WHEN YOU NEED ME AND YOU DON'T WANT ME, I WILL STAY BUT WHEN YOU DON'T NEED ME AND YOU WANT ME, THEN I WILL GO

Saturday, May 10, 2014

Cita Cita


ASSALAMUALAIKUM

"dah besar nanti nak jadi apa?"

dari kecik soalan tu merupakan soalan wajib yang orang tua tua akan tanya. asyik asyik tanya dah besar nak jadi apa. kekadang tu rasa macam nak aje aku jawab ceni, "lekk lu. gua kecik lagi kasi gua enjoy dulu" haha. kalau zaman tadika dulu, mesti cikgu tadika ada suruh buat karangan pendek apa cecita engkorang, takpun lukis apa yang engkorang nak jadi in future. lepastu masa zaman sekolah rendah, ada satu kad ni kena letak tiga cecita engko. kalau kau tanya orang keliling engko masa zaman sekolah rendah dulu dyeorg letak apa dekat situ, mesti majoriti letak samada doktor, guru, peguam, polis dan yang femes femes lah senang cerita kan.

masa zaman tu, kita semua ingat masa besar kerja yang tu je yang ada. sedangkan, berlambak jenis kerja yang ada dekat dunia ni. dah besar sikit, baru tahu ada engineer, technician, arkitek etc. nak kata aku dulu, yang wajib aku letak, guru. yang lagi dua aku bedal. kenapa guru? sebab mak aku cikgu. time tu minded kekonon lah anak kena ikut mak. so, kalau mak cikgu, kau pun dah besar mesti jadi cikgu. anak mithali lah katakan.
 
tapi, bila dah masuk lingkungan darjah 4-6 , bila aku dapat adik lelaki sorang. aku terus fikir balik betulke aku nak jadi cikgu? sebab masa tu, aku sangat tak reti nak handle budak. (adik aku) tapi lama lama aku dah tak heran. malas nak fikir. masuk sekolah menengah, habis pmr mulalah kaunselor duk cakap pasal kerjaya bagai. buat event kerjaya kejadah semua tu. kau fikir aku minat dengan benda benda tu? aku datang sekadar dengar orang tu bebel lepastu amek mana mana orang yang bagi free gift. well~

tbh, aku ni jenis yang tak suka kelam kabut. antara kawan kawan aku masa dekat sekolah dulu, aku lah yang paling lembab buat keputusan. kawan aku dulu masa percubaan pmr lagi dah fikir form 4 nanti nak ambil kos apa bagai. aku ni, bila orang duk cakap pasal "science stream" "art stream" pun tak tahu apa lagi. even aku tanya sc stream tu mcm mana art stream tu macam mana, aku masih tak paham. lembab.

masa dah habis pmr, kaunselor mulalah ceramah itu ini. baru aku paham. 7 hari 7 malam (ini auta) aku fikir aku nak masuk mana. aku ni bukan jenis yang ada minat pasal benda benda macam ni. kalau bab makanan ye, banyak minat aku. so, choices yang ada dekat sekolah aku cuma pure science, science akaun, perdagangan, dengan seni kalau tak silap aku. aku pun acah acah rajin pi survey sekolah lain dekat internet sebab aku rasa takde satu pun yang aku minat. survey survey, aku jumpa kos kejuruteraan awam dekat sekolah teknik brash. aku ni bukannya jenis yang minat membaca, menghafal fakta fakta ni. aku lebih kepada kira kira sebab bagi aku, kira kira ni final answer dia satu je. takpayah pening pening nak fikir jawapan lain. cuma kadang masalah timbul kalau nak hafal formula yang banyak gilaa.

lagi pulak, aku nak kos dekat brash ni sebab aku nak biasakan diri dengan lelaki. 9 tahun aku sekolah semua perempuan (darjah 1 sampai tingkatan 3) aku risau aku langsung tak boleh nak adapt kalau keluar sekolah nanti. so, aku bagitahu mak aku. malangnya mak aku tak berapa nak berkenan. fullstop. aku pun kembali memikirkan kos kos yang ada dekat rps tu ha. fikir punya fikir, aku decide nak amek perdagangan. aku tahu perd pun ada baca baca hafal hafal tapi yang menguatkan lagi kehendak aku tu sebab ada akaun. aku kan suka kira kira. sedangkan 'kawan baik' aku masa tu masing masing amek pure science. malulah jugak sebenarnya. yelah kalau kau semua kelas hebat hebat, kau kelas biasa. tapi, kesah pulak aku kan. asal aku tak merana di kemudian hari.

sekali masa duduk dekat dewan, HM suruh duduk dalam barisan kelas yang kami semua nak. aku dah duduk. tiba tiba dia tanya,

"siapa dekat sini yang dapat 4A dan ke atas?"

aku dan beberapa orang yang lain pun bodoh bodoh pergi bangun. termasuk lah auni. dia suruh ke depan. aku ingat aku ada buat salah apa apa. suddenly she said "kenapa awak tak nak masuk science stream?" aku pun take turn bebel dekat dia. and you know what, she forced us to enter pure science. okay cara dia tak nampak lah macam paksa, tapi kami tahu itu satu paksaan. she was like "awak boleh punya. result awak pun okay. awak mesti boleh bawak blablabla" ada certain daripada kami dah nangis nangis merayu tak nak. aku? well, gua hati batu beb. aku bagi alasan, dia nak debat jugak. hah lantak situ, aku pun masuk science akaun. orang takde cita cita memang ceni. 

masa nak duduk dekat science akaun, tiba dia suruh masuk pure science. malas nak bertelagah lagi sekali, aku pun masuk. so, that's it. that's how I became one of those pure science student. 2 tahun aku belajar nak tak nak. aku main main dalam kelas, aku tidur dalam kelas bukan sebab nakal or what. tapi sebab aku tak minat. sepanjang dua tahun tu aku cuma minat basic math je. biology? nahh aku selalu tidur dalam kelas. tapi sometime tu cikgu sendiri cakap, aku kadang boleh jawab soalan yang orang lain tak boleh jawab. kadang kadang jelah. maybe sebab soalan tu serap masuk otak aku masa kau tengah tidur kot. mungkin.

aku ingat lagi antara soalan yang aku boleh jawab 

"kenapa kita mesti kunyah makanan dulu dalam mulut?" and the answer is "to increase the total surface area"

soalan lagi satu ni, masa gabung dengan kelas first pure science. siapa sangka kau boleh jawab soalan yang budak pandai tak boleh? so, soalan dia lebih kurang macam ni,

"apa function otot dekat jantung?" and the answer is "supaya dapat pump darah dalam jantung blablabla" 

lebih kurang lah. aku pun main bedal cakap masa tu. bila miss sellam cakap jawapan aku betul, everybody was looking at me. and I was like, seriously? aku baru bangun tidur kot masa tu. hmm. tapi bila dalam exam, aku rasa aku punya kertas paling bersih. nak bagi dekat budak next batch jawab pun boleh.

chemistry? nahh, aku minat part kira kira molecules kejadah tu je. dengan part buat eksperimen. aku main buat ikut procedure tapi sepatah haram pun aku tak paham. markah chemist aku dalam exam selalu cukup cukup makan, 40% part yang aku selalu dapat markah, part kira kira. part mintak aku hafal kejadah smeua tu, kodong. ahh, janji lulus ye dak? hehe. physics? subjek ni mula mula aku tak berkenan sangat. tapi sebabkan cikgu kesayangan aku, teacher julie (cikgu tuition) ajar masuk kepala and senang paham. it is one of my fav subject and will always be. additional mathematics? killer subject. semua exam aku gagal, tapi aku pernah dapat A masa pra-USBF1 masa form 5. yelah yang keluar pun soalan senang. tapi masa betul betul nak dekat exam, aku rasa aku dapat cahaya sikit lepas masuk event 'easy addmath' dekat sekolah STAR. tetiba rasa seronok je buat addmath. tak rasa stress. tapi malangnya dah lambat. dapat cahaya dekat dekat nak exam pulak. but still, alhamdulillah cause I've got C+ for addmath in SPM hehe

masa sebelum spm tu, kaunselor dah bising balik pasal kerjaya lepas sekolah. aku memang tak minat nak amik tahu. cakap pasal kaunselor, aku tak pernah bagitahu dekat sesiapa pun yang aku pernah kena panggil kaunseling sekali. haha. bad me hah. dah habis spm pun aku tak fikir nak amek kos apa sedangkan kawan aku yang lain dah mula fikir nak amek kos itu lah ini lah. aku kerja dekat mydin, aku kerja dekat butik zafea (kedai mak kawan aku) dekat zafea aku kerja dengan kawan aku (zarep). dia lah yang duk sedarkan aku nak amek apa bagai. aku pun search internet kos kos yang ada. suddenly, aku rasa aku banyak buat research pasal arkitek. entahlah aku pun tak dapat nak pastikan tu minat ke cane. tapi aku rasa mcm tertarik dengan kos tu. so, dalam upu aku ada application untuk arkitek. yang lain lain aku tibai. 

matrik aku tak dapat, upu aku tak dapat. result aku sepatutnya dah okay nak dapat kos arkitek tapi nak kuatkan lagi aku perlukan "seni" kira macam bonus lah. tapi aku tak amek. so, aku lupakan angan angan aku tu. mak aku dah gelabah lagi teruk dari aku. mak aku beria tanya aku nak masuk mana, nak amek kos apa. mak aku yang search dekat internet mana mana kolej swasta, tapi semua aku tak nak. aku tak tahu nak pilih. sekali, mak dah fedup. okay. bad me. aku pun search lah. then, I saw KPTM. and mak aku suruh cari kos yang ada kerjasama dengan mana mana U kerajaan. masa tu aku blurr. nak buat apa? apa salahnya aku amek je yang takde kerjasama? sebab aku tengok dalam KPTM yang ada kerjasama tu semua koa yang aku tak berapa nak minat. aku tak paham kenapa. aku kan jenis lambat amik tahu. nak tak nak, aku choose kos business management kerjasama uitm. so, here I am in kptm going to faces the third semester tak lama lagi. 

tbh, aku jealous bila tengok kawan kawan aku yang amek kos arkitek, aku jealous tengok dyeorang yang dah tahu nak amek apa lepasni pe semua. aku still takde cita cita. nak tukar kos masa degree amek arkitek? aku dah search and it is going to be hard. arkitek ni ada peringkat peringkat dia, so nahh. lupakan.

now, result sem 2 pun dah keluar. masa sem 1 haritu, management aku cukup cukup makan je. tapi sem 2? aku failed marketing. kecewa? agaklah. tapi aku dah agak sebab aku tahu macam mana aku jawab masa exam haritu. aku ni jenis yang short-term memory. ada certain benda yang aku ingat kejap je, then lupa. masa malam esoknya nak exam marketing tu, aku paling lambat tidur. sedangkan orang semua dah kenal yang aku ni jenis paling awal tidur. aku tak reti nak berjaga sampai 3-4 pagi. kejap je mesti lentok. tapi tak masa nak exam marketing tu. aku tidur pukul 5 sebab menghafal. sedangkan masa tu aten jas saf nasya semua dah tidur. aku bangun 6 stgh sambung menghafal. aku dah cuba sehabis baik. aku baca doa masa nak buat exam tu. tapi nasib tak menyebelahi aku. apa yang aku baca dan masuk aku lupa. apa yang aku baca dan ingat, tak masuk. kecewa tak kecewa? haihh tetiba rasa nak nangis. 

disebabkan result sem 2 ni, aku masih tertanya tanya lagi,




"aku nak jadi apa sebenarnya?"






No comments:

Post a Comment

leave your comments