WHEN YOU NEED ME AND YOU DON'T WANT ME, I WILL STAY BUT WHEN YOU DON'T NEED ME AND YOU WANT ME, THEN I WILL GO

Tuesday, January 20, 2015

Istiqamah

Cuti midterm dua minggu yang lepas, aku perabeh kan masa aku duk melepet dekat rumah. Aku ni jenis yang kuat berangan. Berangan nak ada rumah besar, kereta besar, kahwin dengan lelaki handsome, dapat anak comel comel, berangan hidup bahagia selamanya lah kononnya. Tapi ada ketika aku berangan nak jadi someone yang tutup aurat sepenuhnya, someone yang sentiasa sujud pada Allah tanpa kira susah senang. Senang cerita berangan nak jadi muslimah yang baik dan lemah lembut. Tapi lepastu aku tertanya, apa niat aku? Aku buat demi nak dapat keredhaan Allah ataupun nak dapatkan perhatian orang ramai?

Aku teringin nak tutup aurat sepenuhnya tapi aku takut niat aku salah. Dah lama aku teringin nak cuba. Setiap kali nampak perempuan yang tutup dari atas sampai bawah, hati aku rasa something. Rasa macam sejuk mata memandang. Agak agak aku pun boleh jadi macam dyeorg tak? Agak agak apa orang akan kata kalau aku cuba? Mesti ada yang akan kata "Sembahyang pun kadang tertonggeng, nak bajet alim tutup sana sini" Haihh

Cuti tiga minggu midterm haritu aku dah nekad nak cuba. Balik bangi aku beli handsock, aku beli stokin sampai dua tiga. Bila budak rumah aku tanya, aku jadi segan nak bagitahu. Aku diamkan. Bukak cuti, aku terus cuba pakai masa pergi kelas. Okay tudung masih tak cukup labuh, takpe as long as masih tutup aurat kan. Perlahan lahan cuba. Pasal solat, aku cuba selesaikan setiap waktu. Sebab setiap kali aku terlepas satu waktu, rasa macam bersalah gila. 

Malam semalam aku mimpi ada gempa bumi, bumi terbelah sana sini. Masa tu aku berdua dengan abang aku. Dalam mimpi tu aku tanya abang aku, mana adik mana kakak mana mak mana abah aku? Aku takut, aku rasa macam kiamat dah dekat sangat. Bila aku terjaga, aku terus tengok keliling. Alhamdulillah Allah masih bagi aku peluang untuk hidup. Dan lepas mimpi tu, setiap kali aku nak keluar rumah nak jumpa kawan even sekejap aku jadi serba salah kalau tak pakai tudung. Aku akan ambil masa untuk fikir nak pakai tudung ke tak. Sebab kadang nak keluar pi buang sampah depan rumah je pun kan. Fikir punya fikir, aku terus grab tudung. Takut pulak sekali dah tak pakai tudung mcm dulu, aku dah malas nak nak teruskan apa yang aku usahakan sekarang ni.

Lately ni, aku cuba rapatkan diri dengan seorang kawan kelas aku yang boleh dikatakan alim dan baik. Sebab? Iman aku tak cukup kuat nak handle hasutan hasutan setan sekeliling sorang sorang. Bila dengan kawan aku ni, dia yang ingatkan aku untuk solat zuhur setiap kali hari yang ada kelas petang. Well, bila kelas petang penat dia kemain lagi, Kadang solat pun malas. Tapi sebab dia, aku rasa seronok. Sebab ada teman nak sama sama pergi solat. Rasa bahagia. hehe. Alhamdulilllah, harap aku boleh istiqamah. Aku harap aku boleh continue macam ni sampai bila bila. Aku nak cuba, aku nak jadi salah seorang penghuni syurga Allah. Aku berharap sangat.

Doakan aku :)

Tuesday, January 6, 2015

Dopoloh satu

Petang tadi ada sedara mara belah abah datang, Cousin bawak anak baru datang melawat tok abah (abah aku) And that's mean I'm the aunty. Anak anak sedara belah mak aku biasakan diri dengan panggilan 'wan cik' which means laki aku nanti mestilah jadi 'ayah cik' kan. hehe. But suddenly, sedara belah abah aku said "tak rasa macam nenek nenek opah opah ke panggil wan cik?" aku tak pernah pulak terfikir macam tu sebab bagi aku wan cik is good enough sebab takde panggilan 'mak' depan dia such as 'maklong'.

Tengah syok syok main dengan newborn baby Farha Ariqa, tetiba hati berkata kata 'dah tua dah aku ni'. Anak sedara belah mak dah lima orang, belah abah pun lima orang. ANAK WOI ANAK BUKAN ADIK. Sedara mara main panjat pokok, korek tanah, terjun sungai, aci kejar lepas sorang sorang kahwin. Kakak aku bila nak kahwin? Ehh.

Menurut kalendar masihi, 26 Januari 2015 ni aku dah dua puluh. Menurut kalendar Islam, 24 Sha'ban 1436, aku dah dua puluh satu. Say goodbye to the 'teens'. Lepasni kalau orang tanya "umur berapa?" dah takdak dah nak sebut 'belas belas' belakang dia. Tak main dah. Sekarang main 'puluh puluh je' Haha

Masa sedara datang petang tadi, abah tetiba buka cerita pasal masa mak bersalinkan kami adik beradik. Disebabkan mak jenis cepat pengsan, setiap kali mak nak lahirkan kami mak pengsan. Kakak abang aku dua dua kena guna vacuum. Kemain besar kepala kakak abang aku masa lahir, abah aku cerita. Sampai tang aku abah cakap mak decide nak lahirkan aku secara normal, tapi tetiba masa aku nak keluar tu cervical opening tertutup dek placenta (mohon google kalau dah paham) and mak pengsan. So, doktor decided to operate. Alhamdulillah aku selamat dilahirkan tetapi abah cakap aku kena radang paru paru or nama gah dia, pneumonia (sebab telan air ketuban). And because of that, masa kecil dulu aku tak boleh nak aktif sangat. Bila terlalu aktif kadang aku jadi sesak nafas. Tapi sekarang tidak lagi. Ewahh. Sekarang aku dah boleh lompat sana sini, panjat sana sini, terjun sana sini tanpa batasan melainkan injurt tetiba. Hehe

Aku tak sangka aku pernah alami 'saat saat kritikal' masa kecik. Tapi alhamdulillah lagi sekali, dah dua puluh satu tahun aku hidup (menurut kalendar Islam) sihat walafiat. Mak abah take a good care of all four us. Mak abah garang sangat. Masa kecik selalu kena marah kena rotan kena sebat tapi tu semua sebab nak ajar kami adik beradik supaya jadi orang berguna. orang lain maybe akan ada yang cakap 'tak reti sayang anak' but I know that's how they show us their love. Kalau mak abah tak jaga kami, takdak nya kami masih hidup sihat sampai sekarang.

Terima kasih abah, terima kasih mak

Thursday, January 1, 2015

January 2015

Tahun baru.
Setiap kali terbaca tweet or quote Islamik pasal 'tahun masihi dan tahun hijrah' kadang aku jadi serba salah nak celebrate ke tidak. Celebrate dekat sini bukan maksudnya aku pergi tengok buang api, pergi tengok parade. Aku duduk atas katil goyang kaki je. Maksud aku macam nak wish ke tidak "Happy New Year" okay macam mana pulak kalau orang wish dekat aku? rasanya tak salah balas tapi entah. dia ada feeling serba salah tetiba datang. So, aku decide balas "Selamat Tahun Baru" hanya pada yang wish pada aku. Tett

Januari

Okay January is my month. Kau tahu perasaan nak tunggu bulan januari datang balik tu kemain lama. Januari is the first month of the year ikut kalendar masihi lah. And people knows that, awal tahun usually is sesi permulaan, perkenalan. So, every year since I was a kid. I've waited so long for people to remember my birthday. Well, kecik dulu siapa tak suka kalau orang ingat birthday kita kan? Tak dapat hadiah takpe, wish pun jadilah. Unfortunately, setiap tahun masuk sekolah semua jenis yang "hai, nama saya eva" "oh hai saya si polan" conversation ends. aca-awkward-friend-zone. and trust me, mula masuk kelas, people won't ask you this "Birthday kau bila?" people usually ask that kind of quest bila dah tengah bulan. and when I said I am a January baby's. They be like "oh dah lepas" OH OKAY

But now, aku harap sangat takde orang pun ingat birthday aku. SERIOUS. maybe sebab patah hati? haha. Dia rasa macam nak keluar sorang sorang senyap senyap when my birthday is coming. Kalau boleh start pukul 12:00am tarikh birthday aku tu aku nak keluar sampailah 12:00 keesokan harinya baru aku balik. Tapi birthday aku tahun ni jatuh pada weekdays. Means, aku ada kelas kena attend and plus aku kena ambil family aku dekat airport yang dijadualkan balik dari holiday di sarawak pada tarikh birthday aku. My whole family pergi sarawak and left me behind sebab mak tak kasi aku ponteng kelas eventho sehari. AHHHH SEDIHHHHH

Some people who's going to read my post might said something like, "kata tak nak orang wish, tapi duk bising pasal birthday dalam ni." well, blog aku ni bukannya follower berlambak. Majoriti yang follow tu pun ramai dah tak guna blog. So, I guess tak effect apa pun right? Okat the end. Bye