WHEN YOU NEED ME AND YOU DON'T WANT ME, I WILL STAY BUT WHEN YOU DON'T NEED ME AND YOU WANT ME, THEN I WILL GO

Saturday, February 8, 2014

Sem 2 in KPTM

ASSALAMULAIKUM
Hello lovelies! It has been a long time since my last update. It takes almost 3 month. And sekarang pun aku dah masuk sem 2 dekat kptm bangi ni, the most boring part in my life is to be in this kptm. but somehow, boring macam mana sekalipun, demi belajar akan ku redah segala onak duri dan liku liku demi kejayaan. ewahh. sekarang ni pun aku dah masuk mid sem dah pun. pejam celik pejam celik dah nak dekat final dah pun. oh noooooooooooo!!! so that's it. dalam sebulan lebih lagi aku dah nak kena hadap final sem 2. belajar pun kontang kanting lagi. cane ni cane ni? hmmm

ahhh forget bout final tu dulu. nanti dah habis update entri baru, dah tutup laptop baru boleh fikir nak study. now, kasi aku bebel panjang panjang dulu dalam ni. Dah lama sangat rasa nya tangan aku tak tetaip lelaju. hekeleh. jet jet pro lah kau eva. So, meh aku cerita kisah aku masa sem 2 ni. Aku rasa aku dah makin matang sikit sem 2 ni. Yelah, sem lepas duk gaduh macam hantu jerit sana jerit sana duk kutuk sana kutuk sini. Tapi sem 2 ni aku rasa aku dah makin lembut. EHH?! Maksud aku dengan lembut tu, hati aku yg lembut. Dah tak rasa nak mengamuk doplohpatjam macam sem lepas. Bukan lembut mcm keperempuanan tu. Nak tgk aku lembut bak gadis gadis kampung tu, kau tunggu aku ada laki dalam 5 tahun yang akan datang nanti, insyaAllah. 

Sem 2 ni betul betul kasi gua belajar banyakkan bersabar. Well, sefriendly friendly kita, sebaik baik kita, tak semua orang akan sukakan kita. Macam mana sekalipun mesti ada point nak jatuhkan kita even kita dah cuba untuk tak sakitkan hati orang ke hape ke. Aku rasa aku dah cuba tak kacau life orang, tak sibuk hal orang, tak menyelit apa orang nak buat tapi tetap juga ada orang nak kutuk aku, bencikan aku. Jahat sangat ke aku ni? Tapi, apa yang aku buat sekarang ni cuma 'DIAM'. Aku dah malas nak gaduh, malas nak bertekak, biarlah orang nak kata apa. Aku dengan life aku. Nak kutuk silakan, asal jangan sampai effect life aku. That's all.

Cerita lain pulak masa sem 2 ni, ada intake kptm sem 1 masuk. Dan dan pulak time tu baru je masuk sem 2 so assignment kejadah semua takde lagi. So, disebabkan bosan aku pun duk lah layan 'Look Around' dekat Wechat kesayangan tu. And I've be friend with someone named Muhammad Irfan Syazwan. Well, at first gua memang takde feeling apa lah dekat mamat ni, serious talk. But then, makin lama kenal makin rasa macam terada feeling lah pulak, ni yang den lomah ni wehh. 

First meet adalah atas dasar mahu menolong this guy yang ada masalah dengan power point dia. And that moment when I saw him I realised that dia ni sadoo wehh. Aku sbnrnya tak minat orang sado sado sangat ni, but then bolehlahh. dia takdelah sado yang macam berkilat kilat punya sado tu. geli jahh oiii.
So, kali kedua meet adalah sbb aku nak mintak movie. Aku bagi dia pendrive yang aku baru beli tanpa scan terlebih dahulu. Jam satu pagi esoknya, dia wechat ckp pendrive aku ada virus and laptop dia dah hang disebabkan virus tu. and I was like, seriously?! perasaan dia tu, rasa macam nak pengsan masa tu jugak rasanya. eh eh. So, I ave decided to pay him a little sebagai tanda minta maaf. But then, degil diaaaaa. Macam nak suruh orang fobia ubat makan ubat! Lama lepastu baru aku dapat pujuk. And now, Alhamdulillah his laptop is okay. yeay!
Then, we are friends and chit chating like a normal friend but then, hati mana boleh dijangka. sikit sikit aku rasa macam aku tersuka dekat dia. he's a nice guy with a sweet smile on his face. dengan kulit hitam manis diaa. halamak. caiyor kome oii. haha. Lepastu semalam dia pinjam kereta aku, aku yang kurang sihat dengan suara seksi turun lah ke lobi bawak laptop sementara nak teman membe tgk MLM final and tunggu kunci aku dari si sado. Masa mamat tu nak bagi kunci, tetiba dia duduk satu meja dengan aku. Yang membe aku duduk ke depan sebab tak dengar katanya. Sembang sembang sambil duk gelak tgk MLM mahu tak buat aku tambah fefeling dekat dia? 
Tapi apa kan daya, he's just a crush. Aku rasa dia udah ada makwe wehh. Dah dua kali aku duk nampak dia dating dengan seorang perempuan dekat kedai makan depan hostel. perempuan tu pulak memang lawa kann. Heartbreak kejap. But it's okay. I'm a girl with a big big heart and a big big smile. Maybe dia bukan jodoh aku. ewahh. And now, I am free once again. Let's wait for the real one to come and see my parents. Sementara tu, let's focus on study! Go eva go!
Haritu, kami ada assignment group yang dipanggil mock meeting. Semua student business dgn banking kena buat. So, dah nama pun meeting kan mmg wajib lah berseluar slack, berkot bagai. Memang lebuh beratus jugak duit aku. And group aku buat company yang bernama SOULBEAT PRODUCTIONS. jet jet mcm KRU production gitu. And jawatan yang aku dapat adalah marketing manager. Part paling best yang aku rasa adalah part bila lect cakap meeting kami 'excellent'. I was so glad at that time. Thanks a lot for the teamwork Soulbeat Productions! And now, the next is individual assignment that is job interview. Wish me some luck!
Lastly, aku harap sangat aku dapat habiskan diploma dekat kptm ni dengan jayanya. I want to make my mom and dad be proud of me, insyaAllah. 

ASSALAMUALAIKUM W.B.T
memberi salam itu sunat, menjawab salam itu WAJIB
sincerely,
the future successful malaysian businesswoman, insyaAllah. 
my mom and @liamhoughton are my idol
https://twitter.com/EvaHashim