WHEN YOU NEED ME AND YOU DON'T WANT ME, I WILL STAY BUT WHEN YOU DON'T NEED ME AND YOU WANT ME, THEN I WILL GO

Tuesday, January 6, 2015

Dopoloh satu

Petang tadi ada sedara mara belah abah datang, Cousin bawak anak baru datang melawat tok abah (abah aku) And that's mean I'm the aunty. Anak anak sedara belah mak aku biasakan diri dengan panggilan 'wan cik' which means laki aku nanti mestilah jadi 'ayah cik' kan. hehe. But suddenly, sedara belah abah aku said "tak rasa macam nenek nenek opah opah ke panggil wan cik?" aku tak pernah pulak terfikir macam tu sebab bagi aku wan cik is good enough sebab takde panggilan 'mak' depan dia such as 'maklong'.

Tengah syok syok main dengan newborn baby Farha Ariqa, tetiba hati berkata kata 'dah tua dah aku ni'. Anak sedara belah mak dah lima orang, belah abah pun lima orang. ANAK WOI ANAK BUKAN ADIK. Sedara mara main panjat pokok, korek tanah, terjun sungai, aci kejar lepas sorang sorang kahwin. Kakak aku bila nak kahwin? Ehh.

Menurut kalendar masihi, 26 Januari 2015 ni aku dah dua puluh. Menurut kalendar Islam, 24 Sha'ban 1436, aku dah dua puluh satu. Say goodbye to the 'teens'. Lepasni kalau orang tanya "umur berapa?" dah takdak dah nak sebut 'belas belas' belakang dia. Tak main dah. Sekarang main 'puluh puluh je' Haha

Masa sedara datang petang tadi, abah tetiba buka cerita pasal masa mak bersalinkan kami adik beradik. Disebabkan mak jenis cepat pengsan, setiap kali mak nak lahirkan kami mak pengsan. Kakak abang aku dua dua kena guna vacuum. Kemain besar kepala kakak abang aku masa lahir, abah aku cerita. Sampai tang aku abah cakap mak decide nak lahirkan aku secara normal, tapi tetiba masa aku nak keluar tu cervical opening tertutup dek placenta (mohon google kalau dah paham) and mak pengsan. So, doktor decided to operate. Alhamdulillah aku selamat dilahirkan tetapi abah cakap aku kena radang paru paru or nama gah dia, pneumonia (sebab telan air ketuban). And because of that, masa kecil dulu aku tak boleh nak aktif sangat. Bila terlalu aktif kadang aku jadi sesak nafas. Tapi sekarang tidak lagi. Ewahh. Sekarang aku dah boleh lompat sana sini, panjat sana sini, terjun sana sini tanpa batasan melainkan injurt tetiba. Hehe

Aku tak sangka aku pernah alami 'saat saat kritikal' masa kecik. Tapi alhamdulillah lagi sekali, dah dua puluh satu tahun aku hidup (menurut kalendar Islam) sihat walafiat. Mak abah take a good care of all four us. Mak abah garang sangat. Masa kecik selalu kena marah kena rotan kena sebat tapi tu semua sebab nak ajar kami adik beradik supaya jadi orang berguna. orang lain maybe akan ada yang cakap 'tak reti sayang anak' but I know that's how they show us their love. Kalau mak abah tak jaga kami, takdak nya kami masih hidup sihat sampai sekarang.

Terima kasih abah, terima kasih mak

No comments:

Post a Comment

leave your comments