WHEN YOU NEED ME AND YOU DON'T WANT ME, I WILL STAY BUT WHEN YOU DON'T NEED ME AND YOU WANT ME, THEN I WILL GO

Saturday, December 10, 2016

ARAI

ASSALAMUALAIKUM

Masa sebelum result UPU dengan Penerapan UITM keluar, berharap jugaklah dapat jauh jauh sikit macam Sarawak ke Sabah ke (acah bawak diri) tapi sedor diri result pun tak seberapa so sis redho. UPU tak lepas tapi alhamdulillah UITM sudi terima sis even sebelum anak tiri je. Kiranya aku diserap masuk terus lompat semester 3. Aku berharap sangat aku ada membe dapat sama dengan aku. Tapi masa ni macam takde harapan sebab kawan kawan aku semua majoriti UITM pun result UPU, aku penerapan. Maksudnya mungkin nanti UPU kena masuk dari Sem 1. Tapi syukur alhamdulillah, aku tanya Amer dengan Jas, dekat surat tawaran deme tulis "Penerapan" even sebenarnya result deme keluar thru UPU. Tapi Jasmina kos lain, Operation Management. Siapa sangka aku dapat sama dengan Ameeruddin. 

End up masa daftar memang melekat berdua jelah dengan amer. Dah dia je membe yang aku ada masa tu. Sejujurnya masa diploma kami even satu kelas, kami takdak lah rapat mana. Rapat tapi takdelah duduk satu table sembang sembang. Setakat hu ha dalam kelas. Keluar kelas, bawak diri. Aku dengan geng aku, Ameer dengan geng dia. Masuk degree ni lah baru duk melekat bukan takat masa daftar. Awal masuk kelas pun sama. Melekat aje dengan aku, cane I nak cari jodoh? Ish

Ada satu kelas tu, kelas Personal Development kena pair work. Ameer dapat pasangan dengan Namirah. Kau tahu dia punya segan dengan Namirah tu sampaikan nak bincang pun kena duduk sebelah aku. Habis satu kelas cop aku dengan dia couple. Tapi kenyataannya, even ameer tu umur 23 ada masa kadang aku rasa dia macam adik adik. Ada sekali tu dia kena buli dengan budak perempuan kelas aku, Una, Iqa dengan Namirah. Serious terasa macam adik aku pulak kena buli bila dia jerit minta tolong dekat aku. Kesian tapi kelakar gila namateyy. Perangai dia ni aku sendiri tak tahu macam mana nak describe. Jaranglah kalau nak nampak dia act like abang abang. 

Orang selalu tanya, "hang takde feel ke dekat ameer?" 
Jawapan simple, takde. Sayang tu ada. Siapa tak sayang kawan weh. Tapi lebih feel macam aku ada kawan baik perempuan fizikal lelaki. Uhuks. Faham tak? Ameer ni macam nak kena jaga. Kalau aku tak tengok, tak jaga alamat dia kelaut lah dia. Lagi buat aku tambah kesian dekat dia ni, dulu masa dekat Bangi kemain dia ramai membe. Mai Merbok membe dia yang ada aku, Jas dengan Hidayah. Ni pun dah dekat dua bulan duduk Merbok and dia masih melekat dengan kami. Pulak ameer pun anggap aku laki. Asal nak merokok, depan aku takpe. Depan orang lain tahu pulak dia segan. Heh. Dia boleh kata aku ni lelaki versi bertudung. Lepastu habis satu kelas cop gua roh lelaki tapi terperangkap dalam badan perempuan. Nasib gua hati kental taw. LOL

Ameer ni kelakar gila. Antara sources keceriaan aku hari hari. Tapi bila hari bad mood dia mai, kalah aku punya bad mood. Aku sebenarnya tak suka bila bad mood dia mai. Sekali dengan mood aku swing. Sebab sebenarnya aku takut bila tengok lelaki marah. Tapi aku ego. Tak nak tayang rasa takut aku. End up aku sama sama marah. (Ini kalau marah dia ada kaitan dengan aku lah) 

Jujur kadang tu aku rasa macam aku guna kan ameer. Nak pi mana mana ajak dia. Sebab walau dalaman dia takde lah laki mana, fizikal dia dah rupa laki pun cukup dah. Dengan janggut dia, misai dia. Nampak je garang tapi dalam hati penuh taman bunga bunga hoi. Mamat ni jarang tayang gentle. Memang impossible lah kalau nak nampak. Kalau keluar makan malam malam or balik malam sebab assignment sanggup hantar then tunggu aku masuk rumah lepastu menapak balik rumah alep. Sis terharu kot. 

Okay dah cukup. Aku rasa kalau nak sembang pasal hang ni meer sampai ke sudah takkan pernah habis. Aku tahu hang baca ni. Yelah hang kan suruh aku update pasal hang. Nah aku bagi karangan untuk hang. Uhuks

Ameer, terima kasih lah untuk semua benda. Aku betul betul harap hang tak berhenti. Hang tak kesian ke dekat aku? Dekat budak kelas? Semua orang dah selesa dengan hang. Semua orang tak nak hang berhenti. Aku pun. Weh susah weh hidup aku. Huhu. Jujur, bosanlah weh takdak hang. Siapa je lagi yang sanggup teman aku balik kalau kena balik malam malam? Nak gossip dengan siapa lagi kalau nampak mamat handsome? Nak lepas geram dekat siapa lagi kalau aku rasa nak mengamuk? Mana lagi aku nak dapat membe pelik macam hang? Muka je jantan, perangai? Sis tak mau cakap lebih. Haha. Kalau rasa nak give up, ingat mak pak na. Ingat aku pun takpe. Kalau tak cukup lagi nak kuatkan semangat hang, takpelah. Aku tahu siapa lah aku. Okay bye. 



No comments:

Post a Comment

leave your comments