WHEN YOU NEED ME AND YOU DON'T WANT ME, I WILL STAY BUT WHEN YOU DON'T NEED ME AND YOU WANT ME, THEN I WILL GO

Friday, November 14, 2014

KUCING

Kucing. Binatang berbulu, berkaki empat yang sangat comel. Kalau cakap pasal kucing, family aku dah tak terkira dah berapa banyak kucing yang kami pernah bela. Nama pun dah tak berapa nak ingat. Ada yang bertuah sangat sampai beranak ke anak cucu cicit. Ada yang kurang bertuah hilang tak tahu ke mana takpun mati atas sebab sebab yang tak dapat dielakkan. Tapi, antara banyak banyak kucing yang kami bela ada beberapa yang tetap di hati. Ewahh

BUSY
 Jantina, jantan. Dulu masa mak rajin decorate laman luar rumah, mak selalu pergi kedai tanaman beli pokok bagai. So one day ni, lori hantar pokok mai rumah. Tengah duk punggah pokok pokok tu tetiba jumpa si kucing ni atas lori. Kami pun bela. Kenapa nama 'busy'? Sebab masa kami tengah tanam pokok, susun batu semua si kucing ni mesti duk menyibuk celah pokok pokok, menyibuk main batu batu yang dah bersusun. Memang kaki sibuk betullah. Mak pun tempek nama busy dekat dia. Si busy ni kalau kata dia main jauh jauh, senang je nak panggil. Kau amik batu kecik kecik dekat luar rumah tu kau main main dengan batu tu. Tak sampai 10 saat muncul lah dia. Part seronok lagi bela si busy ni, dia pandai main aci nyorok. Serious, tak tipu. Cara main dia, kau cua menyorok celah celah pokok. Dia akan cari kau, bila dah jumpa dia melompat lepastu terus lari. Maksudnya macam "dah jumpa! okay aku pulak nyorok" haha. lepastu, aku pulak akan acah acah cari celah pokok. Bila jumpa dia, busy lompat lepastu dia duduk diam. Diam tunggu lama sikit, bagi masa aku nak menyorok. Baru dia cari. Hebat kan?

TOMPOK
Jantina, betina. Kucing aku yang ni lembut je. Jalan lembut, mintak makan lembut. Jenis baik gila. Melawan pun tak pandai. Kalau ada kucing liar kacau, confirm tompok kalah. Lembut sangat. Part seronok bela tompok ni, dia pandai sembang. Dia macam tahu tahu je kalau aku ke family aku bercakap dengan dia. Pernah sekali tu aku sembang dengan dia mesti balas setiap aku cakap. Mak aku tanya makan sedap ke tak, dia mesti balas panjang lebar lepas makan sambil jilat bulu. Tapi lembut lembut tompok, kucing ni pakar tangkap burung tanpa meninggalkan setitik pun darah. Setiap kali dia tangkap burung, mesti yang tinggal cuma bulu burung. Bulu tu tersusun cantik pulak tu. Elok je dalam bentuk bulat.

ETOT
Jantina, jantan. Nama etot sebab dulu masa dia kecik badan dia ketot. Bulu dia unik sikit. Warna kelabu coklat coklat. Buruk je rupa kalau tengok banyak kali. Haha. Kucing yang ni abah jumpa, abah bawak balik. Pernah sekali tu etot hilang. Lama jugaklah. Rasanya dalam 6 bulan macam tu kot. Sungguh sungguh aku dengan adik aku cari satu taman. Sayang punya pasal. Tapi makin lama ingat memang takkan jumpa da. Tetiba ada seorang makcik (jiran) ni datang tanya ada hilang kucing tak. And guess what? Etot is back! But, etot was not ketot anymore. Bila dapat balik etot dah besar gila. Betul punya jaga makcik tu. Etot ni jenis kucing yang pendiam. Tak keluar suara langsung melainkan time minta makan. Time tu jelah kau dapat dengar suara dia. Masa lain, haram dia nak keluarkan suara dia. Bagusnya etot ni, dia tahu nama dia. Katakan lah dia main tengah padang malam malam, kau jerit je "ETOT" dari dalam rumah, balik lah dia. Tapi ada masa dia buat bodoh jugak.




Sunday, November 2, 2014

CICAK

Cicak Tembok

Lepas aku solat isyak tadi, aku pi dapur dengan niat baik nak tolong mak aku buatkan kek coklat cheese. Mak buat sebab nak bagi dekat kawan mak yang dah tolong mak and extra untuk aku (sebab mak aku tahu aku suka) hehe

So, kek coklat dah siap. Aku tolong mak buatkan topping cheese. Pelik. Kenapa susu mengalir keluar dari blender? Tak pernah pun jadi macam tu. Mak aku yang selalu nya positive thinking pun cakap "maybe getah salah letak tu. senget ke" okay, aku continue blend.

Dah habis blend, aku tuang topping cheese atas kek coklat. Dah habis tuang, ada extra sikit sikit tu aku kaut aku makan. Sedap! Serious tak tipu. 

Lepastu aku bukak blender tu. And aku nampak something yang pelik antara getah blender dengan besi blender tu. Dengan beraninya, aku pi kaut guna jari aku. And guess what? CICAK TEMBOK OII! 

Menatang tu dah mati tapi siapa tak geli telan makanan ada binatang lembik tu? Perasaan masa tu rasa nak muntah semua makanan yang ada dalam perut. Aku terus geledah peti ais cari makanan yang boleh kasi hilang geli. Malangnya, sampai la ni aku rasa nak muntah.
 
Kesian mak. Habis bazir kek yang mak buat. Nak tak nak kena lah buang. Siapa je lalu makan bila dah tahu ada cicak dalam tu? Maybe sebab mak tak perasan masa pasang blender tu. Yelah mak dah tua. Mata dah tak hebat macam dulu dulu.
 
Kepada cicak tembok, rest in peace. Maafkan kami. Hehe.