WHEN YOU NEED ME AND YOU DON'T WANT ME, I WILL STAY BUT WHEN YOU DON'T NEED ME AND YOU WANT ME, THEN I WILL GO

Saturday, July 5, 2014

Semester tiga

 
 
ASSALAMUALAIKUM
 
Seksyen 11.3.18, Semester 3, Kolej Poly-Tech Mara, Bangi

New semester, new azam, new semangat lah kononnya kan. Tiap kali teringat result sem 2, semangat nak belajar tu berkobar kobar gila. Rasa macam kalau boleh nak kejar Empat Rata terus.

Bila dah masuk daftar semester tiga, bila dah masuk rumah sewa, bila dah takde rules hostel kena balik sebelum pukul sebelas, segala semangat acah acah berkobar kobar nak kejar Empat Rata tu pun mula hilang sikit sikit. Dugaan assignment yang mula bertambah, dugaan ambil sampai lapan subjek satu sem, dugaan kelas hari hari isnin sampai jumaat pukul lapan, dugaan nak hadap jammed tetiap pagi, dugaan puasa tengah tengah cuaca terik dekat bangi tak pernah nak hujan. Tambah lagi dengan iman pun nyawa nyawa ikan. hmm.

Disebabkan nak elak dugaan pancaroba yang mengahasut even setan dah kena kurung masa bulan uasa ni kan, aku tempek gambar mak pak aku dekat dinding. Jet jet pemberi semangat bagi jiwa kental lah kan. But alhamdulillah, it's works a little bit on me. Bangun tidur, hadap gambar mak pak. Nak mandi, hadap muka mak pak. Nak berjimba, hadap muka mak pak. Terus rasa insaf time time tu jugak. Hebat tak penangan dia? Haha

So, semester ni aku decide untuk ambil semua subjek termasuk subjek yang aku kena repeat, marketing. Disebabkan subjek marketing ni subjek repeat, bermaksud aku kena masuk kelas dak dak semester dua. Even sama baya dengan aku, dia punya awkward tu rasa macam ada berpuluh puluh ekor menatang cengkerik buat bunyi "krik krik" dalam kelas tu. Manusia manusia yang aku kenal dalam kelas tu pun just sorang classmate aku, nisa dengan amirul hafiz, arep faisal, adlan aziz, apit. tu jelah pun. Tapi nak buat jadi membe huhahuha tu belum sampai seru lagi.

Kelas asal aku untuk semester tiga ni pulak still maintain macam sem lepas. semua stock stock muka sama. Baru niat di hati kot dapat classmate baru muka muka kacak ke kan, boleh buat semangat nak datang kelas. Takde asyik ponteng je kerja. Kot pulak dapat buat kerja group assignment sesama kan, pergh lagi tambah semangat nak buat. Okay ini over. Tett

Sem tiga ni jugak, I've met once again with my no-blood-related-brother after almost four years kami tak bersua muka. The one yang aku pernah cerita aku kenal masa naik satu bas sekolah cina dulu dulu tu. Aku jumpa dengan dia pun sebab dia continue study dekat MFI Bangi tu haa. Jiran sejati KPTM Bangi. Bangga lah jugak kan jet jet ada kenalan bakal engineer ni. Ha Ha Ha
Lepas dah dekat seminggu lebih puasa, baru minggu ni aku dapat balik bukak puasa dekat rumah. Puasa dekat bangi hari hari sahur samada maggi, tak maggi makan roti dengan jam, tak roti makan cornflake dengan susu. Buka pulak makan makanan beli dekat bazaar takpun masak nasi pastu lauk masing masing. Tu pun kalau boleh lauk tu nak cari yang paling murah antara yang termurah. Nak beli kuih pulak kena dua tiga empat lima enam kali fikir dulu nak beli ke tidak. Balik Ipoh ni barulah dapat merasa nak makan ayam bakar lah ikan bakar lah tempoyak lah sayur yang sedap sedap lah. Air pun dapat lah minum air buah takpun air blend dari duduk bangi hari hari hadap air kosong sejuk dalam peti ais. Sadis but still, alhamdulillah.

Okay. That's it. Enough typing. Lt's get back to assignment. Oh ya cakap pasal assignment. Nanti aku ada kena buat satu assignment yang memerlukan aku buat blog untuk subjek IT. Aku terfikir nak buat blog baru just untuk subjek tu ke continue dengan blog aku yang ni? hmmm.







No comments:

Post a Comment

leave your comments