WHEN YOU NEED ME AND YOU DON'T WANT ME, I WILL STAY BUT WHEN YOU DON'T NEED ME AND YOU WANT ME, THEN I WILL GO

Saturday, April 26, 2014

perangai ganas macam lelaki?


ASSALAMUALAIKUM

cuti sem dua bulan dihabiskan dengan tolong mak cat rumah. lima tahun bertahan dengan warna biru kuning menyala akhirnya atas permintaan aku warna ditukarkan kepada hijau dan krim. tapi not for the whole house. just for the inside. outside masih stick dengan colour coklat sebab tak sanggup nak tukar satu rumah. mahu patah segala tulang aku sebelum sempat aku masuk sem tiga. well, yang mengecat nya pun just aku berdua dengan mak aku.

so, masa tengah duk mengecat tadi tetiba terasa nak update entri blog. dalam otak aku tetiba terasa macam nak tanya semua orang. apa pendapat korang pada perempuan yang ganas? the reason kenapa soalan ni tetiba terbit dekat otak aku adalah sebab aku tergolong dalam kategori perempuan yang ganas. but ganas here bukan bermaksud 'tomboi' . it is just like sometime perangai mcm jantan. like my mom will always said "perangai tu ganas dah macam mak engko. macam jantan dah. mak takpelah dah tua. cubalah lembut sikit" kadang tu bukan aku tak cuba jadi lembut. cuba memang cuba tapi tak bertahan lama lah.

other prove yang aku ni macam jantan is kadang aku boleh buat kerja yang perempuan lain tak boleh nak buat. macam masa aku kerja dulu, aku boleh alihkan mesin jahit yang zaman dulu dulu punya mesin yang berat gila tu sedangkan kawan aku tak boleh. aku boleh angkat kotak kotak berat sedangkan kawan aku tak boleh. and terbaru, bila orang tanya aku buat apa je masa cuti cuti ni and aku jawab aku mengecat, they were like, "kau reti ke mengecat eva?" hello? tengok oranglah.

other than that, kadang aku terasa aku ni ganas sangat bila depan lelaki. aku tengok kalau kawan aku yang lain on the phone dengan pakwe ke kawan ke automatically their voice will be like too smooth kadang tu sampai macam dah takde langsung suara aku dengar. but for me? nahh, I will be like "hah! kau nak apa?" with suara jantan. cakap pasal suara, ni lagi satu benda yang aku follow mak aku. suara aku memang lantang. memang kalau dapat sembang huhahuha tu aku rasa orang yang duduk jauh dari aku pun boleh dengar. kalau nak dengar suara aku perlahan lembut hanya kalau aku dekat library. pfft. 

aku kadang terasa macam segan bila berdepan dengan kawan kawan lelaki aku. aku risau kalau dyeorg akan fikir yang aku teruk kurang ajar tak sopan. sometimes, aku cuba jadi sopan but I still can't. kalau dapat sembang dengan lelaki yang lawak habis, berangan lah aku sampai ke tua nak kahwin tak dapat kahwin. haha. kadang aku suka marah lelaki, aku tak tahu kenapa. like if dyeorg try tu bahan aku nganjing aku, I will suddenly changed into not me. sampai boleh katakan kawan lelaki aku yang dekat kptm tu semua tahu aku ni garang. kalau ada orang sakitkan hati kawan aku lagilah aku tambah garang.

tapi aku takde niat pun nak marah sebenarnya. aku cuma risau. aku risau nak terlalu seronok aku risau kalau di pengakhiran aku sedih aku kena tinggal. aku risau aku kena pijak. aku sayang orang aku percayakan orang lepastu orang tu berpaling tadah dari aku. haa amek kau ayat. haha. but then, segarang garang aku seganas ganas aku aku ni jenis yang lagi suka bawak berbincang. and aku suka bila orang sudi nak ceritakan masalah dyeorg dekat aku. aku bukan suka atas masalah orang. aku suka bila orang cari aku dan cerita dekat aku. aku terasa aku ni penting, aku ni orang yang boleh dipercayai. alhamdulillah.

and to be honest, siapa tak nak merasa disayangi? aku nak. cuma mungkin sebab perangai aku yang macam jantan ni and muka aku yang tak lawa tak hodoh ni tu yang takde orang nak. mana kita tahu kan. bukan aku tak nak couple ada pakwe tetiap malam on the phone cerita itu ini. bukan aku tak nak cuma masih belum sampai masa untuk aku lalui benda benda macam tu. bukan aku tak pernah suka dekat orang. ada je orang yang aku suka, tapi aku dah tanam dekat otak. mustahil untuk orang tu suka aku balik sbb mana mana orang yang aku suka semua anggap aku hanya kawan. dah perangai pun macam jantan, siapa nak buat makwe kan. kita terima jelah. haha. so, kalau aku suka orang aku akan syok sendiri lepastu bila dapat tahu orang tu suka orang lain aku patah hati, takes time aku lupa aku set mind "kawan kawan kawan" then, aku repeat pada orang lain. lifeless kan?

but actually, I just learned from my mom that hidup tak boleh nak terlalu bergantung kepada lelaki. aku dengan mak aku dah terlebih daripada biasa buat kerja kerja yang sepatutnya lelaki buat. kami lah yang mengecat rumah, kami lah yang mesin rumput dengan mesin yang berat tu, kami lah yang buat itu ini. kami dah biasa. disebabkan tu jugaklah aku selalu rasa macam biarlah takde orang suka aku sekarang, biarlah tak couple sekarang. Allah sebaik baik perancang, ada jodoh aku nanti adalah. 

but sometimes, aku tertanya tanya why most of people yang ada masalah dengan cinta, they will find me? dyeorg akan luah perasaan sedih dyeorg dekat aku. sedangkan aku ni nak kata pengalaman couple tu pun dua kali je tu pun macam apa je. bukan ke lagi bagus minta pendapat dekat orang yang dah berpengalaman lagi banyak dari aku? entahlah. wtv it is, if any of you need someone to talk too, I will always be there for you. you can trust me, insyaAllah :)

so, I have decided untuk kekalkan perangai aku ni but still aku akan cuba kawal. biarlah orang nak kata apa. biarlah orang nak pandang macam mana sekalipun asalkan apa yang aku buat masih di atas landasan yang betul. go yeeba yeeba! 

No comments:

Post a Comment

leave your comments