WHEN YOU NEED ME AND YOU DON'T WANT ME, I WILL STAY BUT WHEN YOU DON'T NEED ME AND YOU WANT ME, THEN I WILL GO

Wednesday, August 17, 2016

UiTM MERBOK

Sukacita dimaklumkan bahawa anda ditawarkan tempat untuk mengikuti program di UiTM. Program BM242, Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Kewangan

Alhamdulillah. Syukur masih diberi peluang untuk sambung belajar lepas banyak main main masa diploma. Dan syukur juga dapat kos yang aku nak sangat dari semester empat. Sebabkan teringin sangat nak kos ni, aku banyak bukak internet, tanya kawan kawan, sedara mara pasal kos ni. Ramai yang kata kos ni kos hardcore. Tapi sebab minat kan, mintakkan jugak jugak. Upu punya application pun banyak aku  minta kos finance takpun accounting. Tapi takde rezeki. Alhamdulillah dapat penerapan UiTM. Masa tak dapat UPU tu dah down, mulalah fikir "takkan nak jadi macam lepas SPM dulu dulu" nasib esoknya result penerapan and alhamdulillah dapat. 

Masa mula tahu dapat, melompat jugaklah aku. Tapi makin nak dekat dgn hari mendaftar (which is 3/9) makin aku rasa mental aku belum ready, rasa berdebar, rasa takut tak boleh bawak. Aku whatsapp satu dua classmates dip, deme ingat kan aku jangan main main, deg tak macam dip. Makin rasa nak hentak kepala dkt dinding. Haha tapi lepastu deme bagi semangat kata "eva boleh" (ni yang sayang deme ni) And insyaAllah eva boleh. No more main main eva, pleasee. For once, you've got what you want, make it worth it.

Jadi, apa yang aku dengar majoriti yang bagi alamat perak masa apply akan dapat dekat UiTM Merbok, while yang alamat area Selangor nun, pakat dapat Palam. Memandangkan kawan dip aku ramainya anak selangor, so banyak yang dapat palam. Aku, masih setia bersama Jasmina dari zaman sekolah sampailah Degree. Tapi syukur kos lain lain. Jujur, tak syok jugak hadap muka sama 24 jam bertahun tahun. Kalau laki sendiri syok lah jugak. Ini jasmina, nak pandang apa? Haha. Dan yang masih setia dengan aku, Amer Kokdiang. One of the best part, kami dapat kos sama. Harap dapat kelas sama. Boleh buat presentationmate terus. Siapa nak join kami? Come on, let's rock this! Haha. 

Diploma dah area bandar, jadi bagus jugaklah deg dapat area kampung kampung. Harap boleh kontrol diri dari merayap. kalau dip ada kakak aku (shah alam) kalau deg ada abang aku (butterworth). Baguslah tu. Sebab aku kalau jenis demam, mmg hardcore. Atleast ada bodyguard boleh tlg tengok tengok kan. Hehe. Jadi, marilah kita sama sama fight for this degree. 

Tolonglah eva. You have to struggle, you have to! To achieve one thing, you have to sacrifice the other thing. Bismillah.

2 comments:

  1. Eva, boleh sye tau tak . Ape mata pelajaran yg ada dalam kos pentadbiran perniagaan (kepujian) kewangan ni ? Brpe mata pelajaran ek ? Sbb sye pun minat gak kos Ni . Skrg kos law . Sye ingat nak tukar Mcm kos awk .

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai husna. maaf lambat reply. saya baru bukak. hehe. total kos ni ada 38 subjek, 5 semester. 3 semester awal ada 10 subjek setiap sem sebab termasuk subjek elektif. naik semester 4,5,6 hanya ada lah 5-6 subjek. kalau nak list kan, terlalu banyak kos nya. tapi based on kos, of course ada banyak subjek kira kira. awak asal student law jadi kebanyakan student law tak berminat dgn kira kira. tapi kalau awak minat, apa salahnya ^^

      Delete

leave your comments