WHEN YOU NEED ME AND YOU DON'T WANT ME, I WILL STAY BUT WHEN YOU DON'T NEED ME AND YOU WANT ME, THEN I WILL GO

Thursday, July 17, 2014

MG300 FIRST ASSIGNMENT

 
ASSALAMUALAIKUM
 
Information Technology Assignment.

Update harini adalah tugasan yang aku dapat untuk subjek yang tertera di atas. Kami dikehendaki create satu blog dan hasilkan satu post tentang apa apa sahaja. Sikit kelebihan kepada aku sebab aku dah ada blog. yeayy me! Our lecturer ask us to create a new post about anything. So, let's do this!

Past few days, aku dengan beberapa housemate aku enjoy our day a lot. Sebelum ni kami student Uitm dengan student Kptm selalu asing asing. Kalau kami buka puasa dekat rumah, dyeorg buka dekat luar. Bila kami buka dekat luar, dyeorg buka dekat rumah. But not for that one fine day. Kami tiba tiba rasa nak memasak ramai ramai. Student Kptm which are Sheera, Ira, Natrah and Sarah decided nak masak ayam masak gulai. While aku, Aten, Jas, Chaa, dengan Nasya decided nak masak daging masak blackpaper. And for the extra, kami cadang nak buat roti jala. Masak punya masak, gulai Sarah dah rupa kari manis. Daging blackpaper Aten pulak liat. Roti jala kami pulak takde rupa roti jalan. Dah macam lempeng pun ada. Hebat betul bila perempuan perempuan memasak ye dak?

Lepas dah berbuka, kami rancang nak celebrate birthday Natrah yang dah lepas beberapa hari. Masa buka tu Natrah belum balik lagi. So, rancang punya rancang Natrah pun balik. Dah rupa ada pakatan besar je dalam rumah tu masing masing duk berbisik bisik nak buat apa. Lepastu kami decide nak pi sambut dekat putrajaya. Kami beli kek blueberry cheese. Aku dengan budak budak aku gerak dulu. Kami tunggu tepi tasik. Tapi, baru perasan kami tak bawak lighter . Dengan muka tembok kami pun pergi mintak pinjam lighter dekat pakcik guard are situ.

Mula rancang konon nak letak kek dekat tengah tengah alam and kami menyorok. Acah acah surprise dari pakwe pakwe gitu. Masa nak nyala kan lilin baru perasan tak bawak lighter. Nasya terpaksa buat muka tembok minta pinjam dekat pakcik guard yg ada area situ masa tu. Dekat lima enam kali jugak lah aku duk nyala kan padam kan lilin kek tu plus kelam kabut menyorok celah celah tempat yg ada boleh buat stok tak menampakkan diri sebab ingat kan dak dak kptm dah sampai. Agak agak kali ke enam nyala kan lilin baru betul sampai. Kami pun menyumbangkan lah suara lunak kami ke sepelosok putrajaya tu bersaksi kan langit dan tasik putrajaya.

Tiba terniat dalam hati nak main krim kek dekat muka natrah. So, lepas tu mula lah perang krim. Masing masing berlari bekejar macam orang gila sedangkan masa tu orang tengah solat terawih. Apa jenis anak dara lah kan. Dah syok syok calit sana calit sini, tempek krim dekat satu muka penuh si natrah, kami pun gerak. Niat ingat nak balik terus sebab krim kek dah sampai ke tudung tudung naik selebet semua anak dara. Tapi disebabkan nak penuhkan permintaan Nasya nak main roller blade yg tertangguh dekat sebulan kami pun main lah. Aku cah jas dengan sheera terkecuali sebab kami dah tahu macam mana perit nya main roller blade tu sebagai seorang beginner yang kurang berjaya.

Mula pakai kasut roller blade tu si nasya. Baru berdiri dia dah berdebuk dulu. Lepastu Sarah Ira Natrah Aten dah pakai, sorang sorang berdebuk. Nak terputus urat perut aku duk gelak kan orang. Bila diri sendiri main baru tahu sakit tak sakit bila jatuh. Kemain seronok main tapi tak pandai pandai. Orang lain menggelongsor kemain laju. Kami kami dah rupa itik baru belajar berjalan. Terkedek kedek.

Bila dah habis main dgn jaya nya atas bantuan abang abang acah pro dekat situ, kami decide nak balik. Orang yang sewa roller blade tu pun dah nak packed segala benda sebab hari dah macam nak hujan. Angin kemain kuat lagi. Rasa macam semua benda nak terbang terbang. Masa dah nak balik tu tiba nampak ada seorang abang ni main layang layang. Dia main bukan macam layang layang biasa tapi dah rupa macam layang layang yang ada kuasa enjin kereta ferrari. Okay ini over. Ha ha ha. Tapi serious lah sebab masa tu angin tengah tiup kencang gila. Memang impressed. Kalau lah dapat main jugak.

Balik dari putrajaya kami singgah Barra Seksyen 15 Bangi. Sambil makan minum sambil duk ingat balik kes masing masing jatuh berdebuk, kes muka kena sapu krim kek, kes abang roller blade bagi number dekat ira. EH?

That was the most precious moments for me semenjak aku masuk semester tiga sampai lah ke hari ni. Even tak complete 11 orang homey ada, but it was fun enough. Bukan niat nak pinggirkan or whatsoever. Just sendiri boleh fikir lah kalau dah diri sendiri yg menyediri takkan nak dipujuk rayu, nak dimanja manja, nak dipaksa paksa?

Tak kuasa.






No comments:

Post a Comment

leave your comments