WHEN YOU NEED ME AND YOU DON'T WANT ME, I WILL STAY BUT WHEN YOU DON'T NEED ME AND YOU WANT ME, THEN I WILL GO

Sunday, November 2, 2014

CICAK

Cicak Tembok

Lepas aku solat isyak tadi, aku pi dapur dengan niat baik nak tolong mak aku buatkan kek coklat cheese. Mak buat sebab nak bagi dekat kawan mak yang dah tolong mak and extra untuk aku (sebab mak aku tahu aku suka) hehe

So, kek coklat dah siap. Aku tolong mak buatkan topping cheese. Pelik. Kenapa susu mengalir keluar dari blender? Tak pernah pun jadi macam tu. Mak aku yang selalu nya positive thinking pun cakap "maybe getah salah letak tu. senget ke" okay, aku continue blend.

Dah habis blend, aku tuang topping cheese atas kek coklat. Dah habis tuang, ada extra sikit sikit tu aku kaut aku makan. Sedap! Serious tak tipu. 

Lepastu aku bukak blender tu. And aku nampak something yang pelik antara getah blender dengan besi blender tu. Dengan beraninya, aku pi kaut guna jari aku. And guess what? CICAK TEMBOK OII! 

Menatang tu dah mati tapi siapa tak geli telan makanan ada binatang lembik tu? Perasaan masa tu rasa nak muntah semua makanan yang ada dalam perut. Aku terus geledah peti ais cari makanan yang boleh kasi hilang geli. Malangnya, sampai la ni aku rasa nak muntah.
 
Kesian mak. Habis bazir kek yang mak buat. Nak tak nak kena lah buang. Siapa je lalu makan bila dah tahu ada cicak dalam tu? Maybe sebab mak tak perasan masa pasang blender tu. Yelah mak dah tua. Mata dah tak hebat macam dulu dulu.
 
Kepada cicak tembok, rest in peace. Maafkan kami. Hehe.

No comments:

Post a Comment

leave your comments