WHEN YOU NEED ME AND YOU DON'T WANT ME, I WILL STAY BUT WHEN YOU DON'T NEED ME AND YOU WANT ME, THEN I WILL GO

Sunday, May 4, 2014

MALANG


ASSALAMUALAIKUM 

MALANG or more spesifik sebenarnya aku nak cakap pasal kemalangan. like orang tua tua cakap "malang tak berbau" bukan setakat tak berbau, tak terlihat, tak terdegar, tak tersentuh dan segala lagi panca indra lah kan. tup tup pejam celik pejam celik pomm! "the end" wuishh simpang malaikat 44. bukan doa, hanya menambah effect kasi buat tambah gempak cerita. 

tetengah aku duk feel makan cendawan tadi, tetiba aku teringat tragedi family aku masa aku umur lebih kurang darjah 4-6 dulu. throwback balik ingatan masa tu. waktu tragedi sadis kudis dis dis tu, tetengah malam buta. Ayam dekat kandang pun dah masuk tidur. Al kisah, masa hari tu, dinner makan lauk cendawan masa lemak and others. Fokus pada cendawan. And at that time, aku satu satu nya manusia dalam family tu yang tak makan cendawan tapi entah kenapa malam tu tetiba gua macam dapat hidayah nak cuba makan cendawan tu seketul. 

Bila perut dah kenyang, hati pun banyak senang, katil pun mendayu dayu panggil ajak tidur sama. okay ini tipu. time tu aku dengan adik aku tidur dekat atas toto je dekat ruang tamu. katil dalam bilik masing masing dah kena jajah dek kakak dengan abang aku. so, tengah elok lena mimpi jet jet indah tetiba kakak aku kejut macam sampai gegar gegar badan aku. dalam keadaan mamai aku nampak kakak aku mak aku ayah aku abang aku, sorang sorang masuk keluar toilet. lari kulur kilir. aku yang memang pesen jenis tak suka kena kejut tetiba tapi tak tahu sebab dah mula pasang niat nak sambung tidur. jahanam kan? tapi tetiba adik aku bangun dan muntah. eiyuww! what's going on?! 

lama aku duk perati baru aku sedar family aku memasing kena food poisoning. tapi aku time tu masih budak yang baru bangun tidur dan tersangat lah blurr. what am I supposed to do lah weh? aku nampak ayah aku dah terbaring, abang aku duk "uwek uwek" dalam toilet utama. mak aku "uwek uwek" dekat toilet belakang. and kakak aku "uwek uwek" dekat ruang tamu. whaaattt?! aku yang tak rasa nak muntah pun boleh jadi punca sama muntah tapi control hebat lah kan satu satu nya yang tak muntah. pleasee~

tapi lepas tu, mak aku gagahkan diri angkut kakak aku, aku dengan adik aku pergi hospital naik kereta tetengah pagi tu. nak harapkan ayah aku, ayah aku pun dah separuh nazak dah aku tengok. masa otw nak ke hospital tu nasiblah jalan lengang. pagi buta kan. all the way nak ke hospital tu, dekat 5-6 kali mak aku stop nak muntah. aku yang time tu duduk dekat seat belakang acah acah jaga adik aku cakap dkt adik aku "jangan muntah" sebab aku risau aku tak tahan. bau muntah satu kereta derr. bukan muntah je, bau cirit semua ada. but somehow, we managed jugak sampai betul betul tempat kecemasan depan hospital ipoh tu haa. and as akak mithali aku pun angkut lah adik aku even dia time tu muntah dekat bahu aku. so, what happened to my brah and abah? mak aku suruh ambulance datang amek. the moment deme turun dari ambulance, aku nampak abang aku dah rupa orang tak betul. dia kata dia tambah nak muntah naik ambulance. haha. pity you big brotha. 

so, disebabkan aku je yang konon konon sihat aku takde katil special. terpaksa lah kongsi dengan adik aku. tidur sebelah dia. BUT! suddenly aku rasa nak muntah. bak kata aku tadi, aku hanyalah seorang budak kecil yang baru bangun tidur bodoh bodoh tak tanya mana toilet paling dekat pi keluar dari wad kecemasan tu cari toilet sedangkan dalam wad tu sendiri ada toilet. bengap. sampai toilet aku terus muntah dekat singki. balik katil ingat nak bagitahu mak, tapi masa tu mak aku suruh pujuk adik aku sebab masa tu doktor tengah nak amek darah adik aku ke apa entah yang dia cucuk dekat tangan tu. tapi what a careless doctor. entah macam mana naik meleleh leleh darah adik aku keluar. bukan sikit wehh. berlambak. adik aku dah nangis nangis. jenuh aku pujuk. memang patah niat nak bagitahu mak aku pasal aku muntah. apa kau ingat aku berani nak hadap jarum?

akibatknya, aku muntah for the second time. tapi masa otw nak ke toilet yang jauuuuhhh tu, aku termuntah atas lantai betul betul depan pintu toilet. and I was like "makkk. what am I going to do?" and one more time sebagai budak kecik yang baru bangun tidur dan masih blurr aku pergi kaunter yang ada dekat dekat situ dengan bodohnya pi tanya "akak tumpang tanya ada mop tak?" and that nurse was like "untuk apa?" and I said "erm tadi saya muntah dekat situ. nak cuci" mashaAllah. baiknya aku masa tu. kerja tukang cuci pun aku nak buatkan. ehem. hehe. tapi alhamdulillah lepastu aku tak muntah dah. esok pagi opah datang dengan mak sedara bawak baju tukar untuk family aku. I am proud of my mom. Too proud of her. Aku rasa kalau mak aku tak gagahkan diri malam tu, mahunya aku bangun tidur tengok family aku semua dah bergelimpangan dekat rumah. and maybe, just maybe aku dah jadi anak yatim piatu with no siblings at all sekarang ni. nauzubillah. alhamdulillah cause Allah still gave me the chance. 

tu cerita yang melibatkan aku satu keluarga. selain tu, ada one day masa vacation family pergi pulau pinang kalau tak silap. masa tu hotel tu ada pool. well, aku memang pantang kalau ada pool ni. nikmat berendam dalam air lama lama. hehe. so, that one fine day aku mandi dengan adik aku berdua. adik aku dekat kawasan cetek for child and aku mandi dekat kawasan adult. well, Imma good swimmer. okay ini riak. I am just kidding. hehe. dah dekat tgh hari macam tu dah ada dua tiga orang mandi sama tapi orang dewasa. kawasan budak dengan dewasa dibahagikan dengan pagar pendek. aku yang tengah hadap tempat lain masa tu, pusing belakang nampak adik aku dah terkapai kapai dekat kolam renang dewasa. sakit jantung aku. aku terus berenang towards him. but! aku pandai berenang je aku belum belajar sampai tahap nak selamatkan orang lagi masa tu. tapi, I force myself to angkat adik aku sambil aku pun naik tenggelam timbul sama. nasib port adik aku drowned tu dekat lah jugak dengan tebing kolam. alhamdulillah, adik aku masih hidup sampai sekarang and so do I. 

two years back, mak aku kena samun. masa tu mak sorang sorang baru keluar duit dari bank nak bayar duit laptop abang aku. about 2-3k I guess. So, maybe penyamun tu ikut mak aku dari bank sampai dekat Yik Fong. masa mak aku nak keluar kereta, ada dua orang datang dekat kereta mak and one of them duduk dekat sebelah seat pemandu and keluarkan pisau. and one more diri sebelah pintu mak and pretending like he was on call with someone. And what do you think my mom would do at that time? so, cerita dia lebuhlah 2-3k. but alhamdulillah, my mom is still here with me right now. akibat dari kes tu, mak be like shaking all over bila lalu situ. so, ini jugak sebagai peringatan to all of us. beware gaiss. dunia sekarang dah tak aman. and for me, everytime aku pergi bank aku akan cepat cepat masuk kereta kunci pintu baru fikir nak kira cukup duit ke tak. and masa nak gerak aku akan usha if ada orang ikut aku ke tak. well, keselamatan harus diutamakan. 

dulu masa sekolah rendah, pernah sekali tu abah amek aku naik van atuk. masuk dalam van, nampak adik aku bleeding teruk. sebabnya time tu abah nak pusing roundbout yang dekat area sekolah tu and suddenly adik aku yang tengah tidur tersentuh tempat bukak pintu tu. bergolek atas jalan lah cerita dia. alhamdulillah time tu kereta tak laju. and alhamdulillah jugak adik aku terus terbangun and kenal mana satu van atuk aku terus pergi dekat van sambil nangis. syukur ya Allah, syukur. baru baru ni, aku hampir accident dekat bangi. masa tu baru balik jogging dekat taman tasik cempaka with jas, aten, farid and irfan. memang terseret habis tayar kereta aku. but at that moment, aku dah tak fikir nyawa aku. aku dah fikir nyawa anak anak orang yang aku bawak dalam kereta tu haa. aku takut sangat mak pak aku yang kena if anything happened to them. 

sebenarnya, there's a lot more stories. tapi kalau semua nak cerita dekat sini memang sampai naik juling mata orang nak membaca sebab duk taip panjang sangat. pengajaran for this entri are always bersyukur and berhati hati. sentiasa berwaspada dengan apa yang kita buat. bila bila masa je kita boleh mati. even now. If Allah say "kunfayakun", then nothing can stop Him, nothing. but everything happened for a reason. even how hard the situation could be. remember, sesungguhnya Allah s.w.t adalah sebaik baik perancang. :)





2 comments:

  1. effect cendawan tu ade lagi kot sampai sekarang, tu sendu hahaha

    ReplyDelete

leave your comments