WHEN YOU NEED ME AND YOU DON'T WANT ME, I WILL STAY BUT WHEN YOU DON'T NEED ME AND YOU WANT ME, THEN I WILL GO

Saturday, December 10, 2016

ARAI

ASSALAMUALAIKUM

Masa sebelum result UPU dengan Penerapan UITM keluar, berharap jugaklah dapat jauh jauh sikit macam Sarawak ke Sabah ke (acah bawak diri) tapi sedor diri result pun tak seberapa so sis redho. UPU tak lepas tapi alhamdulillah UITM sudi terima sis even sebelum anak tiri je. Kiranya aku diserap masuk terus lompat semester 3. Aku berharap sangat aku ada membe dapat sama dengan aku. Tapi masa ni macam takde harapan sebab kawan kawan aku semua majoriti UITM pun result UPU, aku penerapan. Maksudnya mungkin nanti UPU kena masuk dari Sem 1. Tapi syukur alhamdulillah, aku tanya Amer dengan Jas, dekat surat tawaran deme tulis "Penerapan" even sebenarnya result deme keluar thru UPU. Tapi Jasmina kos lain, Operation Management. Siapa sangka aku dapat sama dengan Ameeruddin. 

End up masa daftar memang melekat berdua jelah dengan amer. Dah dia je membe yang aku ada masa tu. Sejujurnya masa diploma kami even satu kelas, kami takdak lah rapat mana. Rapat tapi takdelah duduk satu table sembang sembang. Setakat hu ha dalam kelas. Keluar kelas, bawak diri. Aku dengan geng aku, Ameer dengan geng dia. Masuk degree ni lah baru duk melekat bukan takat masa daftar. Awal masuk kelas pun sama. Melekat aje dengan aku, cane I nak cari jodoh? Ish

Ada satu kelas tu, kelas Personal Development kena pair work. Ameer dapat pasangan dengan Namirah. Kau tahu dia punya segan dengan Namirah tu sampaikan nak bincang pun kena duduk sebelah aku. Habis satu kelas cop aku dengan dia couple. Tapi kenyataannya, even ameer tu umur 23 ada masa kadang aku rasa dia macam adik adik. Ada sekali tu dia kena buli dengan budak perempuan kelas aku, Una, Iqa dengan Namirah. Serious terasa macam adik aku pulak kena buli bila dia jerit minta tolong dekat aku. Kesian tapi kelakar gila namateyy. Perangai dia ni aku sendiri tak tahu macam mana nak describe. Jaranglah kalau nak nampak dia act like abang abang. 

Orang selalu tanya, "hang takde feel ke dekat ameer?" 
Jawapan simple, takde. Sayang tu ada. Siapa tak sayang kawan weh. Tapi lebih feel macam aku ada kawan baik perempuan fizikal lelaki. Uhuks. Faham tak? Ameer ni macam nak kena jaga. Kalau aku tak tengok, tak jaga alamat dia kelaut lah dia. Lagi buat aku tambah kesian dekat dia ni, dulu masa dekat Bangi kemain dia ramai membe. Mai Merbok membe dia yang ada aku, Jas dengan Hidayah. Ni pun dah dekat dua bulan duduk Merbok and dia masih melekat dengan kami. Pulak ameer pun anggap aku laki. Asal nak merokok, depan aku takpe. Depan orang lain tahu pulak dia segan. Heh. Dia boleh kata aku ni lelaki versi bertudung. Lepastu habis satu kelas cop gua roh lelaki tapi terperangkap dalam badan perempuan. Nasib gua hati kental taw. LOL

Ameer ni kelakar gila. Antara sources keceriaan aku hari hari. Tapi bila hari bad mood dia mai, kalah aku punya bad mood. Aku sebenarnya tak suka bila bad mood dia mai. Sekali dengan mood aku swing. Sebab sebenarnya aku takut bila tengok lelaki marah. Tapi aku ego. Tak nak tayang rasa takut aku. End up aku sama sama marah. (Ini kalau marah dia ada kaitan dengan aku lah) 

Jujur kadang tu aku rasa macam aku guna kan ameer. Nak pi mana mana ajak dia. Sebab walau dalaman dia takde lah laki mana, fizikal dia dah rupa laki pun cukup dah. Dengan janggut dia, misai dia. Nampak je garang tapi dalam hati penuh taman bunga bunga hoi. Mamat ni jarang tayang gentle. Memang impossible lah kalau nak nampak. Kalau keluar makan malam malam or balik malam sebab assignment sanggup hantar then tunggu aku masuk rumah lepastu menapak balik rumah alep. Sis terharu kot. 

Okay dah cukup. Aku rasa kalau nak sembang pasal hang ni meer sampai ke sudah takkan pernah habis. Aku tahu hang baca ni. Yelah hang kan suruh aku update pasal hang. Nah aku bagi karangan untuk hang. Uhuks

Ameer, terima kasih lah untuk semua benda. Aku betul betul harap hang tak berhenti. Hang tak kesian ke dekat aku? Dekat budak kelas? Semua orang dah selesa dengan hang. Semua orang tak nak hang berhenti. Aku pun. Weh susah weh hidup aku. Huhu. Jujur, bosanlah weh takdak hang. Siapa je lagi yang sanggup teman aku balik kalau kena balik malam malam? Nak gossip dengan siapa lagi kalau nampak mamat handsome? Nak lepas geram dekat siapa lagi kalau aku rasa nak mengamuk? Mana lagi aku nak dapat membe pelik macam hang? Muka je jantan, perangai? Sis tak mau cakap lebih. Haha. Kalau rasa nak give up, ingat mak pak na. Ingat aku pun takpe. Kalau tak cukup lagi nak kuatkan semangat hang, takpelah. Aku tahu siapa lah aku. Okay bye. 



Sunday, December 4, 2016

KBM242 3A



ASSALAMUALAIKUM

Few more weeks left before final exam. But here I am writing an appreciation post for my fellow degree classmates. Sebelum masuk degree, aku dah set dalam mind "no more gaduh gaduh, be matured". So, I am trying so hard to stay low. Hari pertama (hari transfer creadit) aku kenal dengan seorang insan bernama Hidayah Roslee. Watak dia beza gila dengan aku. Aku sejenis yang outspoken, dia pendiam kalau tak kenal. Tapi, minat kami kebanyakannya sama. Rasa tak menyesal langsung aku yang mula tegur dia masa tu. Rasa macam jumpa kembaq terpisah dari kecik. So, dengan dia ajelah aku berkepit ke sana sini berdua. Aku memang dah niat tak nak ramai ramai, sebab penat nak fikir perasaan semua orang. Cukup lah berdua. Aku paham dia, dia paham aku. Susah senang sama sama. Quality over quantity gitu. 

Bila dah dalam dua bulan lebih, classmates mula bergaul. Yeap I admit awal awal dah mula ada konflik haritu. tapi semua dah settle cara baik. (Ye, saya lah eva yang dulunya panas baran tak tentu pasal. Hehe) Aku try hard gila nak ubah cara aku handle marah. And in the end, I did it. Moga eva terus sukses. 

Degree classmates is the best that I could have ever asked for. Semua jenis memahami. Semua boleh get in with each other. Maybe take some time, tapi sekarang semua dah okay. Like seriously punya okay. Aku tak tau macam mana nak describe classmates aku tapi jujur aku sayang gila degree life aku. Even belum habis satu sem pun lagi, aku dah rasa macam family besar. Maybe antara sebabnya majoriti kami orang perak and kedah. 

Siapa sangka setiap kali habis kelas hari hari lunch sama sama. Jaranglah nak asing asing. Kalau asing asing tu biasanya ada sebab musabab macam penat or next class ada presentation/test and etc. Kalau tak lunch, tiba petang tu "jom cendol bendang". Cendol tu dah jadi tempat lepak kami tiap kali stress. Kadang tu malam pun lepak makan sekali. Yang terbaru kami pi lawatan MAHA 2016. Lawatan ni lagi merapatkan kami semua. Even ada yang tak ikut, seriously trip tu trip paling best. Tu baru 12 daripada 18 orang. Belum cukup quota. Kalau cukup tu, aku rasa mmg fun gila namateyy. 

Memang tak tahu nak cakap macam mana lah rasa sayang nya dekat kelas aku yang ni. Maaf kalau ada salah silap, aku harap friendship kali ni memang bertahan sampai ke hujung. InsyaAllah, aminn.

Looking forward into more advanterous days with all of you. 








Wednesday, August 17, 2016

UiTM MERBOK

Sukacita dimaklumkan bahawa anda ditawarkan tempat untuk mengikuti program di UiTM. Program BM242, Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Kewangan

Alhamdulillah. Syukur masih diberi peluang untuk sambung belajar lepas banyak main main masa diploma. Dan syukur juga dapat kos yang aku nak sangat dari semester empat. Sebabkan teringin sangat nak kos ni, aku banyak bukak internet, tanya kawan kawan, sedara mara pasal kos ni. Ramai yang kata kos ni kos hardcore. Tapi sebab minat kan, mintakkan jugak jugak. Upu punya application pun banyak aku  minta kos finance takpun accounting. Tapi takde rezeki. Alhamdulillah dapat penerapan UiTM. Masa tak dapat UPU tu dah down, mulalah fikir "takkan nak jadi macam lepas SPM dulu dulu" nasib esoknya result penerapan and alhamdulillah dapat. 

Masa mula tahu dapat, melompat jugaklah aku. Tapi makin nak dekat dgn hari mendaftar (which is 3/9) makin aku rasa mental aku belum ready, rasa berdebar, rasa takut tak boleh bawak. Aku whatsapp satu dua classmates dip, deme ingat kan aku jangan main main, deg tak macam dip. Makin rasa nak hentak kepala dkt dinding. Haha tapi lepastu deme bagi semangat kata "eva boleh" (ni yang sayang deme ni) And insyaAllah eva boleh. No more main main eva, pleasee. For once, you've got what you want, make it worth it.

Jadi, apa yang aku dengar majoriti yang bagi alamat perak masa apply akan dapat dekat UiTM Merbok, while yang alamat area Selangor nun, pakat dapat Palam. Memandangkan kawan dip aku ramainya anak selangor, so banyak yang dapat palam. Aku, masih setia bersama Jasmina dari zaman sekolah sampailah Degree. Tapi syukur kos lain lain. Jujur, tak syok jugak hadap muka sama 24 jam bertahun tahun. Kalau laki sendiri syok lah jugak. Ini jasmina, nak pandang apa? Haha. Dan yang masih setia dengan aku, Amer Kokdiang. One of the best part, kami dapat kos sama. Harap dapat kelas sama. Boleh buat presentationmate terus. Siapa nak join kami? Come on, let's rock this! Haha. 

Diploma dah area bandar, jadi bagus jugaklah deg dapat area kampung kampung. Harap boleh kontrol diri dari merayap. kalau dip ada kakak aku (shah alam) kalau deg ada abang aku (butterworth). Baguslah tu. Sebab aku kalau jenis demam, mmg hardcore. Atleast ada bodyguard boleh tlg tengok tengok kan. Hehe. Jadi, marilah kita sama sama fight for this degree. 

Tolonglah eva. You have to struggle, you have to! To achieve one thing, you have to sacrifice the other thing. Bismillah.

Monday, May 23, 2016

ABANG

"Tu lah sebab kenapa abg ngah benci kamu dulu"

Ada satu hari tu kami pi makan luar satu family. Sambil tunggu makanan yang berjam nak sampai, kami imbau kenangan dulu dulu. Aku pun keluar lah cerita betapa abang aku suka buli aku dulu. Tendang, tumbuk tu perkara biasa dah. Lagi lagi bila abang aku dapat geng baru (adik aku), lagi menjadi jadi. boleh kata sampai aku masuk kptm awal awal lah dia punya benci tu. aku nampak dia baik bila dia mula kerja, time dia dip pun terserlah kebencian dia dkt aku. haha

sebab penyebab dia benci aku, aku baru tahu masa keluar makan tulah, cerita dia dulu dulu aku memang suka bau pelik pelik. macam bau minyak petron, bau lepas abah rokok dalam tandas dan bau duit. disebabkan suka bau duit, aku pernah amek duit abah lima hengget bawak masuk bilik abang aku. abah mengamuk. jumpa duit dalam bilik abang aku, lagi lah ingat abang aku yang curi, memang abang aku kena bedal lah. aku mengaku dkt abang aku tapi sebab aku takut dkt abah yg tengah menyinga, aku lari dekat mak aku. aku mengaku dkt mak. tapi tak mengaku dkt abah. sebab tu abang aku benci sangat dkt aku tu. even mak aku dah cerita apa jadi dkt abah aku, abang aku still bengang teruk dekat aku sampai ke sudah.

barulah aku tahu, selama ni aku punya lah duk fikir kenapa lah abang aku ni benci sangat dekat aku. abang orang lain best je aku tgk layan adik deme. sampaikan bila org kata "untunglah hang ada abang" dkt aku, aku akan kata "best apa, aku benci abang aku" bila dah tahu sebab musabab, menyesal pulak aku cakap mcm tu. sebab tahu salah sendiri. 

lama hoi abang aku benci aku. mungkin lepas duk lama dekat penang nun baru dia sedar dia sayang dtk adik perempuan dia yg sorang ni hehe, dia dah tak pernah nak marah dulu dulu. dia suka bergurau sekarang. kadang tu aku rasa awkward jugaklah dgn abang aku yg sekarang ni. yelah dulu dulu gaduh teruk, sekarang dah boleh bawak bergurau (tapi still dlm level hati hati punya gurau). start aku rasa dia dah ok dgn aku masa aku lepas kena samun. pagi kena samun tu mak suruh call abg ngah. dia gelakkan aku tapi ada satu part tu dia tanya "okay tak ni?" aku terus menangis. entah lah. rasa terharu tiba tiba haha, 

masa aku failed subjek sem lima, mak membebel panjang lebar. (mmg salah sendiri) ada satu hari tu kami lunch luar. time dalam kereta mak cerita pasal aku failed tiga subjek sem lima. abang aku gelak gila gila, masa dalam kedai, mak tengah amek lauk dgn adik, dia tiba tiba serious tanya "kamu tak suka ke subjek yg kamu amek ni?" seriousla org yg benci aku selama ni faham apa aku rasa? tapi aku mampu sengih jelah. nak kata apa lagi. abang aku kata lagi "kalau tak suka takpe start dari awal. lambat takpe janji kamu suka apa yg kamu buat" lepastu mak datang dkt meja, he's back to normal abang ngah. this is the best part of him. dia care tapi tak nak tunjuk. ada masa je caring dia keluar. thank you for not getting angry at me anymore and for taking care of me cause it nvr too late to do that (since i'm not married yet hehe) and of course I love you. You are my only older brother that I have. hehe. 

Wednesday, April 27, 2016

MEMORIES NEVER FADE

ASSALAMUALAIKUM

First post after half of the year 2016. Kinda busy tho hehe. Truth to be told, what i feared the most last year happened. I failed three of my semester five subject which me I need to extend another half year in Bangi. (Salah sendiri siapa suruh main main. Padan muka dekat diri sendiri.) So, now I've finished my semester six and hopefully I pass it all. Yeap, I learned from the past. Mula tu rasa malas, tu mmg kuat (eva nvr grow up, gosh) but syukur ada teman penguat semangat (you know who you are) yang sama sama struggle tak tidur masa final. Terima kasih. Harap kita sama sama lulus kali ni, InsyaAllah.

Aku rindu betul dekat classmates lama sepanjang sem enam. Orang selalu kata "yang baru takkan sama dengan yang lama" yeap that's the truth. Macam mana nak elak rindu kalau tiap hari lalu dekat tempat yang ada kenangan dengan classmates lama? Macam mana nak elak rindu kalau teringat perangai masing masing setiap kali masuk kelas yang sama dulu dulu? Macam mana nak elak rindu kalau setiap kali nampak group of class jalan ramai ramai tetiba teringat zaman kita jalan ramai ramai dulu dulu? Haha.

Sem enam dapat housemate baru, beza betul dengan housemate lama. Even rumah buruk je duduk dulu, tapi kenangan tu padu. Even ada rasa tak puas hati sikit sikit tu masih level boleh minta maaf dan dimaafkan. Even beza orang beza cara masih boleh duduk satu table. Even ada manusialeps gas nokharom masing masing masih boleh bergurau. What to do, time flies. People grow up and move on. And so do I.

To all ppl that have known me I wish you good luck and moga moga kita sentiasa di bawah lindungan-Nya. I'll forgive you for whatever you said about me behind my back before and I'm sorry for everything. Thank you for accepting me for the way I am. Thank you for not complaining. Love you