WHEN YOU NEED ME AND YOU DON'T WANT ME, I WILL STAY BUT WHEN YOU DON'T NEED ME AND YOU WANT ME, THEN I WILL GO

Saturday, February 7, 2015

Kejutan

25 haribulan, jam 2:30 petang 

Masa aku terlelap dalam bilik sheera, tetiba jasmina jerit panggil nama aku cakap ada orang dekat luar. Mula tu bengang lah jugak. Macam takde orang lain je nak panggil. Tapi bila aku pi dekat pintu, tengok Syukri terpacak depan pintu pagar. Mahu tak terkejut aku. Yelah tengah mamai kan, ingatkan mimpi ke apa ke. Mula tu rasa pelik gila macam mana dia tahu rumah sewa aku dekat mana, sebab aku tak pernah lagi bagi alamat dekat dia. Lepastu aku teringat beberapa minit yang lepas safura ada minta alamat aku, tapi tak bagitahu reason kenapa dia minta. Dan jasmina pun bagitahu yang syukri ada dm dia, tanya alamat. 

Lepastu kabut bersiap, Lepastu bila tanya nak lepak mana, Syukri demand nak makan dekat kedai beraircond. Maklumlah kepanasan belaka. Dah sampai bangi gateaway, aku baru teringat takde kedai makan aircond. Ada pun kedai mahal. Tanya syukri lagi sekali, dia suggest KFC. And fyi, KFC dekat bangi takde yang macam KFC dekat Ipoh, besar. Aku pun bawak pergi KFC PKNS Bangi. Disebabkan hari ahad, kemain sesak lagi PKNS tu. So, plan pi tempat lain. Fikir punya fikir, aku decide nak pi IOI Mall Putrajaya.

Sampai tempat parking, otw nak naik lif, aku perasaan Syukri pegang something. Yeayy dapat cake Secret Recipe! IOI pun ramai orang. Nasib dekat meja hujung hujung KFC ada kosong. Takdelah malu sangat nak bukak kek depan orang. Duduk depan membe dia pun aku dah segan gila. Inikan pulak duk tempat ramai orang. More surprise, dia belanja kami KFC Bucket yang lima belas ketul. Kami masa tu ada tujuh orang (Syukri, Aku, Jas, Faiz, Redza, Asyraf, and Ayip) Boleh tahan penat lah jugak mengekek banyak sangat masa meratah ayam tu. 

Dah habis makan, kami berpecah. Jasmina jalan dengan Sheera and Sarah yang baru datang. Redza, Ayip, Asyraf, Faiz jalan sekali. Aku berdua dengan mangkuk ajet sweet buat surprise tu. haha. Masa jalan jalan pusing satu IOI tu aku duk perati je syukri pegang plastik kecik warna putih. Mula tu macam rimas lah jugak, macam tak reti nak simpan dalam beg ke? Masa nak balik tu, dia hulur dekat aku. Bukak bukak tengok ada jam tangan. Boleh tahan cantik lah jugak, simple. Not to girly haha.

30 haribulan, dalam lingkungan jam 9 malam

Haritu aku ingat nak pi rumah pak sedara aku dekat putrajaya hantar kek sarawak yang mak aku kirim. Masa tengah siap tetiba ecah ajak pi karaoke. Tbh, aku memang dah niat tak nak ikut sebenarnya. Well, pi rumah pak sedara aku belum tentu balik pukul berapa lagi. Kot ajak makan ke apa ke. Plus esok nya ada quiz OB tak silap aku. Belajar idok lagi. Bila aku cakap aku tak follow, budak rumah aku be like "ala tak best lah tak pi ramai ramai" sedangkan aku baca dalam group dekat 10 orang nak join. takde masalah rasanya kalau aku tak join. 

Aku balik dari rumah pak sedara aku agak awal lah jugak. And aku decide untuk join dyeorg. Aku balik, ambik budak budak semua and terus gerak pi karaoke alamanda. Disebabkan geng tyrara, bella dan sampai dulu, aku speed sebab kteorg pun dah boleh dikatakan lambat lah jugak. Sampai dekat bilik karaoke, nampak tikah terpacak depan pintu bilik. Seriously, I expect nothing from them. And there they were, singing a birthday song for me while holding a slice of cake.

Throwback a few days back, started from my birthday. Aku agak terasa lah jugak sebab none of them wishes my birthday face to face. They all wish dalam group whatsapp. Tyrara, Epa, Arynn buat muka bodoh je masa jumpa aku masa dekat kolej. Sumpah pedih. Lagi pedih bila budak rumah tak wish langsung Dyeorg senyap tak cakap apa apa pun. Bella sorang je yang wish gila babeng masa terserempak dekat kolej. Sedih dia menusuk lah jugak. Sehari lepas birthday aku tu, aku expect nothing will ever come out from their mouth. Masa tu fikir, "kalau dapat wish je pun dah cukup sangat dah" serious desperate gila rasanya haha. Dah lama diam, aku putus harapan dah nak dengar dyeorg wish face to face. Tapi lepas, kes suprise dekat karaoke tu, dyeorg cakap yang dyeorg dah plan sebenarnya. Okay barulah rasa lega sikit. haha. Sampainya hati mereka.

Terima kasih. Terima kasih sangat sangat. Aku sangat sangat appreciate apa yang korang dah buat. First time dapat surprise macam tu. First time rasa happy gila. Pada geng yang sanggup datang semata dari Ipoh ke Bangi balik ke Ipoh tu, terima kasih. :')





kek datang dari ipoh dah cari teruk haha. tema : salji