WHEN YOU NEED ME AND YOU DON'T WANT ME, I WILL STAY BUT WHEN YOU DON'T NEED ME AND YOU WANT ME, THEN I WILL GO

Monday, October 26, 2015

My 2015


Since it has been so long since the last time I wrote in here, I guess today post will be longer than usual. The last time I wrote was about the last semester in Diploma of Business Management in KPTM Bangi. Can I past it or not? And here I am still wondering the same things since I have finished my semester five final exam and starts to wonder "am I going to failed in any subject?" I hope not. Cause struggling another half year for only one or two subject are damn bored. Hoping for the best for my final year results. Amin.

Memandangkan sem lima dah habis (even belum konfem betul habis), maka berakhirlah sudah routine untuk pergi kelas setiap weekdays. And it means of being apart with my beloved classmates, section 18. 

Ingat lagi masa mula mula masuk KPTM dulu, the first person I get along with meastilah si Jasmina sebab dia kawan dari zaman sekolah pulak. Second is Safura. I saw her the first time masa tengah mendaftar. Dia selalu one step ahead of me. Pergi kaunter sana, safura dkt depan. Pergi kaunter sini, safura lagi. And besides her, ada abang dia yang mana masa mula mula aku ingat boyfriend dia. lol. Bila dapat bilik, masuk bilik nampak Safura lagi. Safura everywhere. haha. Roomate lagi sorang Heeda. Satu semester duk makan tidur sama sama sampai one day to ada conflict, but alhamdulillah it ends well. Masa sem satu, kelas asal aku section 19. Masuk sem dua, rombak kelas majoriti section 19 pindah section 18. Another few of them pecah pecah lain kelas. Still don't know how KPTM tentukan kelas.

Masuk semester dua tukar roomate from Heeda to Atin. And of course Safura masih setia bersama. Masa mula mula tukar section 18, suasana dia macam racist sikit. Well, classmate lain kan. Section 18 yg asal sekumpul, section 18 baru sekumpul kind of vibe. And to be honest, I'm pretty sure section 18 asal kinda hate us since kami macam konker kelas tu memandakang bilangan kami yang lagi ramai dari deme. But everything starts to get a lot friendlier bila dah lama sikit bersama. We tried our best to make all felt "include" and no ones felt "exclude"

Alhamdulillah after years of friendship, It's kinda hard to say goodbye since the end of Diploma years is here. For me, being part of section 18 was so much blessed. Aku mengaku aku pernah terfikir nak tukar kelas whenever ada conflict happened. "tukar kelas, tukar classmate, buat hal sendiri sendiri" kind of thought. But then, aku bersyukur sifat pemalas untuk pi mohon tukar kelas aku kuat. After changing one or two classes sebabkan repeat subject, I realize being in section 18 were much more better and happier than being alone in another classes. Well, mana ada benda yang perfect dalam dunia ni. Biasalah conflict sana sikit sini sikit. You may hate it but that's the reality my friend. It's okay to have conflict once or twice. The important part is how you handled it.

Thanks guys for all the memories that we've shared together during all this years. Eventho aku memang terkenal dengan sifat pelupa kuasa maksimum, insyaAllah I'll try my best untuk ingat semua yang kita bina bersama. I surely wont forget moment kita masa pergi Cameron Highland, masa buat senamrobik dekat padang kolej yang berdebu, masa buat explorace dekat Taman Botani, Putrajaya, masa pergi kilang Beryls, masa kena pulun buat presentation ENT, masa kita plan main badminton ramai ramai, masa pergi BBQ dekat PD, masa graduation night. Ahh so much good memories.

How can I forget Nor Noni Alia yang sentiasa dapat seat VVIP dalam kelas? 
How can I forget our beloved class rep Aman and his beautiful girlfriend, Heeda?
How can I forget Eiqa Najwa Fiza and Nisa who will always stcik together everytime there's group assignment?
How can I forget Nana Nisa Syera Jeaa yang everytime minta cancel kelas? 
How can I forget Jasmina Aten Nasya yang hari hari aku hadap dekat rumah, dalam kelas, bila hangout?
How can I forget Nayli Syu Mas when everytime I saw a futsal court, all that I can think about is them?
How can I forget Atiqah who will always have a fight with me?
How can I forget Tyra Bella Ecah Arynn Mira Epa when they were the one who cheers me up?
How can I forget Shafiq Umar Hafiz yang sentiasa berkepit bertiga?
How can I forget Ameeruddin yang ada ramai bini?
How can I forget Acap yang ada ciri ciri "Bae Material" bak kata syera?
How can I forget Mus yang sentiasa try hard nak buat lawak tapi tak jadi?
How can I forget Keyo yang bagi amazing first impression when he speaks fluently in English class?
How can I forget Farhan yang mengaku first time keluar berdua dengan perempuan when all I did is only paksa him teman beli cool blog je pun?













But then, dalam suka ada duka. Although sometimes we fight a lot, InsyaAllah I'll forgive and forget. Tapi there's one thing yang surely aku takkan lupa. This happened time dah nak final sem lima. Which means penghujung diploma. That night aku pergi rumah heeda untuk siapkan assignment yang due date nya in another few days. And as usual aku akan balik rumah sewa sebab esoknya ada kelas ENT pukul 8. Masa tu dalam pukul 12-1 pagi. Semuanya kebetulan. Makcik pakcik jiran sebelah yang selalu ada meeting bisnes datuk datuk sampai pukul 1 tetiba malam tu takde meeting. Jalan depan rumah yang normally ada orang lalu lalang lagi malam tu, lengang. Kawasan rumah aku tu ada flat UKM berdekatan so kalau nampak budak muda naik motor tu kira normal sebab ingatkan student. So that night I saw ada empat orang lelaki naik motor pusing pusing. Well like I said, ingatkan student. So aku tak suspek lebih lebih. Aku cuma tunggu motor tu blah. At that time, I'm all alone. Housemate aku semua dalam rumah. Bila masuk dalam pagar rumah aku dengar dari jauh bunyi motor and suddenly motor tu berhenti depan pagar rumah. This one guy tendang pagar rumah sambil acah parang and followed by another guy. Lagi dua ketul duk atas motor. They take my bag (laptop, purse, powerbank, phone yang aku baru beli sebulan yang lepas) Then they grabbed my tudung sampai terbukak lepastu grabbed rambut pulak. Aku tak nampak muka sorang pun dari dyeorg sebab masa tudung tercabut tu spect aku jatuh sama, I'm crying and plus this one guy keep pushing my head downward maybe risau aku cam muka kot. So dyeorg amek gelang and rantai tali 10 ringgit aku sambil acu parang depan muka. I scream out loud once but nvr had the courage to scream again sebab they get mad at me. After that, masa dyeorg macam dah nak blah dyeorg perasan I wore gelang emas and a watch on my left. (aku pakai lengan panjang malam tu) And I can hear a voice "Weh gelang tu! Amek amek" yeah, pretty much like a malay. Then satu lelaki ni patah balik ambil those two things that I love the most. Dia boleh tanya lagi "ada benda lain lagi tak?!" Demmit man! Kau dah ambil semua lah siaa. And then they're gone. And then para housemate pun keluar and tarik aku masuk dalam rumah sebab takut they might come back again. Few minutes later kami dengar bunyi suara orang luar rumah jerit "kenapa ni? siapa jerit minta tolong? apa jadi?" tapi bila bukak pintu what we saw is a group of young man on their bike. And surely that scared us. Kami ingat kot geng deme ke apa ke. So we closed the door. Tapi bila usah lagi sekali and nampak ada dua tiga makcik they baru yakin nak keluar. Aku agak kecewa dengan polis bangi. We called, but none of them come. Kami sendiri gerak pi balai. Bila sampai balai all the police boleh duk depan tv hadap bola? Like seriously bruh? Lepastu kami sambung buat report dekat Balai Kajang and it took us hours sampai dekat pukul 5-6 baru siap. Kecewa lagi bila makcik pakcik sebelah depan tak keluar pun. Husnudzon, maybe tidur mati agaknya. Pernat kan. After that, aku jadi lebih aware of surrounding. Tiap kali pergi mana mana mesti jadi mcm paranoid kejap tengok kiri kanan depan belakang. I share this story so that readers can take it sebagai pengajaran. Ingat, perempuan nampak tough macam mana sekalipun, perempuan tetap perempuan. Lelaki tetap akan pandang perempuan ni sebagai target yang mudah. Beware. Aku dah kena, and it hurts. But alhamdulillah I'm safe. Syukur dia setakat grabbed rambut amek barang and not tetak badan and so on. Terima kasih Ya Allah. Moga kau beri perlindungan buat aku, keluargaku, sahabat sahabatku, serta saudara seagamaku. Amin ya Rabb



Saturday, June 20, 2015

Will it be the last?

Semester lima. Semester pecah kepala. Semester akhir for intake julai 2013, Kolej Poly Tech Mara usahasama bersama UITM, Diploma in Business Study. Supposedly jumlah subjek untuk semester ni cuma enam subjek. Malangnya bagi aku, I have to take seven subject since I failed one subject last semester. It's going to be a tough semester for all of us since the subject getting harder and harder. For ppl like me who is more into calculations might think that we are not gonna make it this year cause mostly subjek semester ni full of fact and reading stuff. Can you imagine even the only calculation subject this semester, got facts in it that we all must read and memorize? Okay I'm dead.

Sigh. Aku harap sangat aku boleh lepas semester ni with no failure and high CGPA. Aminn.

Baru baru ni, dua orang kawan baik  aku baru kehilangan ibu. Pergi dijemput Illahi. Moga roh kedua dua arwah ditempatkan dikalalangan orang orang yang beriman hendaknya. Mohon sedekah Al-Fatihah buat kedua dua arwah. Dan sebagai peringatan, aku sarankan kepada mana mana yang demam dah hampir seminggu, pergi klinik atau hospital untuk buat check up dengan lebih terinci walaupun dan pergi klinik sebelum tu. Sebab demam sekarang tak boleh buat main. Sekarang dah banyak demam virus. Dan ada juga yang hingga boleh menyebabkan kematian. Semoga kita semua sihat dan dibawah lindungan Allah. Dan kepada yang sedang diberi ujian oleh Allah, aku doakan agar diberi kekuatan. Aminn.

Dan yang terakhir, selamat berpuasa. Moga amalan kita tahun ni lebih baik dari tahun tahun yang sebelumnya.  

Saturday, February 7, 2015

Kejutan

25 haribulan, jam 2:30 petang 

Masa aku terlelap dalam bilik sheera, tetiba jasmina jerit panggil nama aku cakap ada orang dekat luar. Mula tu bengang lah jugak. Macam takde orang lain je nak panggil. Tapi bila aku pi dekat pintu, tengok Syukri terpacak depan pintu pagar. Mahu tak terkejut aku. Yelah tengah mamai kan, ingatkan mimpi ke apa ke. Mula tu rasa pelik gila macam mana dia tahu rumah sewa aku dekat mana, sebab aku tak pernah lagi bagi alamat dekat dia. Lepastu aku teringat beberapa minit yang lepas safura ada minta alamat aku, tapi tak bagitahu reason kenapa dia minta. Dan jasmina pun bagitahu yang syukri ada dm dia, tanya alamat. 

Lepastu kabut bersiap, Lepastu bila tanya nak lepak mana, Syukri demand nak makan dekat kedai beraircond. Maklumlah kepanasan belaka. Dah sampai bangi gateaway, aku baru teringat takde kedai makan aircond. Ada pun kedai mahal. Tanya syukri lagi sekali, dia suggest KFC. And fyi, KFC dekat bangi takde yang macam KFC dekat Ipoh, besar. Aku pun bawak pergi KFC PKNS Bangi. Disebabkan hari ahad, kemain sesak lagi PKNS tu. So, plan pi tempat lain. Fikir punya fikir, aku decide nak pi IOI Mall Putrajaya.

Sampai tempat parking, otw nak naik lif, aku perasaan Syukri pegang something. Yeayy dapat cake Secret Recipe! IOI pun ramai orang. Nasib dekat meja hujung hujung KFC ada kosong. Takdelah malu sangat nak bukak kek depan orang. Duduk depan membe dia pun aku dah segan gila. Inikan pulak duk tempat ramai orang. More surprise, dia belanja kami KFC Bucket yang lima belas ketul. Kami masa tu ada tujuh orang (Syukri, Aku, Jas, Faiz, Redza, Asyraf, and Ayip) Boleh tahan penat lah jugak mengekek banyak sangat masa meratah ayam tu. 

Dah habis makan, kami berpecah. Jasmina jalan dengan Sheera and Sarah yang baru datang. Redza, Ayip, Asyraf, Faiz jalan sekali. Aku berdua dengan mangkuk ajet sweet buat surprise tu. haha. Masa jalan jalan pusing satu IOI tu aku duk perati je syukri pegang plastik kecik warna putih. Mula tu macam rimas lah jugak, macam tak reti nak simpan dalam beg ke? Masa nak balik tu, dia hulur dekat aku. Bukak bukak tengok ada jam tangan. Boleh tahan cantik lah jugak, simple. Not to girly haha.

30 haribulan, dalam lingkungan jam 9 malam

Haritu aku ingat nak pi rumah pak sedara aku dekat putrajaya hantar kek sarawak yang mak aku kirim. Masa tengah siap tetiba ecah ajak pi karaoke. Tbh, aku memang dah niat tak nak ikut sebenarnya. Well, pi rumah pak sedara aku belum tentu balik pukul berapa lagi. Kot ajak makan ke apa ke. Plus esok nya ada quiz OB tak silap aku. Belajar idok lagi. Bila aku cakap aku tak follow, budak rumah aku be like "ala tak best lah tak pi ramai ramai" sedangkan aku baca dalam group dekat 10 orang nak join. takde masalah rasanya kalau aku tak join. 

Aku balik dari rumah pak sedara aku agak awal lah jugak. And aku decide untuk join dyeorg. Aku balik, ambik budak budak semua and terus gerak pi karaoke alamanda. Disebabkan geng tyrara, bella dan sampai dulu, aku speed sebab kteorg pun dah boleh dikatakan lambat lah jugak. Sampai dekat bilik karaoke, nampak tikah terpacak depan pintu bilik. Seriously, I expect nothing from them. And there they were, singing a birthday song for me while holding a slice of cake.

Throwback a few days back, started from my birthday. Aku agak terasa lah jugak sebab none of them wishes my birthday face to face. They all wish dalam group whatsapp. Tyrara, Epa, Arynn buat muka bodoh je masa jumpa aku masa dekat kolej. Sumpah pedih. Lagi pedih bila budak rumah tak wish langsung Dyeorg senyap tak cakap apa apa pun. Bella sorang je yang wish gila babeng masa terserempak dekat kolej. Sedih dia menusuk lah jugak. Sehari lepas birthday aku tu, aku expect nothing will ever come out from their mouth. Masa tu fikir, "kalau dapat wish je pun dah cukup sangat dah" serious desperate gila rasanya haha. Dah lama diam, aku putus harapan dah nak dengar dyeorg wish face to face. Tapi lepas, kes suprise dekat karaoke tu, dyeorg cakap yang dyeorg dah plan sebenarnya. Okay barulah rasa lega sikit. haha. Sampainya hati mereka.

Terima kasih. Terima kasih sangat sangat. Aku sangat sangat appreciate apa yang korang dah buat. First time dapat surprise macam tu. First time rasa happy gila. Pada geng yang sanggup datang semata dari Ipoh ke Bangi balik ke Ipoh tu, terima kasih. :')





kek datang dari ipoh dah cari teruk haha. tema : salji 

Tuesday, January 20, 2015

Istiqamah

Cuti midterm dua minggu yang lepas, aku perabeh kan masa aku duk melepet dekat rumah. Aku ni jenis yang kuat berangan. Berangan nak ada rumah besar, kereta besar, kahwin dengan lelaki handsome, dapat anak comel comel, berangan hidup bahagia selamanya lah kononnya. Tapi ada ketika aku berangan nak jadi someone yang tutup aurat sepenuhnya, someone yang sentiasa sujud pada Allah tanpa kira susah senang. Senang cerita berangan nak jadi muslimah yang baik dan lemah lembut. Tapi lepastu aku tertanya, apa niat aku? Aku buat demi nak dapat keredhaan Allah ataupun nak dapatkan perhatian orang ramai?

Aku teringin nak tutup aurat sepenuhnya tapi aku takut niat aku salah. Dah lama aku teringin nak cuba. Setiap kali nampak perempuan yang tutup dari atas sampai bawah, hati aku rasa something. Rasa macam sejuk mata memandang. Agak agak aku pun boleh jadi macam dyeorg tak? Agak agak apa orang akan kata kalau aku cuba? Mesti ada yang akan kata "Sembahyang pun kadang tertonggeng, nak bajet alim tutup sana sini" Haihh

Cuti tiga minggu midterm haritu aku dah nekad nak cuba. Balik bangi aku beli handsock, aku beli stokin sampai dua tiga. Bila budak rumah aku tanya, aku jadi segan nak bagitahu. Aku diamkan. Bukak cuti, aku terus cuba pakai masa pergi kelas. Okay tudung masih tak cukup labuh, takpe as long as masih tutup aurat kan. Perlahan lahan cuba. Pasal solat, aku cuba selesaikan setiap waktu. Sebab setiap kali aku terlepas satu waktu, rasa macam bersalah gila. 

Malam semalam aku mimpi ada gempa bumi, bumi terbelah sana sini. Masa tu aku berdua dengan abang aku. Dalam mimpi tu aku tanya abang aku, mana adik mana kakak mana mak mana abah aku? Aku takut, aku rasa macam kiamat dah dekat sangat. Bila aku terjaga, aku terus tengok keliling. Alhamdulillah Allah masih bagi aku peluang untuk hidup. Dan lepas mimpi tu, setiap kali aku nak keluar rumah nak jumpa kawan even sekejap aku jadi serba salah kalau tak pakai tudung. Aku akan ambil masa untuk fikir nak pakai tudung ke tak. Sebab kadang nak keluar pi buang sampah depan rumah je pun kan. Fikir punya fikir, aku terus grab tudung. Takut pulak sekali dah tak pakai tudung mcm dulu, aku dah malas nak nak teruskan apa yang aku usahakan sekarang ni.

Lately ni, aku cuba rapatkan diri dengan seorang kawan kelas aku yang boleh dikatakan alim dan baik. Sebab? Iman aku tak cukup kuat nak handle hasutan hasutan setan sekeliling sorang sorang. Bila dengan kawan aku ni, dia yang ingatkan aku untuk solat zuhur setiap kali hari yang ada kelas petang. Well, bila kelas petang penat dia kemain lagi, Kadang solat pun malas. Tapi sebab dia, aku rasa seronok. Sebab ada teman nak sama sama pergi solat. Rasa bahagia. hehe. Alhamdulilllah, harap aku boleh istiqamah. Aku harap aku boleh continue macam ni sampai bila bila. Aku nak cuba, aku nak jadi salah seorang penghuni syurga Allah. Aku berharap sangat.

Doakan aku :)

Tuesday, January 6, 2015

Dopoloh satu

Petang tadi ada sedara mara belah abah datang, Cousin bawak anak baru datang melawat tok abah (abah aku) And that's mean I'm the aunty. Anak anak sedara belah mak aku biasakan diri dengan panggilan 'wan cik' which means laki aku nanti mestilah jadi 'ayah cik' kan. hehe. But suddenly, sedara belah abah aku said "tak rasa macam nenek nenek opah opah ke panggil wan cik?" aku tak pernah pulak terfikir macam tu sebab bagi aku wan cik is good enough sebab takde panggilan 'mak' depan dia such as 'maklong'.

Tengah syok syok main dengan newborn baby Farha Ariqa, tetiba hati berkata kata 'dah tua dah aku ni'. Anak sedara belah mak dah lima orang, belah abah pun lima orang. ANAK WOI ANAK BUKAN ADIK. Sedara mara main panjat pokok, korek tanah, terjun sungai, aci kejar lepas sorang sorang kahwin. Kakak aku bila nak kahwin? Ehh.

Menurut kalendar masihi, 26 Januari 2015 ni aku dah dua puluh. Menurut kalendar Islam, 24 Sha'ban 1436, aku dah dua puluh satu. Say goodbye to the 'teens'. Lepasni kalau orang tanya "umur berapa?" dah takdak dah nak sebut 'belas belas' belakang dia. Tak main dah. Sekarang main 'puluh puluh je' Haha

Masa sedara datang petang tadi, abah tetiba buka cerita pasal masa mak bersalinkan kami adik beradik. Disebabkan mak jenis cepat pengsan, setiap kali mak nak lahirkan kami mak pengsan. Kakak abang aku dua dua kena guna vacuum. Kemain besar kepala kakak abang aku masa lahir, abah aku cerita. Sampai tang aku abah cakap mak decide nak lahirkan aku secara normal, tapi tetiba masa aku nak keluar tu cervical opening tertutup dek placenta (mohon google kalau dah paham) and mak pengsan. So, doktor decided to operate. Alhamdulillah aku selamat dilahirkan tetapi abah cakap aku kena radang paru paru or nama gah dia, pneumonia (sebab telan air ketuban). And because of that, masa kecil dulu aku tak boleh nak aktif sangat. Bila terlalu aktif kadang aku jadi sesak nafas. Tapi sekarang tidak lagi. Ewahh. Sekarang aku dah boleh lompat sana sini, panjat sana sini, terjun sana sini tanpa batasan melainkan injurt tetiba. Hehe

Aku tak sangka aku pernah alami 'saat saat kritikal' masa kecik. Tapi alhamdulillah lagi sekali, dah dua puluh satu tahun aku hidup (menurut kalendar Islam) sihat walafiat. Mak abah take a good care of all four us. Mak abah garang sangat. Masa kecik selalu kena marah kena rotan kena sebat tapi tu semua sebab nak ajar kami adik beradik supaya jadi orang berguna. orang lain maybe akan ada yang cakap 'tak reti sayang anak' but I know that's how they show us their love. Kalau mak abah tak jaga kami, takdak nya kami masih hidup sihat sampai sekarang.

Terima kasih abah, terima kasih mak

Thursday, January 1, 2015

January 2015

Tahun baru.
Setiap kali terbaca tweet or quote Islamik pasal 'tahun masihi dan tahun hijrah' kadang aku jadi serba salah nak celebrate ke tidak. Celebrate dekat sini bukan maksudnya aku pergi tengok buang api, pergi tengok parade. Aku duduk atas katil goyang kaki je. Maksud aku macam nak wish ke tidak "Happy New Year" okay macam mana pulak kalau orang wish dekat aku? rasanya tak salah balas tapi entah. dia ada feeling serba salah tetiba datang. So, aku decide balas "Selamat Tahun Baru" hanya pada yang wish pada aku. Tett

Januari

Okay January is my month. Kau tahu perasaan nak tunggu bulan januari datang balik tu kemain lama. Januari is the first month of the year ikut kalendar masihi lah. And people knows that, awal tahun usually is sesi permulaan, perkenalan. So, every year since I was a kid. I've waited so long for people to remember my birthday. Well, kecik dulu siapa tak suka kalau orang ingat birthday kita kan? Tak dapat hadiah takpe, wish pun jadilah. Unfortunately, setiap tahun masuk sekolah semua jenis yang "hai, nama saya eva" "oh hai saya si polan" conversation ends. aca-awkward-friend-zone. and trust me, mula masuk kelas, people won't ask you this "Birthday kau bila?" people usually ask that kind of quest bila dah tengah bulan. and when I said I am a January baby's. They be like "oh dah lepas" OH OKAY

But now, aku harap sangat takde orang pun ingat birthday aku. SERIOUS. maybe sebab patah hati? haha. Dia rasa macam nak keluar sorang sorang senyap senyap when my birthday is coming. Kalau boleh start pukul 12:00am tarikh birthday aku tu aku nak keluar sampailah 12:00 keesokan harinya baru aku balik. Tapi birthday aku tahun ni jatuh pada weekdays. Means, aku ada kelas kena attend and plus aku kena ambil family aku dekat airport yang dijadualkan balik dari holiday di sarawak pada tarikh birthday aku. My whole family pergi sarawak and left me behind sebab mak tak kasi aku ponteng kelas eventho sehari. AHHHH SEDIHHHHH

Some people who's going to read my post might said something like, "kata tak nak orang wish, tapi duk bising pasal birthday dalam ni." well, blog aku ni bukannya follower berlambak. Majoriti yang follow tu pun ramai dah tak guna blog. So, I guess tak effect apa pun right? Okat the end. Bye