WHEN YOU NEED ME AND YOU DON'T WANT ME, I WILL STAY BUT WHEN YOU DON'T NEED ME AND YOU WANT ME, THEN I WILL GO

Tuesday, January 20, 2015

Istiqamah

Cuti midterm dua minggu yang lepas, aku perabeh kan masa aku duk melepet dekat rumah. Aku ni jenis yang kuat berangan. Berangan nak ada rumah besar, kereta besar, kahwin dengan lelaki handsome, dapat anak comel comel, berangan hidup bahagia selamanya lah kononnya. Tapi ada ketika aku berangan nak jadi someone yang tutup aurat sepenuhnya, someone yang sentiasa sujud pada Allah tanpa kira susah senang. Senang cerita berangan nak jadi muslimah yang baik dan lemah lembut. Tapi lepastu aku tertanya, apa niat aku? Aku buat demi nak dapat keredhaan Allah ataupun nak dapatkan perhatian orang ramai?

Aku teringin nak tutup aurat sepenuhnya tapi aku takut niat aku salah. Dah lama aku teringin nak cuba. Setiap kali nampak perempuan yang tutup dari atas sampai bawah, hati aku rasa something. Rasa macam sejuk mata memandang. Agak agak aku pun boleh jadi macam dyeorg tak? Agak agak apa orang akan kata kalau aku cuba? Mesti ada yang akan kata "Sembahyang pun kadang tertonggeng, nak bajet alim tutup sana sini" Haihh

Cuti tiga minggu midterm haritu aku dah nekad nak cuba. Balik bangi aku beli handsock, aku beli stokin sampai dua tiga. Bila budak rumah aku tanya, aku jadi segan nak bagitahu. Aku diamkan. Bukak cuti, aku terus cuba pakai masa pergi kelas. Okay tudung masih tak cukup labuh, takpe as long as masih tutup aurat kan. Perlahan lahan cuba. Pasal solat, aku cuba selesaikan setiap waktu. Sebab setiap kali aku terlepas satu waktu, rasa macam bersalah gila. 

Malam semalam aku mimpi ada gempa bumi, bumi terbelah sana sini. Masa tu aku berdua dengan abang aku. Dalam mimpi tu aku tanya abang aku, mana adik mana kakak mana mak mana abah aku? Aku takut, aku rasa macam kiamat dah dekat sangat. Bila aku terjaga, aku terus tengok keliling. Alhamdulillah Allah masih bagi aku peluang untuk hidup. Dan lepas mimpi tu, setiap kali aku nak keluar rumah nak jumpa kawan even sekejap aku jadi serba salah kalau tak pakai tudung. Aku akan ambil masa untuk fikir nak pakai tudung ke tak. Sebab kadang nak keluar pi buang sampah depan rumah je pun kan. Fikir punya fikir, aku terus grab tudung. Takut pulak sekali dah tak pakai tudung mcm dulu, aku dah malas nak nak teruskan apa yang aku usahakan sekarang ni.

Lately ni, aku cuba rapatkan diri dengan seorang kawan kelas aku yang boleh dikatakan alim dan baik. Sebab? Iman aku tak cukup kuat nak handle hasutan hasutan setan sekeliling sorang sorang. Bila dengan kawan aku ni, dia yang ingatkan aku untuk solat zuhur setiap kali hari yang ada kelas petang. Well, bila kelas petang penat dia kemain lagi, Kadang solat pun malas. Tapi sebab dia, aku rasa seronok. Sebab ada teman nak sama sama pergi solat. Rasa bahagia. hehe. Alhamdulilllah, harap aku boleh istiqamah. Aku harap aku boleh continue macam ni sampai bila bila. Aku nak cuba, aku nak jadi salah seorang penghuni syurga Allah. Aku berharap sangat.

Doakan aku :)

No comments:

Post a Comment

leave your comments