WHEN YOU NEED ME AND YOU DON'T WANT ME, I WILL STAY BUT WHEN YOU DON'T NEED ME AND YOU WANT ME, THEN I WILL GO

Monday, May 23, 2016

ABANG

"Tu lah sebab kenapa abg ngah benci kamu dulu"

Ada satu hari tu kami pi makan luar satu family. Sambil tunggu makanan yang berjam nak sampai, kami imbau kenangan dulu dulu. Aku pun keluar lah cerita betapa abang aku suka buli aku dulu. Tendang, tumbuk tu perkara biasa dah. Lagi lagi bila abang aku dapat geng baru (adik aku), lagi menjadi jadi. boleh kata sampai aku masuk kptm awal awal lah dia punya benci tu. aku nampak dia baik bila dia mula kerja, time dia dip pun terserlah kebencian dia dkt aku. haha

sebab penyebab dia benci aku, aku baru tahu masa keluar makan tulah, cerita dia dulu dulu aku memang suka bau pelik pelik. macam bau minyak petron, bau lepas abah rokok dalam tandas dan bau duit. disebabkan suka bau duit, aku pernah amek duit abah lima hengget bawak masuk bilik abang aku. abah mengamuk. jumpa duit dalam bilik abang aku, lagi lah ingat abang aku yang curi, memang abang aku kena bedal lah. aku mengaku dkt abang aku tapi sebab aku takut dkt abah yg tengah menyinga, aku lari dekat mak aku. aku mengaku dkt mak. tapi tak mengaku dkt abah. sebab tu abang aku benci sangat dkt aku tu. even mak aku dah cerita apa jadi dkt abah aku, abang aku still bengang teruk dekat aku sampai ke sudah.

barulah aku tahu, selama ni aku punya lah duk fikir kenapa lah abang aku ni benci sangat dekat aku. abang orang lain best je aku tgk layan adik deme. sampaikan bila org kata "untunglah hang ada abang" dkt aku, aku akan kata "best apa, aku benci abang aku" bila dah tahu sebab musabab, menyesal pulak aku cakap mcm tu. sebab tahu salah sendiri. 

lama hoi abang aku benci aku. mungkin lepas duk lama dekat penang nun baru dia sedar dia sayang dtk adik perempuan dia yg sorang ni hehe, dia dah tak pernah nak marah dulu dulu. dia suka bergurau sekarang. kadang tu aku rasa awkward jugaklah dgn abang aku yg sekarang ni. yelah dulu dulu gaduh teruk, sekarang dah boleh bawak bergurau (tapi still dlm level hati hati punya gurau). start aku rasa dia dah ok dgn aku masa aku lepas kena samun. pagi kena samun tu mak suruh call abg ngah. dia gelakkan aku tapi ada satu part tu dia tanya "okay tak ni?" aku terus menangis. entah lah. rasa terharu tiba tiba haha, 

masa aku failed subjek sem lima, mak membebel panjang lebar. (mmg salah sendiri) ada satu hari tu kami lunch luar. time dalam kereta mak cerita pasal aku failed tiga subjek sem lima. abang aku gelak gila gila, masa dalam kedai, mak tengah amek lauk dgn adik, dia tiba tiba serious tanya "kamu tak suka ke subjek yg kamu amek ni?" seriousla org yg benci aku selama ni faham apa aku rasa? tapi aku mampu sengih jelah. nak kata apa lagi. abang aku kata lagi "kalau tak suka takpe start dari awal. lambat takpe janji kamu suka apa yg kamu buat" lepastu mak datang dkt meja, he's back to normal abang ngah. this is the best part of him. dia care tapi tak nak tunjuk. ada masa je caring dia keluar. thank you for not getting angry at me anymore and for taking care of me cause it nvr too late to do that (since i'm not married yet hehe) and of course I love you. You are my only older brother that I have. hehe.