan muntah. eiyuww! what's going on?! 

lama aku duk perati baru aku sedar family aku memasing kena food poisoning. tapi aku time tu masih budak yang baru bangun tidur dan tersangat lah blurr. what am I supposed to do lah weh? aku nampak ayah aku dah terbaring, abang aku duk "uwek uwek" dalam toilet utama. mak aku "uwek uwek" dekat toilet belakang. and kakak aku "uwek uwek" dekat ruang tamu. whaaattt?! aku yang tak rasa nak muntah pun boleh jadi punca sama muntah tapi control hebat lah kan satu satu nya yang tak muntah. pleasee~

tapi lepas tu, mak aku gagahkan diri angkut kakak aku, aku dengan adik aku pergi hospital naik kereta tetengah pagi tu. nak harapkan ayah aku, ayah aku pun dah separuh nazak dah aku tengok. masa otw nak ke hospital tu nasiblah jalan lengang. pagi buta kan. all the way nak ke hospital tu, dekat 5-6 kali mak aku stop nak muntah. aku yang time tu duduk dekat seat belakang acah acah jaga adik aku cakap dkt adik aku "jangan muntah" sebab aku risau aku tak tahan. bau muntah satu kereta derr. bukan muntah je, bau cirit semua ada. but somehow, we managed jugak sampai betul betul tempat kecemasan depan hospital ipoh tu haa. and as akak mithali aku pun angkut lah adik aku even dia time tu muntah dekat bahu aku. so, what happened to my brah and abah? mak aku suruh ambulance datang amek. the moment deme turun dari ambulance, aku nampak abang aku dah rupa orang tak betul. dia kata dia tambah nak muntah naik ambulance. haha. pity you big brotha. 

so, disebabkan aku je yang konon konon sihat aku takde katil special. terpaksa lah kongsi dengan adik aku. tidur sebelah dia. BUT! suddenly aku rasa nak muntah. bak kata aku tadi, aku hanyalah seorang budak kecil yang baru bangun tidur bodoh bodoh tak tanya mana toilet paling dekat pi keluar dari wad kecemasan tu cari toilet sedangkan dalam wad tu sendiri ada toilet. bengap. sampai toilet aku terus muntah dekat singki. balik katil ingat nak bagitahu mak, tapi masa tu mak aku suruh pujuk adik aku sebab masa tu doktor tengah nak amek darah adik aku ke apa entah yang dia cucuk dekat tangan tu. tapi what a careless doctor. entah macam mana naik meleleh leleh darah adik aku keluar. bukan sikit wehh. berlambak. adik aku dah nangis nangis. jenuh aku pujuk. memang patah niat nak bagitahu mak aku pasal aku muntah. apa kau ingat aku berani nak hadap jarum?

akibatknya, aku muntah for the second time. tapi masa otw nak ke toilet yang jauuuuhhh tu, aku termuntah atas lantai betul betul depan pintu toilet. and I was like "makkk. what am I going to do?" and one more time sebagai budak kecik yang baru bangun tidur dan masih blurr aku pergi kaunter yang ada dekat dekat situ dengan bodohnya pi tanya "akak tumpang tanya ada mop tak?" and that nurse was like "untuk apa?" and I said "erm tadi saya muntah dekat situ. nak cuci" mashaAllah. baiknya aku masa tu. kerja tukang cuci pun aku nak buatkan. ehem. hehe. tapi alhamdulillah lepastu aku tak muntah dah. esok pagi opah datang dengan mak sedara bawak baju tukar untuk family aku. I am proud of my mom. Too proud of her. Aku rasa kalau mak aku tak gagahkan diri malam tu, mahunya aku bangun tidur tengok family aku semua dah bergelimpangan dekat rumah. and maybe, just maybe aku dah jadi anak yatim piatu with no siblings at all sekarang ni. nauzubillah. alhamdulillah cause Allah still gave me the chance. 

tu cerita yang melibatkan aku satu keluarga. selain tu, ada one day masa vacation family pergi pulau pinang kalau tak silap. masa tu hotel tu ada pool. well, aku memang pantang kalau ada pool ni. nikmat berendam dalam air lama lama. hehe. so, that one fine day aku mandi dengan adik aku berdua. adik aku dekat kawasan cetek for child and aku mandi dekat kawasan adult. well, Imma good swimmer. okay ini riak. I am just kidding. hehe. dah dekat tgh hari macam tu dah ada dua tiga orang mandi sama tapi orang dewasa. kawasan budak dengan dewasa dibahagikan dengan pagar pendek. aku yang tengah hadap tempat lain masa tu, pusing belakang nampak adik aku dah terkapai kapai dekat kolam renang dewasa. sakit jantung aku. aku terus berenang towards him. but! aku pandai berenang je aku belum belajar sampai tahap nak selamatkan orang lagi masa tu. tapi, I force myself to angkat adik aku sambil aku pun naik tenggelam timbul sama. nasib port adik aku drowned tu dekat lah jugak dengan tebing kolam. alhamdulillah, adik aku masih hidup sampai sekarang and so do I. 

two years back, mak aku kena samun. masa tu mak sorang sorang baru keluar duit dari bank nak bayar duit laptop abang aku. about 2-3k I guess. So, maybe penyamun tu ikut mak aku dari bank sampai dekat Yik Fong. masa mak aku nak keluar kereta, ada dua orang datang dekat kereta mak and one of them duduk dekat sebelah seat pemandu and keluarkan pisau. and one more diri sebelah pintu mak and pretending like he was on call with someone. And what do you think my mom would do at that time? so, cerita dia lebuhlah 2-3k. but alhamdulillah, my mom is still here with me right now. akibat dari kes tu, mak be like shaking all over bila lalu situ. so, ini jugak sebagai peringatan to all of us. beware gaiss. dunia sekarang dah tak aman. and for me, everytime aku pergi bank aku akan cepat cepat masuk kereta kunci pintu baru fikir nak kira cukup duit ke tak. and masa nak gerak aku akan usha if ada orang ikut aku ke tak. well, keselamatan harus diutamakan. 

dulu masa sekolah rendah, pernah sekali tu abah amek aku naik van atuk. masuk dalam van, nampak adik aku bleeding teruk. sebabnya time tu abah nak pusing roundbout yang dekat area sekolah tu and suddenly adik aku yang tengah tidur tersentuh tempat bukak pintu tu. bergolek atas jalan lah cerita dia. alhamdulillah time tu kereta tak laju. and alhamdulillah jugak adik aku terus terbangun and kenal mana satu van atuk aku terus pergi dekat van sambil nangis. syukur ya Allah, syukur. baru baru ni, aku hampir accident dekat bangi. masa tu baru balik jogging dekat taman tasik cempaka with jas, aten, farid and irfan. memang terseret habis tayar kereta aku. but at that moment, aku dah tak fikir nyawa aku. aku dah fikir nyawa anak anak orang yang aku bawak dalam kereta tu haa. aku takut sangat mak pak aku yang kena if anything happened to them. 

sebenarnya, there's a lot more stories. tapi kalau semua nak cerita dekat sini memang sampai naik juling mata orang nak membaca sebab duk taip panjang sangat. pengajaran for this entri are always bersyukur and berhati hati. sentiasa berwaspada dengan apa yang kita buat. bila bila masa je kita boleh mati. even now. If Allah say "kunfayakun", then nothing can stop Him, nothing. but everything happened for a reason. even how hard the situation could be. remember, sesungguhnya Allah s.w.t adalah sebaik baik perancang. :)





Saturday, April 26, 2014

perangai ganas macam lelaki?


ASSALAMUALAIKUM

cuti sem dua bulan dihabiskan dengan tolong mak cat rumah. lima tahun bertahan dengan warna biru kuning menyala akhirnya atas permintaan aku warna ditukarkan kepada hijau dan krim. tapi not for the whole house. just for the inside. outside masih stick dengan colour coklat sebab tak sanggup nak tukar satu rumah. mahu patah segala tulang aku sebelum sempat aku masuk sem tiga. well, yang mengecat nya pun just aku berdua dengan mak aku.

so, masa tengah duk mengecat tadi tetiba terasa nak update entri blog. dalam otak aku tetiba terasa macam nak tanya semua orang. apa pendapat korang pada perempuan yang ganas? the reason kenapa soalan ni tetiba terbit dekat otak aku adalah sebab aku tergolong dalam kategori perempuan yang ganas. but ganas here bukan bermaksud 'tomboi' . it is just like sometime perangai mcm jantan. like my mom will always said "perangai tu ganas dah macam mak engko. macam jantan dah. mak takpelah dah tua. cubalah lembut sikit" kadang tu bukan aku tak cuba jadi lembut. cuba memang cuba tapi tak bertahan lama lah.

other prove yang aku ni macam jantan is kadang aku boleh buat kerja yang perempuan lain tak boleh nak buat. macam masa aku kerja dulu, aku boleh alihkan mesin jahit yang zaman dulu dulu punya mesin yang berat gila tu sedangkan kawan aku tak boleh. aku boleh angkat kotak kotak berat sedangkan kawan aku tak boleh. and terbaru, bila orang tanya aku buat apa je masa cuti cuti ni and aku jawab aku mengecat, they were like, "kau reti ke mengecat eva?" hello? tengok oranglah.

other than that, kadang aku terasa aku ni ganas sangat bila depan lelaki. aku tengok kalau kawan aku yang lain on the phone dengan pakwe ke kawan ke automatically their voice will be like too smooth kadang tu sampai macam dah takde langsung suara aku dengar. but for me? nahh, I will be like "hah! kau nak apa?" with suara jantan. cakap pasal suara, ni lagi satu benda yang aku follow mak aku. suara aku memang lantang. memang kalau dapat sembang huhahuha tu aku rasa orang yang duduk jauh dari aku pun boleh dengar. kalau nak dengar suara aku perlahan lembut hanya kalau aku dekat library. pfft. 

aku kadang terasa macam segan bila berdepan dengan kawan kawan lelaki aku. aku risau kalau dyeorg akan fikir yang aku teruk kurang ajar tak sopan. sometimes, aku cuba jadi sopan but I still can't. kalau dapat sembang dengan lelaki yang lawak habis, berangan lah aku sampai ke tua nak kahwin tak dapat kahwin. haha. kadang aku suka marah lelaki, aku tak tahu kenapa. like if dyeorg try tu bahan aku nganjing aku, I will suddenly changed into not me. sampai boleh katakan kawan lelaki aku yang dekat kptm tu semua tahu aku ni garang. kalau ada orang sakitkan hati kawan aku lagilah aku tambah garang.

tapi aku takde niat pun nak marah sebenarnya. aku cuma risau. aku risau nak terlalu seronok aku risau kalau di pengakhiran aku sedih aku kena tinggal. aku risau aku kena pijak. aku sayang orang aku percayakan orang lepastu orang tu berpaling tadah dari aku. haa amek kau ayat. haha. but then, segarang garang aku seganas ganas aku aku ni jenis yang lagi suka bawak berbincang. and aku suka bila orang sudi nak ceritakan masalah dyeorg dekat aku. aku bukan suka atas masalah orang. aku suka bila orang cari aku dan cerita dekat aku. aku terasa aku ni penting, aku ni orang yang boleh dipercayai. alhamdulillah.

and to be honest, siapa tak nak merasa disayangi? aku nak. cuma mungkin sebab perangai aku yang macam jantan ni and muka aku yang tak lawa tak hodoh ni tu yang takde orang nak. mana kita tahu kan. bukan aku tak nak couple ada pakwe tetiap malam on the phone cerita itu ini. bukan aku tak nak cuma masih belum sampai masa untuk aku lalui benda benda macam tu. bukan aku tak pernah suka dekat orang. ada je orang yang aku suka, tapi aku dah tanam dekat otak. mustahil untuk orang tu suka aku balik sbb mana mana orang yang aku suka semua anggap aku hanya kawan. dah perangai pun macam jantan, siapa nak buat makwe kan. kita terima jelah. haha. so, kalau aku suka orang aku akan syok sendiri lepastu bila dapat tahu orang tu suka orang lain aku patah hati, takes time aku lupa aku set mind "kawan kawan kawan" then, aku repeat pada orang lain. lifeless kan?

but actually, I just learned from my mom that hidup tak boleh nak terlalu bergantung kepada lelaki. aku dengan mak aku dah terlebih daripada biasa buat kerja kerja yang sepatutnya lelaki buat. kami lah yang mengecat rumah, kami lah yang mesin rumput dengan mesin yang berat tu, kami lah yang buat itu ini. kami dah biasa. disebabkan tu jugaklah aku selalu rasa macam biarlah takde orang suka aku sekarang, biarlah tak couple sekarang. Allah sebaik baik perancang, ada jodoh aku nanti adalah. 

but sometimes, aku tertanya tanya why most of people yang ada masalah dengan cinta, they will find me? dyeorg akan luah perasaan sedih dyeorg dekat aku. sedangkan aku ni nak kata pengalaman couple tu pun dua kali je tu pun macam apa je. bukan ke lagi bagus minta pendapat dekat orang yang dah berpengalaman lagi banyak dari aku? entahlah. wtv it is, if any of you need someone to talk too, I will always be there for you. you can trust me, insyaAllah :)

so, I have decided untuk kekalkan perangai aku ni but still aku akan cuba kawal. biarlah orang nak kata apa. biarlah orang nak pandang macam mana sekalipun asalkan apa yang aku buat masih di atas landasan yang betul. go yeeba yeeba! 

Sunday, April 13, 2014

Midsem Break



ASSALAMUALAIKUM
I have make my comeback to the blogging world, ohyeah! Tolak tepuk tangan okay. So, that's it. Like usual, kalau aku update entri dekat blog bermaksud yang aku ada dekat rumah, bermaksud yang aku tengah cuti, bermaksud yang aku tengah bosan sebab cuti yang lama, bermaksud yang aku tengah cuti sem, bermaksud yang aku dah habis sem 2! yabedabedoooo!!
semester 2 was a tough year for me I guess. not just because of the subject that I take, it is also because of the peoples around me. Some of them giving me a positive effect but there's also some of them yang perangai yang entah apa apa. Bajet bagus sangatlah duk mengutuk aku, bila ajak sembang depan depan, bila dah kantoi tahu senyap. Hekeleh. Eh sudah aku update menatang ni bukan nak cakap pasal mangkuk mangkuk tu. Buat tambah sakit di hati je. Heh
So, other than bad memories I have also gained a lot of good and sweet and memorable memories while I am in this semester. Tbh, the person that I heart the most for this sem are safura haida, fatin filza and noor jasmina natasha. The three of them is the one that I can be myself with. The one that can lend me their shoulders to cry on. The one that can suddenly makes a serious conversation into a conversation that loads with laughter. I may not be their perfect friends, I may not be that good friend who always there to help them with their loves problem but somehow I have tried my best by lending my ears cause that's all that I can and I am sorry. another moment that I have spend with them is when we were at sunway lagoon theme park. That was so much fun spending my time with them.



Other than that, another things that I loved in this second semester is that I have made a lot of friends. Bukan niat nak bangga or riak or takabbur but I would just like to share some of my amazing friends that I meet this semester. As you know, sem ni kelas aku dah tukar. From seksyen 19 sem lepas to seksyen 18. Even sampai ke hujung sem ni pun aku masih tak faham macam mana kptm ni tentukan kedudukan kelas cause semua pun macam cincai letak je. haha. So, some of my friends from this new seksyen are (let's start with girls first) nur, alia, noni, eika, fiza, ustazah, najwa, and syuhada. While the boys are acap, amer, haziq, paan, aman, faris, and also haikal. Pardon me if I forget to put any of your name gais. Well, short-term memory attacks! Other that classmate, aku pun dapat kenal dengan sorang dua budak underground. Thanks to wechat, aku dapat kenal irfan, farid, arep, and also shadiq. See? Ramaikan? hehe





Not just through wechat, through kawan sendiri pun ada jugak macam amer and paan. because of paan aku kenal siapa jul and because of amer aku kenal faris. ni pun kenal sebab haritu balik cuti study week sama sama dengan dyeorg and ayen and jass sekali. the moment yang aku tak boleh nak lupa cause we all laughing all the way go back home. starts from bangi sampailah ke ipoh amer buat lawak non-stop. boleh bayangkan tak jasmina yang tak pernah tak tidur kalau long journey, boleh tak tidur? amer amer. and tbh, aku dengan jas perati je si faris cause he's acting cool dari awal sampai akhir. like seriously macam bajet macho. orang buat lawak kaw kaw punya lawak, dia boleh gelak gitu gitu je? what the? kemon lah weh! tak main lah cover macho depan kami. haha. but in the end, lepas dah kenal agak lama well he's kind of funny guy and not as bad as what we think of. sorry faris! So, I have learned not to judge others from the outside anymore.

next is about my final examination for semester 2. to be honest, it was totally sucks! I don't know why am I feeling like I am being so stupid this year. All those papers betul betul kasi aku naik angin. Aku tak tahu lah macam mana result pointer aku nanti. I just hope for the best cause I have tried my very best even menatang menatang tu susah. I even crying lepas keluar dewan lepas jawab paper mkt. aku keluar, aku call mak aku. sakit hati sebab mak aku tak angkat. adn suddenly 5 minutes later mak call balik, what some more? air mata pun main peranan lah weh. merengek depan orang sampaikan aku rasa kalau mak aku depan aku dah lama mak aku tampar aku. malu kat orang. lol. but the most shocking things that ever happened to me on that day was, petang tu lepas aku bangun tidur sbb frust menonggeng tidur tak ingat dunia amer call. I thought amer call mcm biasalah sbb nak pinjam laptop. but suddenly, the first word that I heard from his mouth was "Eva, hang okay tak?" seriously, I'm touched! Thanks for your concern big bro even you are small, you are still my awesome big brotha. lepastu malam tu aku terkejut kali kedua, umar call tanya benda yang sama. dude, I'm okay lah weh. haha. thanks you gaiss. You are the best man that I've known after my dad, my brothers, my grandpa, my cousins, my ermm no other my. lol

there are so many things to be written in here, but I am exhausted to type it all. nvm, I'll keep it in my memory box and try not to forget about it so that someday I could tell my stories to my little kid, I guess? hehe. That's it. I am tired. masa untuk tidur. and I would like to say thanks a lot to those who are willing to be my friend even with my annoying attitude. I wish all of you the best and so do I. Farewell guys! See you guys again in another 2 month, InsyaAllah.

ASSALAMUALAIKUM W.B.T
memberi salam itu sunat, menjawab salam itu WAJIB
sincerely,
the future successful malaysian businesswoman, insyaAllah. 
my mom and @liamhoughton are my idol
https://twitter.com/EvaHashim

Saturday, February 8, 2014

Sem 2 in KPTM

ASSALAMULAIKUM
Hello lovelies! It has been a long time since my last update. It takes almost 3 month. And sekarang pun aku dah masuk sem 2 dekat kptm bangi ni, the most boring part in my life is to be in this kptm. but somehow, boring macam mana sekalipun, demi belajar akan ku redah segala onak duri dan liku liku demi kejayaan. ewahh. sekarang ni pun aku dah masuk mid sem dah pun. pejam celik pejam celik dah nak dekat final dah pun. oh noooooooooooo!!! so that's it. dalam sebulan lebih lagi aku dah nak kena hadap final sem 2. belajar pun kontang kanting lagi. cane ni cane ni? hmmm

ahhh forget bout final tu dulu. nanti dah habis update entri baru, dah tutup laptop baru boleh fikir nak study. now, kasi aku bebel panjang panjang dulu dalam ni. Dah lama sangat rasa nya tangan aku tak tetaip lelaju. hekeleh. jet jet pro lah kau eva. So, meh aku cerita kisah aku masa sem 2 ni. Aku rasa aku dah makin matang sikit sem 2 ni. Yelah, sem lepas duk gaduh macam hantu jerit sana jerit sana duk kutuk sana kutuk sini. Tapi sem 2 ni aku rasa aku dah makin lembut. EHH?! Maksud aku dengan lembut tu, hati aku yg lembut. Dah tak rasa nak mengamuk doplohpatjam macam sem lepas. Bukan lembut mcm keperempuanan tu. Nak tgk aku lembut bak gadis gadis kampung tu, kau tunggu aku ada laki dalam 5 tahun yang akan datang nanti, insyaAllah. 

Sem 2 ni betul betul kasi gua belajar banyakkan bersabar. Well, sefriendly friendly kita, sebaik baik kita, tak semua orang akan sukakan kita. Macam mana sekalipun mesti ada point nak jatuhkan kita even kita dah cuba untuk tak sakitkan hati orang ke hape ke. Aku rasa aku dah cuba tak kacau life orang, tak sibuk hal orang, tak menyelit apa orang nak buat tapi tetap juga ada orang nak kutuk aku, bencikan aku. Jahat sangat ke aku ni? Tapi, apa yang aku buat sekarang ni cuma 'DIAM'. Aku dah malas nak gaduh, malas nak bertekak, biarlah orang nak kata apa. Aku dengan life aku. Nak kutuk silakan, asal jangan sampai effect life aku. That's all.

Cerita lain pulak masa sem 2 ni, ada intake kptm sem 1 masuk. Dan dan pulak time tu baru je masuk sem 2 so assignment kejadah semua takde lagi. So, disebabkan bosan aku pun duk lah layan 'Look Around' dekat Wechat kesayangan tu. And I've be friend with someone named Muhammad Irfan Syazwan. Well, at first gua memang takde feeling apa lah dekat mamat ni, serious talk. But then, makin lama kenal makin rasa macam terada feeling lah pulak, ni yang den lomah ni wehh. 

First meet adalah atas dasar mahu menolong this guy yang ada masalah dengan power point dia. And that moment when I saw him I realised that dia ni sadoo wehh. Aku sbnrnya tak minat orang sado sado sangat ni, but then bolehlahh. dia takdelah sado yang macam berkilat kilat punya sado tu. geli jahh oiii.
So, kali kedua meet adalah sbb aku nak mintak movie. Aku bagi dia pendrive yang aku baru beli tanpa scan terlebih dahulu. Jam satu pagi esoknya, dia wechat ckp pendrive aku ada virus and laptop dia dah hang disebabkan virus tu. and I was like, seriously?! perasaan dia tu, rasa macam nak pengsan masa tu jugak rasanya. eh eh. So, I ave decided to pay him a little sebagai tanda minta maaf. But then, degil diaaaaa. Macam nak suruh orang fobia ubat makan ubat! Lama lepastu baru aku dapat pujuk. And now, Alhamdulillah his laptop is okay. yeay!
Then, we are friends and chit chating like a normal friend but then, hati mana boleh dijangka. sikit sikit aku rasa macam aku tersuka dekat dia. he's a nice guy with a sweet smile on his face. dengan kulit hitam manis diaa. halamak. caiyor kome oii. haha. Lepastu semalam dia pinjam kereta aku, aku yang kurang sihat dengan suara seksi turun lah ke lobi bawak laptop sementara nak teman membe tgk MLM final and tunggu kunci aku dari si sado. Masa mamat tu nak bagi kunci, tetiba dia duduk satu meja dengan aku. Yang membe aku duduk ke depan sebab tak dengar katanya. Sembang sembang sambil duk gelak tgk MLM mahu tak buat aku tambah fefeling dekat dia? 
Tapi apa kan daya, he's just a crush. Aku rasa dia udah ada makwe wehh. Dah dua kali aku duk nampak dia dating dengan seorang perempuan dekat kedai makan depan hostel. perempuan tu pulak memang lawa kann. Heartbreak kejap. But it's okay. I'm a girl with a big big heart and a big big smile. Maybe dia bukan jodoh aku. ewahh. And now, I am free once again. Let's wait for the real one to come and see my parents. Sementara tu, let's focus on study! Go eva go!
Haritu, kami ada assignment group yang dipanggil mock meeting. Semua student business dgn banking kena buat. So, dah nama pun meeting kan mmg wajib lah berseluar slack, berkot bagai. Memang lebuh beratus jugak duit aku. And group aku buat company yang bernama SOULBEAT PRODUCTIONS. jet jet mcm KRU production gitu. And jawatan yang aku dapat adalah marketing manager. Part paling best yang aku rasa adalah part bila lect cakap meeting kami 'excellent'. I was so glad at that time. Thanks a lot for the teamwork Soulbeat Productions! And now, the next is individual assignment that is job interview. Wish me some luck!
Lastly, aku harap sangat aku dapat habiskan diploma dekat kptm ni dengan jayanya. I want to make my mom and dad be proud of me, insyaAllah. 

ASSALAMUALAIKUM W.B.T
memberi salam itu sunat, menjawab salam itu WAJIB
sincerely,
the future successful malaysian businesswoman, insyaAllah. 
my mom and @liamhoughton are my idol
https://twitter.com/EvaHashim